RSS

radio.

29 Feb

Baru-baru ini saya telah ber’hijrah’.

(ceh bunyi macam artis-artis yang baru mula nak pakai tudung pulak)

Ok, saya sebenarnya telah mula berhijrah, daripada mendengar stesen radio Hot FM, Mix FM, Suria FM dan kadang-kadang Red FM atau Muzik FM kepada stesen radio IKIM FM sahaja.

Sebelum ini saya selalu mendengar radio aliran arus perdana sahaja, dan tabiat saya setiap kali mendengar radio, baik sebelum tidur atau di dalam kereta, adalah dengan bermain punat radio, mencari stesen yang memberikan lagu yang boleh menjadi halwa telinga saya. Setiap kali stesen tersebut mengeluarkan iklan, maka tangan saya pun pantas mencari stesen lain pula.

Dan selalunya, 5 stesen radio di atas adalah yang selalu menjadi pilihan saya.

Tetapi, tidak pernah, dalam saya mencari-cari stesen radio, jari saya akan berhenti pada stesen Tamil, Cina atau IKIM FM. (ya, memang menyedihkan).

Sejujurnya, IKIM FM hanyalah di’gunakan’ ketika saya memandu seorang diri, pada waktu malam, keliling sunyi sepi, tiada lampu jalan, dan saya mulalah berfikir bukan-bukan, lantas saya pun membuka IKIM FM supaya perjalanan saya ditemani alunan ayat suci Al-Quran.

Sebaik sahaja saya sampai ke kawasan yang cerah, terang benderang dengan lampu jalan dan banyak kereta, maka stesen pun ditukar kepada stesen muzik pula.

Ya, saya tahu sangat keji perbuatan begitu.

Ibarat habis madu sepah dibuang sahaja.

Akan tetapi, perbuatan keji saya itu telah terhenti sejak satu perkara berlaku kepada saya yang tidak perlulah dicerita. Mungkin Allah mahu menduga saya. Atau menghukum saya. Atau mengkifarah saya. Atas khilaf dan dosa saya kerana tidak gemar mendengar alunan kalimah-Nya di radio.

Kendati pun begitu, saya berasa sangat,sangat,sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan yang Maha Esa. Kerana selepas Dia menduga saya, Dia jugalah yang memberi jalan penyelesaian kepada saya. Dia jugalah yang memudahkan urusan saya. Dia jugalah yang menolong dan melindungi saya.

Memang sesungguhnya Allah sahajalah sebaik-sebaik Penolong dan Pelindung.

Lantas, ia terus membuatkan saya telah beralih arah ke radio yang dahulu sangat jarang saya dengar, IKIM FM. Kerana pada fikiran saya, mengapakah saya sering mengelak daripada mendengar kalimah-Nya di radio, sedangkan dengan kalimah-Nya lah, Allah telah membantu dan melindungi saya?

Sedangkan saya lebih tahu bahawa lagu-lagu Rihanna atau Lady Gaga tidak akan dapat menenangkan hati dan jiwa seperti setenang dan sedamai saya mendengar alunan suci kalimah-Nya.

Apabila saya mendengar IKIM FM, saya dapat melihat terlalu banyaklah kelainan stesen itu berbanding stesen radio lain.

Salah satu yang paling ketara adalah segmen kiriman lagu dan ucapan pendengar

Jika dahulu , segmen kiriman lagu dan ucapan pendengar paling tidak saya gemari. Terutama sekali jika pendengar radio tersebut mengirimkan SMS cinta dan dibaca pula oleh sang DJ.

Bukannya apa, ini kerana kebanyakan pengirim SMS memberikan ucapan yang mampu membuatkan saya rasa mahu muntah darah atau telinga bernanah. Tak lupa juga, kembang tekak atau geli ketiak. SMS yang dikirim, selalunya kepada kekasih (yang MASIH BELUM menjadi suami atau isteri) terlampaulah menggeletiskan liang roma.

Pernah juga saya terfikir, pekerjaan DJ memanglah kerja yang menuntut kesabaran tahap tinggi. Ini kerana beliau juga terpaksa menahan diri ketika membacakan SMS cinta yang menggeletiskan itu.

Pernah satu SMS yang saya ingat sampai sekarang, lebih kurang begini la bunyinya:

“Mama sayang papa. Sejak papa pindah sekolah, mama rindu sangat-sangat. Papa rajin-rajin  belajar tau. Nanti cuti lepas PMR kita jumpa ye? Muah-muah!”

*muntah darah 10 baldi*

Seriously, kau baru PMR ke dik non??? Dah ber’mama-papa’ bagai tu apa cerita??

Kerana itulah saya fikir saya tidak mampu menjadi DJ. Kerana jika saya terbaca SMS sebegitu, wajiblah saya memberi tazkirah kepada si  ‘mama’ berkenaan di radio.

“Adik, adik baru Tingkatan 3 kan? Dah gatal sangat nak bercinta tu kenapa? Beli seluar dalam pun mintak duit mak ayah kan? Belajarlah dulu, tak payah lah nak sibuk ‘papa mama muah-muah’ semua tu dik oiiiii….”

Ya, agaknya itulah yang akan saya cakap. Kemudian saya akan dipecat kerana menyebabkan rating radio turun sebab orang menyampah dengar saya memandai-mandai berkhutbah Jumaat dengan pendengar.

Masalahnya, tak kisahlah kalau kau nak bercinta macam nak rak pun.

Tapi perlukah diberitahu kepada umum, dengan ayat-ayat yang romantis tak tentu hala.

Kalau dah kahwin lainlah cerita.

For me, terms of endearments are totally normal for 2 persons in love.

But displaying it for everyone to see is something else.

Public Display of Affection is always uncomfortable to the point of annoying to others.

It is better to just keep it to yourself.

Jadi, apabila saya beralih kepada IKIM FM, ya Tuhan, tenang dan senangnya hati mendengar ucapan dan kiriman SMS pendengar.

Ini kerana kebanyakan SMS atau ucapan adalah kepada keluarga, kawan, saudara, guru dan sebagainya. Dan langsunglah tidak ada ucapan romantis atau jiwang ‘tak boleh blah’ yang saya dengar.Jika stesen radio lain, yang keluar adalah perkataan ‘baby, abang, mama, papa, i love u, sayang, rindu dan muah-muah!’, akan tetapi di IKIM FM, ucapan yang sering keluar adalah ‘jalinan ukhuwah, mahabbah, barakah, hidayah dan dirahmati Allah’

Satu ucapan itu adalah dari seorang adik kepada abangnya:

“Kepada abang saya yang sedang belajar di Darul Quran, semoga cepat2 jadi Tahfiz. Teruskan menjadi anak yang soleh dan abang yang sporting kepada adik2”

Alahai….sudahlah belajar Tahfiz, anak yang soleh pula, abang yang disayangi lagi, bertuahlah siapa yang jadi isteri…: D  (eh melebih-lebih pulak kau Suhaila… :P)

Saya fikir inilah kelompok pendengar yang saya mahu sertai. Yang sopan dalam berbahasa. Yang masih ada ‘malu’ dalam jiwanya. Yang ucapan pun boleh menyejukkan telinga. Yang mampu buat saya berfikir bahawa anak muda kita tak adalah ‘rosak’ semuanya. Masih ada juga yang berguna.

Dan satu ucapan menarik lagi yang saya dengar adalah kiriman SMS dari seorang isteri:

“Salam sayang kepada suami, MADU, dan anak-anak dengan ucapan, Ana sayangkan kalian semua.”

Wahhhhhh….terkagum sekejap saya.

Ada juga wanita yang mengirimkan salam kasih melalui segmen radio kepada madunya.

Memang wajiblah ditabik hormat 10 kali.

Kesimpulannya, dengarlah IKIM FM. Pilihan untuk semua.

Sekian iklan percuma dari saya.😛

 
8 Comments

Posted by on February 29, 2012 in Peribadi

 

8 responses to “radio.

  1. CAHAYA MATA

    February 29, 2012 at 10:55 pm

    saya pun sangat suka dengar IKIM selasa dan khamis petang…waktu drive balik dari office mesti on IKIM untuk dengar segmen jam 5:00ptg tu….🙂

    tapi sejak kebelakangan ni selalu balik keje….bila on je IKIM, segmen tu dah habis… sedehh…

     
    • sUe

      March 14, 2012 at 4:28 pm

      ouh ye ke? segmen apa jam 5 petang tu ye?
      segmen ceramah agama ke?
      tak perasan la pulak sebab saya balik pun selalu pukul 6 ke atas.
      bila on radio je selalunya ada lagu nasyid atau alunan Quran.

       
  2.  Hana (@hanakirana)

    March 1, 2012 at 12:09 am

    thumbs up! aku ada radio yang boleh bertindak sebagai alarm clock. dan aku nak sangat bangun tidur dikejutkan oleh alunan bacaan Al-Quran. tapi disebabkan aku di sini, maka belum boleh menjadi kenyataan. tunggu bila balik Malaysia nanti.🙂

     
    • sUe

      March 14, 2012 at 4:24 pm

      yes, balik Malaysia nanti bolehla dengar IKIM.🙂

       
      • Cik Misstree

        March 18, 2012 at 4:48 pm

        Salam.

        Saya juga peminat radio IKIM, cuma tak berapa minat nak dengar apabila siaran tajaan iklan mengenai produk. Kalau nak dengar Radio IKM boleh juga dengar melalui online tidak mengira di mana juga anda berada hatta di UK pun boleh didengari. Sila layari alamat web di bawah:

        http://www.ikimfm.my/ikimfm/index.php?option=com_content&view=article&id=53

        Sekian, terima kasih.

         
        • sUe

          March 20, 2012 at 1:12 pm

          wah, thanks for the info.🙂

           
  3. AsNiza

    March 19, 2012 at 7:15 pm

    salam kenal…

    wah. samalah kita, hijrah jugak..😀
    setiap kali pergi kerja suka dengar slot motivasi pagi.. macam2 cerita.. balik keje pukul 5 ptg pun full best2 belaka.. Isnin – slot mukmin profesional dgn ustz pahrol juoi, selasa – nikah cerai (tk sure slot apa, huhu), rabu – slot bicara muamalat dgn ustz zaharudin, khamis – slot islam agamaku (bersama tetamu jemputan saudara baru) jumaat plak erm.. rancangan baru, kalau tak silap, daurah kot.. tapi semuanya mmg best.. byk dpt ilmu sambil2 drive tambah ilmu, kalau nak harap baca buku, mmg pemalash😀

     
    • sUe

      March 20, 2012 at 1:16 pm

      salam kenal jugak…

      wah awak memang pengikut tegar nih. sebab saya masih tak tahu apa nama segmen2 dalam IKIM.FM.
      huhu…kadang2 cuma dengar je…tak take note pulak segmen apa dan apa.
      betul cakap awak, macam2 ilmu boleh dapat. sebab dia campurkan info, ilmu dan lagu.
      kelas bahasa arab pun ada…🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: