RSS

sindiket

04 Nov

Saya agak terkejut apabila Canyee memberi satu khabar berita.

“Ouh Sue, awak nak tau satu benda tak?” kata Canyee dalam perjalanan kami ke tempat kerja.

“Apa?”

Lantas dia beritahu, bahawa kawan yang baru dikenalinya, Prince berasal dari Nigeria, pekerjaannya adalah menyertai sindiket penipuan wanita-wanita gersang  terdesak    kesunyian tetapi kaya tak hengat sampai sangguplah bagi duit buta-buta kepada “kekasih” yang cuma dikenali dalam internet.

“Diorang boleh dapat sampai berjuta-juta,  Sue” kata Canyee.

Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang menghairankan. Kalau baca Harian Metro, ada satu musim itu penuh dengan berita kes penipuan ini. Malah saya pernah terbaca, warga Nigeria ini mempunyai ‘kelas tusyen khas’ di negara mereka, yang mengajar cara-cara mengguna komputer, internet, dan kursus Bahasa Inggeris intensif untuk membantu mereka mengarang ayat-ayat ‘power’ buat memikat wanita-wanita kaya yang kesunyian di Malaysia.

Malah, ketika pertama kali Canyee memberitahu tentang Prince yang baru dikenalinya, saya hanya mampu menasihati “Please be careful Canyee. Nigerians are not to be trusted.” Bukanlah bermaksud saya rasis, tetapi saya ada firasat yang tidak baik akan warganegara yang satu itu.

Dan semalam, saya membaca di akhbar, bahawa warga Nigeria juga telah menyeludup entah-berapa-puluh-juta dadah ke Malaysia. Dan itu adalah yang berjaya ditangkap, yang terlepas? Entah banyak mana.

“Dia mahu ajak saya sertai sindiket mereka. Saya boleh dapat duit banyak, katanya. Ouh tidak mungkin! Saya akan ke neraka jika saya ikut serta. Ouh Sue, saya jijik dengan pengakuannya.” kata Canyee sambil menggeleng-geleng kepala.

Jadi, saya cuma mampu menasihatinya supaya berhati-hati dan jangan berhubung dengan Prince lagi. Kerana silap-silap mungkin dia juga akan terperangkap.

“Ingat Canyee, kalau awak kena tangkap polis, saya akan kata tak kenal awak. ” gurau saya.

“Cis, ini namanya kawan? Pengkhianat!” katanya sambil menumbuk bahu saya.

Kami ketawa.

Tapi sejujur-jujurnya, saya agak risau dengannya.

Saya harap dia tidak apa-apa.

 
Leave a comment

Posted by on November 4, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: