RSS

organ

07 Jan

“Ila, apa benda surat sampai kat rumah ni?”pertanyaan ibu suatu pagi mengejutkan saya dari tidur. Suaranya di corong telefon, kedengaran seperti sedang menangis.

Saya mula panik. “Surat apa mak?” tanya saya semula.

Fikiran saya mula ligat, mencari surat apakah yang membuatkan ibu menangis. Adakah surat saman dari PTPTN yang menyaman ibu saya sebagai penjamin kerana saya tidak membayar hutang? Atau adakah surat layang beserta gambar menunjukkan saya sedang bercumbu dengan mana-mana lelaki (atau perempuan?) Atau adakah surat dari Ah Long mengugut “wang atau nyawa?” kerana saya tidak melunaskan pinjaman? Atau adakah surat sijil berkahwin di Siam dengan mana-mana lelaki tanpa pengetahuan ibu?

Sungguh saya buntu. Kerana daripada reaksi ibu yang sedang bersedih, seolah-olahnya saya telah melakukan sesuatu yang menconteng arang ke wajahnya dan telah memalukan seisi keluarga, selama 7 keturunan. Sedangkan saya langsung tidak pernah melakukan apa-apa yang boleh mencemarkan nama keluarga.

“Ni surat dari Pusat Sumber Transplan Nasional ni…apa cerita ni?” tanya ibu lagi.

“Ouh……..” saya menghela nafas.

Rupa-rupanya permohonan saya untuk menderma organ bulan lalu telah sampai ke pengetahuan ibu. Dan itu yang membuatkan dia bersedih.

Sebetulnya, niat itu sudah lama saya ajukan kepadanya. Tapi kata ibu “Tak tahulah.Kena tengok hukum dulu.” Lantas apabila saya melakukan ‘research’ di internet, saya dapati pendermaan organ tidaklah diharamkan dalam Islam, malah digalakkan, dengan syarat organ yang diderma mestilah bukan kepada musuh Islam.

Saya terangkan kepada ibu, bahawa itu memang niat saya, jika saya sudah tiada kelak. Sekurang-kurangnya organ saya boleh digunakan untuk menyelamatkan orang lain yang lebih memerlukan. Itu adalah lebih baik daripada dibiarkan reput dimamah ulat.

Dia masih sedih. Katanya, kenapa dah terfikir pasal kematian? Nanti bagaimana dia mahu berdepan dengan orang lain yang menyakiti jenazah anaknya? Bagaimana dia mahu terima hakikat, jenazah anaknya tidak sempurna? Dan dia menerangkan hukum pendermaan organ masih ada khilaf pada sesetengah ulama’.

Saya cuba menenangkan ibu. Saya katakan supaya dia bayangkan jika dia mempunyai anak yang sedang tenat, memerlukan organ dari orang lain. Ketika itu, tentu dia tidak peduli pun tentang hukum menderma organ. Tentu dia tidak kisah pun penderma itu dari mana atau bangsanya apa. Dan bayangkan, bagaimana sedihnya jika dia perlu menunggu saban hari, menanti ada orang yang sudi menderma organ kerana nyawa anaknya semakin hari semakin tipis.

Ibu terdiam. Kedengarannya seperti akur dengan hujah saya. Saya agak, dia terpaksa redha. Bahawa kemahuan anaknya yang seorang ini sudah tetap, dan tidak boleh diubah-ubah lagi.

Teman saya, tatkala saya ceritakan kepada dia, juga tidak bersetuju dengan niat saya. Katanya:

“Niat Sue memang elok. Tapi, Sue kan di bawah tanggungjawab ibu bapa. Kalau ibu tidak suka, janganlah derhaka. Bayangkan begini, di akhirat kelak, Sue menderma organ. Ok, timbangan belah kanan jadi berat. Tetapi, Allah kata – Kamu tak ikut cakap ibu kamu dan menyebabkan dia bersedih. Timbangan belah kiri pula jadi berat. Agak-agak, antara kedua-dua itu, mana satu yang akan jadi lebih berat?”

Kata-katanya membuatkan saya terdiam.

Tetapi, sebetulnya ibu saya sudah membenarkan. Cuma dengan rasa berat hati. Yang sangat.

notakaki:

Hari itu saya balik ke Kedah. Saya tanyakan ibu di mana surat dari Pusat Transplan itu, dan tentu sekali ada dihantarkan sekali sekeping kad ‘Organ Donor’ kepada saya. Jawab ibu “Entah. Tak tahu. Cari sendiri.” sambil berpura-pura sibuk. Saya lihat ada senyuman ‘mischief’ di hujung bibirnya. Puas saya cari satu rumah tapi tak jumpa.

Haih ibu…ibu…. satu hal pula saya kena telefon semula Pusat Transplan Nasional dan minta mereka serahkan semula surat dan kad itu pakai alamat pejabat, kerana ibu saya telah ‘ter’hilangkannya. Huhu.🙄

Saya kagum dengan seorang lelaki (tak ingat nama) yang pernah menjadi terkenal kerana mendermakan separuh hatinya kepada seorang budak lelaki (juga tak ingat nama) yang sedang sakit tenat. Lelaki itu menderma ketika masih hidup, dan budak lelaki itu langsung dia tak pernah kenal pun. Dia cuma tahu apabila terbaca tentang penderitaan budak itu di dada akhbar. Dia memang sudah nekad dan tidak teragak-agak lagi untuk menderma. Seingat saya, ketika itu saya masih sekolah rendah atau menengah, kot.

 
22 Comments

Posted by on January 7, 2012 in famili, Peribadi

 

22 responses to “organ

  1. neoshida

    January 14, 2012 at 9:28 pm

    Salam… Saya sangat kagum dengan artikel ini. Izinkan saya kongsikan artikel ini di page Facebook Pusat Sumber Transplan Nasional. http://www.facebook.com/agiftoflife

     
    • sUe

      January 20, 2012 at 2:36 pm

      Ya, silakan.🙂

       
  2. Anonymous

    January 14, 2012 at 9:56 pm

    salam..
    samala situasi kita apabila kad ‘organ donor’ sampai..

     
    • sUe

      January 20, 2012 at 2:40 pm

      salam Anon,

      situasi kita sama rupanya. jadi boleh saya tahu tak apa yang awak buat? sebab payah sgt utk meyakinkan keluarga pasal benda ini. harap awak ada apa2 tips yang boleh membantu. TQ.

       
  3. iyla rahman

    January 14, 2012 at 10:04 pm

    Macam reaksi ibu saya bila tau anak dia yang ini dah jadi penderma organ….tapi nasib saya baik sebab appa dan adik beradik menyokong….malah appa yang pujuk mama bahawa apa yg saya lakukan adalah satu pahala untuk diri sendiri di akhirat kelak….

     
    • sUe

      January 20, 2012 at 2:42 pm

      kan? kan?
      selalunya memang ibu yang akan risau sangat pasal ni. macam ayah saya, walaupun dia juga macam tak berapa setuju, tapi tak adalah dia sedih beriya-iya.

      saya fikir, sebab kasih sayang seorang ibu itu membuatkan dia tak sanggup orang sentuh jenazah anaknya.kot.

       
  4. Anonymous

    January 14, 2012 at 10:43 pm

    welcome 2 de club

     
    • sUe

      January 20, 2012 at 2:43 pm

      wah! ramai yang senasib rupanya… huhu!😛

       
  5. queque

    January 18, 2012 at 2:18 pm

    maaf, tp setahu saya derma organ hanya diharuskan bila kita masih hidup.. bila kita dah meninggal dunia, x boleh orang ambil organ dari kita atas sebab menyakiti mayat.. cuba cek balik hukum derma organ ni..

     
    • sUe

      January 20, 2012 at 2:50 pm

      err…saya dah check byk kali di internet tentang hukum derma organ ini. memang ada khilaf. tapi mostly cakap dibenarkan. yusuf al-qardhawi sendiri menyatakan bahawa lebih baik menderma organ daripada dibiarkan organ itu berulat. ada ustaz yang kata, tak elok menderma organ kerana nanti tubuh tak sempurna bila mengadap Tuhan. Tapi saya terfikir, bukankah nanti kita dibangkitkan mengikut amal masing-masing? kalau elok amal, eloklah tubuh kita. kalau buruk amal, buruklah tubuh kita (lidah panjang kalau menipu, berkepala babi, dsb). Jadi, saya rasa organ kita tak ada kena mengena untuk hari kebangkitan kelak.

      itu pada pendapat saya lah. tapi sejujurnya, saya yakin hukum menderma organ ini tidak salah. Mungkin setengah ulamak tak menggalakkan, tapi ia dibenarkan dan tidak haram.

       
  6. missnadrah

    January 18, 2012 at 5:40 pm

    Assalamualaikum..=)
    emmh..jarang ada org seperti kamu..
    penuh tekad..
    InsyaALLAH, kebaikan kamu akan dibalas kelak.

     
    • sUe

      January 20, 2012 at 2:53 pm

      Terima kasih miss nadrah.🙂

       
  7. Anonymous

    January 31, 2012 at 2:34 pm

    setiap apa yg kita lakukan dlm dunia ni..berasaskan niat.
    kita harus sedar..segala yg kita ada hanya lah pinjam semata2.
    jadi,niat adik ni sgt tulus..
    pandangan dan pemikiran org berbeza2..
    yg penting..hati yg ikhlas itu tahu..
    pandangan siapa perlu di utamakan..
    congrat dik. =)

     
    • sUe

      February 24, 2012 at 2:31 pm

      terima kasih Anon.

      Yang sebenarnya apabila saya buka laman tentang menderma organ, ramai sebenarnya yang sudah menderma. Malah daripada gambar yang sy tgk, ada jugak yang Islam.

      Jadi, sebenarnya ramai org Islam yang dah berminat nak menderma organ.

      Betul kata kamu cik/en Anon, yang penting niat.🙂

       
  8. Anonymous

    February 9, 2012 at 10:36 pm

    saya kagum dengan dri kamu….
    smoga kmu dirahmati selalu amin

     
    • sUe

      February 24, 2012 at 2:32 pm

      terima kasih atas doa kamu.

      semoga kamu juga dirahmati selalu. Amin.

       
  9. saad

    February 15, 2012 at 8:16 am

    tahniah sue.. aku tak berani nak buat sebab aku tau mak aku mesti bangkang habis..

     
    • sUe

      February 24, 2012 at 2:33 pm

      huhu mak saya pun memang tak bagi sebenarnya.
      sebab itulah saya buat di luar pengetahuan dia.
      cuma alamat je letak alamat rumah.
      so that bila surat sampai, dia tahu sendiri.
      itu je la caranya utk bagitahu dia, informally.
      huhu.

       
  10. Anonymous

    November 27, 2012 at 5:31 pm

    assalam,
    sy juge ade niat seprtimane artikel 2. boleh bantu sy utk capai niat sy utk drma organ 2 x? cre nye mcm mne?

     
    • sUe

      February 13, 2013 at 3:14 am

      Waalaikumussalam.
      Tahniah atas niat awak untuk meramaikan lagi penderma organ di Malaysia.
      Cuba daftar di sini: http://www.mst.org.my/donorreg.html
      Selepas daftar, mereka akan bagi satu kad ‘Organ Donor’. Simpan dan bawa kad itu ke mana-mana.
      Semoga berjaya!😉

       
  11. Anonymous

    November 28, 2012 at 8:46 am

    assalam,
    sy pon bniat yg same. so blh bantu sy x utk dftr sbg pdrma organ ni

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: