RSS

“Life is given to us, we earn it by giving it” – Rabindranath Tagore

16 Dec

November 2009

Saya masih lagi bekerja separuh masa di McDonald’s. Hari Ahad itu memang sibuk. Orang ramai berpusu-pusu. Saya perlu segera membersihkan meja supaya pelanggan yang baru datang boleh duduk dan makan.

Di satu sudut, ada sekumpulan pelajar lelaki. Lebih kurang 7-8 orang kesemuanya. Berpakaian batik asrama warna hijau pucuk muda. Tidak pasti pula saya sekolah mana. Mereka duduk di 2 meja yang sebelah-menyebelah. Ada 1 meja di sebelah mereka, dan ia diduduki oleh hanya seorang pelajar. Saya boleh meneka, dia juga adalah dari kelompok yang sama, tapi mungkin kerana tidak cukup tempat duduk, dia terpaksa duduk di meja kosong sebelah.

Apa yang menarik perhatian saya adalah kerana, pelajar lelaki ini tidak ada apa-apa makanan di atas mejanya. Tatkala rakan-rakan lain sedang enak mengunyah burger, fries dan ayam goreng, dia hanya duduk diam-diam menyedut Coke dalam gelas minuman. Saya agak pelik, tetapi tidak terfikir pula untuk bertanya.

“Dia belum lapar barangkali” fikir saya.

30 minit kemudian, saya datang semula mengemas meja. Saya lihat dia sedang enak mengunyah ayam goreng. Saya pergi ke arahnya.

Sambil berpura-pura mengelap meja di sebelahnya, dengan senyuman saya menegur dia “Adik baru order ayam ke? Tadi tak lapar lagi eh?”

Budak itu tersengih-sengih. Mungkin dia malu dan segan sebab tiba-tiba saya menegur dia.

 “Erm, ayam ni bukan saya beli kak. Abang kat kaunter tu kasi.” Dia menunjuk pada Brader CL yang pernah saya ceritakan di sini.

“Oh ye ke?” saya agak terkejut. “Macam mana dia kasi?” Saya terus duduk di hadapannya untuk mendengar ceritanya.

“Abang tu panggil. Dia tanya nama. Lepas tu dia tanya kenapa tak makan. Lepas tu dia cakap suruh duduk balik. Nanti dia hantar ayam. Dia cakap dia belanja.”

“Ouh…..erm….apa nama adik?” tanya saya. Mungkin kerana baru tersedar yang saya dah berbual panjang dengan pelajar ini tapi tak tahu apa namanya.

“Arif” jawabnya tersipu-sipu.

“Kenapa adik tak beli makan tadi?” tanya saya lagi, ala-ala Makcik Joyah yang penyibuk.

“Err…saya punya kad ATM tak boleh guna. Sebab tu tak boleh bawak keluar duit….” jawabnya perlahan.

Selepas berbasa-basi, saya tinggalkan dia untuk menikmati  makanannya.

Saya pandang  Brader CL itu yang sedang sibuk di kaunter.  Cukup dengan hanya satu perbuatan, tanpa perlu berkata-kata, dia sebenarnya telah memberi saya satu nasihat berguna.

Iaitu peluang untuk berbuat baik dan menolong orang itu sebenarnya ada di mana-mana. Bersepah-sepah. Dan merata-rata. Terpulang pada kita untuk benar- benar mencari, atau memilih untuk tidak peduli.

Saya adalah orang yang memilih untuk tidak peduli. Dengan menganggap bahawa pelajar itu “masih belum lapar barangkali”.

Tetapi dia adalah orang yang memilih untuk mencari. Dengan bertanya “Apa nama adik? Kenapa adik tak makan?”

It is such a small gesture; but it brings all the difference.

Satu tindakan kecil, tapi membawa terlalu banyak perbezaan.

Ia mendefinisikan segala-galanya. Tentang siapa kita sebagai manusia. Tentang apa yang ada dalam hati kita. Tentang bagaimana kita melihat manusia lain di sekeliling kita.

Ya, mungkin kita ini seorang yang bijak pandai, dengan ijazah dan sarjana di tangan.

Mungkin juga kita ini mewah dengan harta berjuta buat bekalan zaman berzaman.

Mungkin juga kita ini cantik rupawan atau kacak dan tampan.

Tetapi, tanpa sebongkah hati yang tulus, baik, dan ikhlas dalam berbuat kebaikan, kita sebenarnya masih serba kekurangan.

Jadi ini nasihat untuk kita, saya, kamu, mereka, dan sesiapa sahaja (Maaf, saya kerap benar memberi nasihat sejak akhir-akhir ini. Ya Tuhan, adakah itu petanda saya mungkin akan bertukar menjadi minda ‘makcik-makcik’ tak lama lagi? (pinjam ayat Hanakirana))😛

Oh tentang nasihat itu (dan ini untuk diri sendiri juga), hanya 4 patah perkataan:

Be Kind. Be Generous (even to strangers).

p.s:  Entah kenapa, saya bersemangat mahu bercerita tentang kebaikan manusia kepada “a complete stranger”. Mungkin insiden Ahad lepas membuka mata saya. Dan saya berazam ingin terus bercerita. Akan kebaikan orang lain kepada saya, atau kebaikan yang saya lakukan kepada orang lain. Bukan untuk tujuan riak dan bangga. Tetapi untuk menggalakkan diri sendiri membantu orang yang kesusahan dan membuang sifat MALU atau TAKUT atau PREJUDIS kepada orang sekeliling.  Dan harapnya dapat memberi inspirasi kepada kamu juga, to realize the joy of giving and helping others.  Ouh, dan juga untuk memberitahu bahawa walaupun terlampau banyak jenayah di luar sana, tapi sebenarnya masih ramai manusia yang baik2 di dunia ini.

Ayuh, kita sama-sama rajinkan diri tolong orang tak dikenali, nak?😉

 
9 Comments

Posted by on December 16, 2011 in Manusia, Pengalaman, Refleksi

 

9 responses to ““Life is given to us, we earn it by giving it” – Rabindranath Tagore

  1. Luqman Misri

    December 17, 2011 at 7:35 am

    ah! sy sangat suka post ni. :]

    sedikit sebanyak dah bukak mata sy yang kadang2 teragak2 dengan perkara2 sebegini. bukan apa, dulu sy ade pengalaman dipergunakan diatas kebaikan yg ada. sekarang ni pun, kalu sy teringat balik insiden ‘dipergunakan’ yang dulu, sy akan nampak seekor keldai tatkala saya melihat cermin. aduh! bengangnye!!

    disebabkan insiden tu, sedikit rencah kedekut dan takut ditipu dah digaul sebati didalam minda separa sedar sy. sehinggakan susah untuk sy bezakan yg tulin dan yg palsu. sy perlu lebih banyak belajar lg.

    dan juga, post ni telah membuatkan pagi sabtu sy terasa sangat indah. thanx.

     
    • sUe

      December 23, 2011 at 10:13 am

      ouh, saya juga tak pasti kalau saya ada pengalaman seperti awak. dipergunakan dan diambil kesempatan atas kebaikan yang kita taburkan. mungkin saya juga akan teragak-agak untuk menolong orang. seperti kalau menolong orang tak dikenali, tiba-tiba dirompak, disamun atau (Nauzubillah) dirogol. Ouh, tentu saya akan fobia dan sama sekali tidak akan menolong orang lagi!

      tetapi, setakat ini, Alhamdulillah, Tuhan masih melindungi saya. Dan harapnya akan terus dilindungi sampai bila-bila.

      saya kira sebenarnya kita tidak boleh berputus asa dalam membuat kebaikan. kalau kita tolong orang A dan dipergunakan, tak semestinya apabila kita tolong orang B, kita akan dipergunakan juga kan? sebab itulah penting konsep tawakkal itu.🙂

      lagi satu, saya harap awak tak menyesal atas apa yang telah awak buat. seperti melihat cermin dan berasakan diri awak bodoh. sebab saya percaya, kalau awak buat baik, itu adalah saham untuk awak di akhirat sana. orang yang mempergunakan awak itu, biar Allah saja yang membalasnya.

      just my two cent though.😎

       
  2. Cahaya Mata

    December 19, 2011 at 10:50 am

    okey..lepas ni nak jalan2 pakai baju batik asrama sahaja…

    dgn harapan cik sue akan belanja makan Prospareti mcD jap lagi…

    (nak set yg large eh…..!!)

    p/s : ikhlas…saya suka inspirasi yg kamu bw dlm entrie ni…so nice…🙂

     
    • sUe

      December 23, 2011 at 10:23 am

      Ouh suka prosperity burger ke?
      bolehla saya belanja. cik cahaya punya pasal, tak yah baju batik asrama, pakai baju apa pun tak apa.😛
      saya lagi suka Grilled Chicken Burger (GCB), tapi sekarang dah tak ada. huhu.

       
  3. Luke Drekanpus

    December 25, 2011 at 12:01 am

    ” Setiap Muslim harus mencari peluang untuk berbuat baik dan berbakti kepada tanah air tempat ia tumbuh.

     
  4. stalker need info

    December 25, 2011 at 11:00 am

    waaa.. macam best je ade keje part time.. seronok ke? x penat ke? ape motif amik keje part time? keje sedia ade gaji x cukup ke atau saje mengisi masa lapang? brape gaji keje part time ni? saya student, tengah cari keje part time. tak tau keje ae yang sesuai dan tidak mengganggu masa study.. realy need money

     
  5. fz

    December 25, 2011 at 10:59 pm

    sy sgt sukakan entry ni,
    err,sy juga spesis tidak peduli

     
  6. anonymous

    January 29, 2012 at 10:59 pm

    it was so nice. keep up the good work ^^

     
    • sUe

      January 30, 2012 at 7:17 pm

      Thanks Anon.🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: