RSS

tentang nenek comel suntik sinus kesan placebo

26 Nov

i

Nenek saya telefon. Setiap minggu untuk bertanya jika saya akan balik kampung atau tidak. Saya selalu balik, almost every week. Perjalanan cuma sejam setengah, jadi saya tak kisah. Cuma kadang-kadang, saya tak balik sebab ada kerja, ada urusan lain, nak keluar dengan kawan, shopping-shopping tengok wayang.

Tadi, nenek telefon. Katanya “Ila, nenek tahu Ila kata nak balik esok pagi. Tapi nenek saja nak bagi tahu malam ini ada barbecue. Dekat rumah Mak Uda”

Lalu saya kata “Ouh, nenek nak Ila balik malam ni ke?”

“Tak payah lah. Nenek tak nak lah Ila drive malam-malam….”

“Ouh…..ok”

“Tapi……..kalau ramai-ramai berkumpul satu keluarga seronok juga kan?”

Errr……saya rasa mak mewarisi teknik psikologi terbalik ini dari nenek. Dia ada aura yang boleh buat kau rasa bersalah gila. Haiyoh~

ii

Tapi, bila dah selalu balik kampung, saya jadi rapat dengan nenek. Dan dia boleh jadi kelakar. Hari itu dia tanya “Ila kau tak pakai spek boleh ke memandu balik KL”

“Nenek, Ila pakai contact lens la..”

“Eh eh pandainya kau pakai contact lens. Nenek nak satu lah. Kaler biru boleh tak?”

Ya, saya tahu. Nenek saya memang comel.

iii

Kalau kamu pengidap sinus seperti saya, kamu akan tahu betapa siksa neraka tiada ampunnya penyakit ini. Hidung kau akan sentiasa berlari (running nose)  atau dalam erti kata lain, sentiasa berair dan berair dengan mukus tanpa henti. Ia juga menyumbat setiap rongga lubang hidung kau sampai kau tak boleh bernafas.

Kau akan bersin tak berhenti, terutama kalau kena habuk atau basuh muka pagi-pagi. Atau lebih teruk dalam keadaan ber’aircond’ yang sejuk gila babi. Tisu dah jadi macam kembar siam dengan kau. Dekat tangan kau wajib ada tisu, dan dalam tong sampah tepi meja kau penuh dengan tisu yang dah diguna sampai makcik cleaner pun tegur “eh banyaknya tisu dalam tong sampah Sue.” Semua orang dalam pejabat pun akan tegur kau “Sue ni tak baik-baik selsema lagi ke?” dan dia orang akan pelik tengok kau yang setiap hari memakai sweater ke sana sini.

Sudah dua minggu saya tidak dapat tidur kerana sukar bernafas akibat hidung tersumbat. Jenuh saya menenyeh Vicks, Balm Harimau, minum jus oren, malah menghidu wap Vicks yang dicampur dengan air panas, tapi masih tidak berhasil. Saya tetap akan terjaga dan hanya tidur dua jam sekali. Dan saya benci bernafas ikut mulut. Sebab ia buat kau rasa mengah, penat, dan mulut kau akan jadi kering. Dan sikit-sikit kau kena berhenti bernafas untuk telan air liur.

Jadi, apabila Kak Sya mencadangkan satu klinik yang secara ajaibnya telah menyembuhkan ayahnya yang mengidap sinus selama 60 tahun, hanya dengan sekali suntikan, berita itu seperti satu perutusan dari kayangan buat saya. Jadi, saya terus saja menyuruh dia membawa saya ke sana. Ya, saya sungguh tidak sabar untuk mendapatkan suntikan itu.

Dan benar, sungguh tidak diduga, sungguh ajaib, sungguh miracle, sungguh Ripley’s-believe-it-or-not sekali, hanya dengan satu suntikan, penyakit sinus saya berkurang. (ouh, tentu sekali dengan izin Allah. tak pasal-pasal termasuk dalam syirik kecil pulak karang)

Malam itu, selepas mendapat suntikan, saya rasakan lubang hidung saya telah membesar dan mengembang seperti cerobong asap. Dan saya dapat merasa udara dan oksigen berpusu-pusu masuk ke dalam hidung saya laksana orang meniup belon ke dalamnya.Dan mukus2 itu, ajaibnya semakin mengering dan berkurang. Wah, saya rasa sungguh bahagia, sungguh nikmat, sungguh gembira sekali. Daku di sorga!!! *pandang langit dan depang tangan*

Cuma, yang menyebabkan saya agak ragu-ragu adalah apabila saya tanyakan kepada doktor tersebut,

“Erm, kenapa saya tidak pernah dengar pun pasal rawatan suntikan ini sebelum ini?”

Doktor itu seperti keberatan untuk menjawab, tapi dia tetap menjawab,

“Oh, ia resepi saya sendiri. Dan ia adalah rahsia keluarga saya…”

Ok, kau rasa apa benda ubat yang dia bubuh dalam tu? Gila musykil ok?

Tapi saya fikir-fikir, asal sembuh cukuplah. Ouh, dan dia kata kesan sampingan ubat itu cuma selera makan akan bertambah. Tentu sekali saya tidak ada masalah langsung pasal itu. Sebab saya memang nak naik berat badan pun.

It should be safe right? Hurm….saya harap ia bukanlah sekadar  kesan placebo….

Updated:

*Kesan Placebo adalah terma psikologi yang digunakan untuk menggambarkan kesan yang cuma disebabkan oleh kuasa mental sendiri dan bukanlah daripada ubat atau produk itu. Contoh, saya pernah terbaca di internet bahawa Patch Kaki Pencuci Toksin yang bersepah di pasaran itu adalah sekadar produk yang menimbulkan efek placebo semata-mata. Patch Kaki itu tidak berkesan pun sebenarnya (menurut sumber internet), kerana selepas kajian dibuat, tiada toksin pun dijumpai pada kotoran yang tertinggal atas patch. Dan jika kau tuang air suling atas Patch itu pun, ia akan bertukar warna coklat.

Akan tetapi, rata-rata pengguna mengatakan sakit sendi diorang baik malah mereka menjadi lebih segar, sihat dan bertenaga selepas menggunakan Patch Kaki terbabit. Di sinilah yang dikatakan kesan placebo, di mana jika mental pesakit sendiri sudah setkan dalam minda bahawa Patch Kaki itu bagus dan badan akan sihat lepas menggunakannya, dan pesakit betul2 yakin dan pasti akan keberkesanannya, maka secara automatik pesakit akan rasa sihat, walaupun sebenarnya Patch Kaki itu tidak membawa apa2 kesan pun.

Ia adalah semua kerana kuasa minda sendiri semata-mata. Begitulah pada pemahaman saya. Harap diperbetulkan kalau tersilap.

 
4 Comments

Posted by on November 26, 2011 in Bebelan saya, famili

 

4 responses to “tentang nenek comel suntik sinus kesan placebo

  1. Anonymous

    November 29, 2011 at 2:24 pm

    Salam..

    Kalo x keberatan, boleh x share klinik tu kt mane? adek saya pon ade sinus..kesian tgk die

     
  2. CAHAYAMATA

    November 29, 2011 at 2:40 pm

    owhh..tentu skali kamu nampak comel dgn contact lens biru cair dan hidung seperti serombong kapal…errrkkk….!! ~ just imagine je laaa… ~

    chill…

    selsema2 pun kena chill…ok..🙂

     
    • sUe

      November 29, 2011 at 6:22 pm

      haha..
      contact lens biru tu nenek saya yang teringin nak pakai.
      bukan saya…🙂

      ouh sekarang dah kurang selsema.
      rasa happy je sebab hidung cam dah ok.🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: