RSS

mak dan ayah

27 Feb

Beberapa bulan lalu:

Lewat panggilan telefon,

Anak:

Ayah, adik dah jumpa satu rumah sewa ni. Cantik. Harga pun ok. Dekat  sangat dengan tempat kerja. Ayah rasa macam mana? Adik rasa dah ok la…. bla-bla-bla!*nada teruja*

Ayah:

Laa…kalau dah suka ambik je la….apa la yang payah sangat…isk isk isk!

Anak:

Err….ok…. mak ada tak? Nak cakap dengan mak jap.

Ayah:

Ani oooo Ani….!!!

Anak:

Mak, adik dah jumpa satu rumah sewa ni. Cantik. Harga pun ok. Dekat  sangat dengan tempat kerja. Mak rasa macam mana? Adik rasa dah ok la…. bla-bla-bla!*nada teruja*

Mak:

Ye ke? Kejap mak check dekat Google Image. Apa nama tempat tu? Oooo…mak dah nampak dah….ok laa…tapi cat bangunan tu macam lama laa….ada security guard tak? Tapi dari gambar memang cantik la…bla-bla-bla-pok-pek-pok-pek. Kawasan sekeliling selamat tak? Kalau tak ada kolam renang tak bestla. bla-bla-bla-pok-pek-pok-pek

Dan perbualan pun berlangsung selama satu jam

Kesimpulannya, patutlah lelaki selalu nampak lebih muda. Mereka tak suka pening-pening kepala fikir benda-benda remeh.

**********

Beberapa minggu lalu,

Lewat panggilan telefon,

Anak:

Ayah, ada sorang kawan adik tu kan….*mengumpat*mengumpat* Tak best la….Dia selalu ….. *mengumpat*mengumpat* Tertekan betulla…*meluahkan perasaan* Dah tu pulak dia tu….. *mengumpat sambil sedekah pahala free kepada budak tersebut*

Ayah:

Takpela. Biarla. Lain-lain orang lain-lain la perangai. Janji kita buat kerja kita. Jangan kacau hal orang.

Anak:

Err….ok…. mak ada tak? Nak cakap dengan mak jap.

Ayah:

Ani oooo Ani….!!!

Anak:

Mak, ada sorang kawan adik tu kan….*mengumpat*mengumpat* Tak best la….Dia selalu ….. *mengumpat*mengumpat* Tertekan betulla…*meluahkan perasaan* Dah tu pulak dia tu….. *mengumpat sambil sedekah pahala free kepada budak tersebut*

Mak:

Ye ke?  Mak dulu pun ada kawan macam tu *mengumpat sikit-sikit*. Lepas tu mak pun apa lagi….bla-bla-bla-pok-pek-pok-pek. Kita ni kena tegas Ila. Bla-bla-pung-pang-pung-pang.

Dan perbualan pun berlangsung selama satu jam

Kesimpulannya, patutlah lelaki paling ramai masuk syurga. Mereka tak suka mengumpat. Isk Isk….😦

Nota tapak kaki:

Saya bercerita semua benda dengan mak. Kerana respons mak lebih ‘aktif’ berbanding ayah. Kerana itu kadang-kadang telah membuat ayah terasa hati kerana kami (saya dan kakak) bergayut lebih lama dengan mak. Kadang-kadang saya tetap akan ambil hati ayah dengan berbual perkara-perkara yang dia suka, tentang politik misalnya.

Saya cuma tertanya-tanya, adakah semua ayah dan anak perempuan akan jadi begini apabila anaknya sudah dewasa?

Ada tak ayah yang lebih banyak bercakap dari si ibu?

Saya fikir perkara begini tidak akan terjadi jika saya adalah anak lelaki, agaknya lah.

Sebab anak lelaki juga pendiam dan jarang mahu bergayut lama-lama, dengan ibu mahupun bapa.

Atau sebenarnya anak lelaki dewasa juga lebih senang berbual dengan ibu, betulkah?

 
4 Comments

Posted by on February 27, 2012 in famili

 

4 responses to “mak dan ayah

  1. luqman

    February 28, 2012 at 12:30 am

    hmm… agak la. sy sebagai anak lelaki, merasakan assumption2 diatas adalah betul. jarang berbual panjang dengan insan bernama ayah. kalau cuba juga paksa untuk memanjangkan perbualan dengan ayah, lebih2 lagi bila dah xde topik penting lg (cuba berbual kosong), an awkward moment selalunya akan terhasil.

    tp percayalah, x semua ayah macam tu. =]

    akan tetapi, lain pulak cerita dengan insan bernama ibu. dia pulak yang cuba nak memanjangkan perbualan dengan anak lelaki nya..

     
    • sUe

      March 14, 2012 at 4:31 pm

      “an awkward moment akan terhasil”

      hahaha – serius betul! memang akward kalau dah tak tau nak cakap apa2.
      sebab ayah kita pun tak tau nak cari topik apa.
      lepas tu mulalah cakap “err err mak ada tak?”😉

      yes, memang tak semua ayah yang pendiam.
      ada ayah kawan saya, dia yang banyak bagi nasihat dan bercerita dengan anak-anak.
      terpulang pada individu sebenarnya.
      cuma saya rasa memang majoriti ayah agak pendiam dengan anak-anak.
      kot.😛

       
  2. CAHAYA MATA

    February 29, 2012 at 10:58 pm

    ada juga butir bicaranya… kalau saya call ayah, bunyinya cuma…

    “assalamualaikum ayah, mak ada..cakap dgn mak jap..”

    atau..kalau mak, dan ada perkara yg nk dicakap dgn ayah..cuma akan pesan pada mak..

    “nanti mak citer kt ayah la eh… ok, assalamualaikum…”

    🙂

     
    • sUe

      March 14, 2012 at 4:26 pm

      huhu…bunyi macam kamu takut je nak cakap dengan ayah. hehe:mrgreen:
      saya pulak, kalau tak ada apa nak cakap pun, just saja nak ambil hati dia, so cakaplah apa-apa benda pun.
      cumanya, benda yang keluar dari mulut saya selalunya perkara2 remeh.
      dan orang lelaki tak layan benda2 remeh ni. huhu…

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: