RSS

Schindler’s List (ini bukan rebiu)

28 Oct

Saya baru usai menonton Schindler’s List. Filem yang memenangi Oscar pada Anugerah Akademi 1994 itu telah membuatkan saya depresi beberapa jam selepas menontonnya. Hati saya bagaikan dihiris dan dibelah dan dicincang halus-halus dengan pisau belati tajam.

Ia adalah mengenai Oskar Schindler yang telah menyelamatkan lebih 1000 orang Yahudi daripada peristiwa holocoust ketika Perang Dunia Kedua. Ya, saya tahu Yahudi adalah puak Israel yang memerangi Palestin sekarang. Tetapi, saya fikir tidak ada justifikasi untuk sebarang jenis kekejaman. Sama ada yang dilakukan oleh Yahudi atau kepada Yahudi. Malah siapa sahaja yang melakukan kekejaman, atas nama ‘penghapusan etnik’ regardless of what religion they are is still cruel beyond imagination.

Jadi bagi saya, tidak ada beza Nazi yang menghapuskan Yahudi dengan puak Taliban yang menghapuskan etnik Hazara di Afghanistan.

Kedua-duanya kejam. Kejam gila. Sangat-sangat.

Salah satu babak yang melekat seperti dicacah tatu di dalam minda saya adalah ketika Amon Goth, komanden Nazi baru bangun dari tidur, dengan tidak berbaju dan berseluar pajama sambil mengepit sepuntung rokok, beliau duduk di balkoni rumahnya. Mengacu senapang jarak jauh, membuat sasaran, dan menembak beberapa Yahudi yang sedang bekerja di kem tersebut. Kemudian, beliau bangun dari tempat duduk, menguap, menggaru-garu perut, mengeliat, pergi ke bilik air, dan kencing.

Saya fikir jika semua, seluruh ais batu di Kutub Utara dan Kutub Selatan disatukan, tetap tidak akan, tidak mampu untuk menandingi betapa sejuk, beku dan dinginnya hati seorang Amon Goth sehingga beliau tidak ada secebis belas pun kepada nyawa manusia.

“When we saw Goth, we saw death” kata Poldek Pfefferberg, salah seorang Yahudi yang terselamat.

Filem ini bagus. Saya bagi 5 bintang.

 
2 Comments

Posted by on October 28, 2011 in Filem

 

2 responses to “Schindler’s List (ini bukan rebiu)

  1. CAHAYA MATA

    October 30, 2011 at 11:23 am

    ermm…belum tonton cerita ni tp berazam utk menontonnya nanti…🙂

    terfikir jg berapa kali cik sue kene sebut Laknatullah spnjng menonton cerita ni…? dan walau bagaimanapun rasa kemanusiaan kita bersimpati pd “mereka” tp jgn smpai dipengaruhi dakyah halus “mereka” yg selalu ingin meracuni minda kita….ok….

     
    • sUe

      October 31, 2011 at 11:11 am

      ya..silalah tengok. it’s a good movie.

      yups. insyaAllah, i’ll be careful.🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: