RSS

the help

12 Nov

Saya mula tahu tentang buku The Help apabila terbaca satu artikel tentang penulisnya, Kathryn Stockett di dalam akhbar beberapa bulan lalu. Di dalam artikel itu ditulis tentang bagaimana Kathryn Stockett mengambil masa 5 tahun untuk menyiapkannya. Dan dia di’reject’ mentah-mentah oleh 60 ejen penerbitan.

Enam puluh ejen = enam puluh penolakan.

“Wow, perempuan ni gile tabah siyal!” hati kecil saya berkata.

Saya masih ingat akan kata-kata Kathryn Stockett di dalam artikel itu. Lebih kurang bunyinya begini:

Kali pertama saya menerima surat penolakan, hati saya melonjak gembira. “Wow, ini bermakna saya sedang dalam perjalanan untuk menjadi seorang penulis!” Fikir saya, positif.

Kemudian surat penolakan kedua tiba. Diikuti ketiga, keempat, dan seterusnya. Sehingga yang ke-40. Semua kawan dan keluarga mula ragu2 dengan saya. Mereka simpati dan kasihan. Malah, mereka mahu saya melupakan saja impian saya untuk menerbitkan buku inil. Tetapi saya tidak boleh! Saya tidak boleh tinggalkan buku ini! Ia adalah darah daging saya. Ia adalah ‘bayi’ saya.

Dan hasilnya, setelah 60Β  kali penolakan, buku ini diterbitkan dan dibaca oleh lebih 5 juta orang, dicetak ke lebih 35 negara dan dijadikan ke bentuk filem ‘The Help’ yang mendapat kutipan box-office lebih US 100 juta.

Lantas, apabila saya dapat membaca buku ini, daripada Canyee yang meminjam dari perpustakaan tempat kerjanya, serta-merta, saya terus melekat dan tidak boleh meninggalkannya. I’m hooked.

Saya membaca The Help setiap masa, setiap ketika.

Saya membaca The Help selepas balik dari kerja.

Saya membawa The Help di dalam beg tangan ke tempat kerja.

Saya membacanya lagi ketika waktu makan tengahari, menyelak setiap helai muka surat, sambil mengunyah epal di tangan, di dalam ruang kubikel ofis saya.

Saya membaca The Help di dalam surau pejabat selepas solat zuhur.

Saya membacanya lagi ketika di hentian puduraya tatkala menunggu bas ke Sungai Petani tiba.

Saya masih berkepit dengannya di dalam bas, beberapa minit sebelum lampu bas dimatikan pukul 9 malam.

Saya masih lagi membaca The Help apabila sampai di Sungai Petani pukul 2 pagi, sebelum saya tertidur.

Dan saya membacanya lagi, sepanjang hari esoknya, dan hanya berhenti untuk perkara-perkara penting seperti menyediakan makan adik-adik, mandi dan solat.

Ia adalah antara senarai buku yang sangat bagus sehingga saya tidak boleh meninggalkannya. Seperti The Kite Runner atau Sang Pemimpi atau To Kill A Mockingbird atau banyak buku lain lagi.

Ia adalah antara buku yang walau kau tahu kau mesti berhenti dan sambung esok saja kerana mata kau sudah penat dan badan kau sudah letih, tapi kau tetap tidak boleh tidur kerana kau mesti tahu akhirannya.

Ia adalah buku yang walau kau tahu kau mesti berhenti sekejap sebab banyak benda lain lagi nak buat, rumah yang bersepah, pinggan yang mesti dibasuh, kain yang mesti disidai, tapi kau sanggup tangguh dulu sebab habiskan buku ini, pada kau lebih penting.

Jadi, pada pukul 2 pagi, selepas 2 hari, saya selamat mengkhatamkan buku ini. Saya berasa sungguh sungguh lega.Sungguh sungguh berpuas hati.

Ia buku yang saya fikir, saya rasa bertuah kerana ‘terpilih’ ditakdirkan untuk membacanya.

It is so damn good !

Lalu saya terfikir, nasib baik juga saya masih belum berkahwin. Kerana hanya dengan mencampakkan satu buku yang super hebat ke tangan saya, sudah cukup untuk membuatkan saya lupa diri, lupa dunia, lupa rumah-yang-bersepah-kain-yang-menimbun-segala.

Silap-silap suami di sebelah pun saya buat tidak tahu saja.πŸ˜›

Owh, sekarang saya mesti cari CD filemnya. Wajib!

Ok, I’m off to clean the house now. At 3.18 a.m. Great!πŸ™‚

 
6 Comments

Posted by on November 12, 2011 in Buku

 

6 responses to “the help

  1. fz

    November 13, 2011 at 4:08 am

    saya pun kena cari jugak buku nih,wpun english sy kurang power
    baca tergagap-gagap xpe kan?=.=”

     
    • sUe

      November 21, 2011 at 5:38 pm

      eh tak per je. sebenarnya banyak baca buku2 novel begini yang boleh baiki mutu English kita.
      nanti lama2 mesti lancar.πŸ˜‰

       
  2. CAHAYAMATA

    November 15, 2011 at 12:50 pm

    saya tak pernah baca novel Inggeris… sebab….?? mcm komen di atas…πŸ™‚

    tapiiii…

    membaca entrie2 kamu tentang buku2 hebat (dlm Bahasa Inggeris) buat saya mahu masuk mendaftar kelas bahasa inggeris sekarang juga.. dgn harapan satu hari nanti saya akan dapat baca lebih banyak buku2 yang hebat….πŸ™‚

    owhh..mujur ada version movie ye.. saya akan cari CD/DVD nya nanti… TQ

     
    • sUe

      November 21, 2011 at 5:41 pm

      sebenarnya saya pun tidaklah hebat mana dalam B.I.
      cuma bila dah selalu baca tu lama-lama jadi faham pulak.
      dan buku2 BI selalunya bagus2…(ouh dan saya juga xnafikan buku BM pun byk yg hebat2)

      ya, movie version ada, tapi dengar cerita dvd cuma keluar bulan 12.
      hari tu terlepas nak tgk di wayang. huhu!

       
  3. shahida

    April 14, 2012 at 4:01 am

    tersenyum-senyum saya membaca entry ni sbb karakter saya ketika melayan novel pun ‘sebiji’ macam sue. tambah-tambah novel yg berkisar tentang jerit perih kehidupan. saya belum membaca The Help. tapi dari apa yang sue gambarkan, saya rasa saya perlu dapatkannya secepat mungkin. sue cuba Jodi Picoult. majoriti novel dia memang best. yang paling saya suka Harvesting The Heart.dah banyak kali baca tp feel tetap sama (ntah2 sue dah baca..haha malu je) πŸ™‚

    p/s: actually sy new reader blog ni.

     
    • sUe

      April 17, 2012 at 5:45 am

      hai shahida! *melambai-lambai girang*

      saya pernah baca jodi picoult. bukunya ‘My Sister’s Keeper’. Buku tu bagus, sebab dia ketengahkan isu yg lain dr yg lain. Cuma ending filem ‘My Sister’s Keeper’ tu tak sama pulak dgn buku, kan? Buku lain tak baca lagi. Tapi saya akui, Jodi Picoult mmg adalah penulis yg prolifik memandangkan buku-bukunya yang sungguhlah banyak di pasaran. Kadang2 tertanya2 sehari dia tulis berapa muka surat agaknya… =P

      Saya nak cadangkan buku2 lain boleh? Awak baca Khaled Hosseini punya buku tak? The Kite Runner dan A Thousand Splendid Suns adalah sungguh hebat-gila-nak-menggelupur-dibuatnya. =P

      Eh awak layan Paulo Coelho? Yang tu pun best jugak buku2 dia. Penulis lain yg saya suka Sidney Sheldon, Tony Parsons, Mitch Albom, JK Rowling, Sue Monk Kidd, etc etc etc etc etc.

      Alamak, saya kalo bercerita pasal buku memanglah payah nak stop. Hehe!

      p/s: selamat singgah ke blog ini. your name reminds me of a very long, lost friend of mine.πŸ™‚

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: