RSS

Tentang Pami

25 Oct

Saya ada peminat. Namanya Fahmi. Saya panggil dia Pami saja.

Umurnya 5 tahun.

Dia adalah sepupu saya.

Apabila saya balik ke kampung, dia begitu riang dan manja dengan saya. Saya membawanya ke pekan dan belikan dia permainan Ben Ten.

Apabila dia dapat tahu saya akan balik ke kampung dan tidur di rumah ibu bapanya, cepat-cepat dia ingatkan ibunya supaya membeli kicap yang sudah habis. Dia faham benar dengan sikap saya yang tidak boleh makan kalau tak ada kicap.

Sebaik saya menjejak kaki ke rumahnya, segera dia mengajak saya ke dapur dan membuka pintu peti ais.

“Kak Ila, tengok ni. Kicap dah ada. Pami baru suruh emak beli.” katanya bangga.

Apabila saya mahu balik semula ke KL, secara bergurau, saya ajak dia bersama.

“Pami ikut Kak Ila balik KL nak tak? Pami duduk dengan Kak Ila ye?”

Tidak lah saya sangka, dia akan mengangguk penuh teruja.

“Ok. Pami sekolah kat KL.”

“Habis tu nanti Kak Ila balik pukul 5.30, Pami pulak balik pukul 12. Pami nak duduk mana?”

“Alah…tak pelah. Pami suruh pakcik bas hantar kat ofis Kak Ila. Pami duduk situ sampai Kak Ila balik.”

Melihat wajahnya yang beriya-iya, tidak sampai hati pula untuk saya mengatakan bahawa saya cuma ajak-ajak ayam sahaja. Dan mana mungkin saya membawa dia ke KL, jauh dari keluarganya.

Jadi, pelajaran moral nombor 18 adalah:

Jangan sekali-kali kau ajak-ajak ayam dengan budak-budak.  Sesungguhnya mereka tidak faham akan frasa ajak-ajak ayam atau ajak-ajak kucing atau ajak-ajak biawak sekalipun. Kerana fikiran mereka tulus suci dan mereka sangkakan kau betul-betul serius.

Petang itu, saya melambai tangan ke arahnya dan memandu pulang ke KL. Dari dalam kereta, saya lihat wajahnya begitu sedih. Tidak sangka, saya telah memecahkan lagi hati seorang lelaki.

Walaupun kali ini, usia lelaki itu baru 5 tahun.

Maaf Pami, Kak Ila takkan bagi harapan palsu lagi ye?

 
4 Comments

Posted by on October 25, 2011 in famili

 

4 responses to “Tentang Pami

  1. CAHAYA MATA

    October 27, 2011 at 3:43 pm

    tunggu 20 tahun lagi, Pami pula akan tulis blog bercerita perihal kamu..

    tajuknya mungkin : Gadis Pertama Yang Memberi Janji Palsu…

    (hehehehe….)

     
    • sUe

      October 28, 2011 at 4:08 pm

      hahaha!!!!
      bukankah kita semua selalu berjanji macam2 pada budak2?
      😉

       
  2. hazwan

    October 30, 2011 at 12:15 pm

    kau rasa kan su
    kalau masa kecik dulu
    kau pernah berjanji nak kawen dengan seseorang
    agaknya dia rasa benda tu serius tak?🙂

     
    • sUe

      October 31, 2011 at 11:07 am

      hurm…aku rasa depends pada keadaan.
      kalau aku kecik masa tu, dan budak lelaki tu pun kecik jugak,
      memang dua2 serius la kot.
      sebab dua2 naif dan budak2 lagi tak faham apa pun.
      cuma ‘aku suka kau kau suka aku kita kawen bila besar nanti nak?’ type of thing.

      tapi as time goes on, dua2 dah besar.
      obviously, takkan ingat dan take serious pun ‘janji’ tu.

      itu pendapat aku la.apasal?
      kau ada janji ngan sape2 ke masa kau kecik?
      pastu dia tuntut janji tu eh?
      ahh…sudah. kau jangan mungkir janji weh. tak baik… hehe😛

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: