RSS

tudung

12 Oct

“Ada jual tudung bawal tak?”

“Tak ada”

“Ada jual tudung bawal tak?”

“Tak ada”

Saya fikir misi mencari tudung bawal sekarang ini sudah seperti pengembaraan menjejak Harimau Salji. Ini kerana, seperti mana Harimau Salji yang sudah semakin pupus di muka bumi, tudung bawal juga sudah semakin hilang ditelan dominasi tudung awning yang mula menguasai pasaran ekonomi tudung sedunia.

Apabila difikir2 semula, tudung awning itu memanglah lebih banyak kebaikannya daripada tudung bawal.

satu, ia tidak perlu digosok. Ini adalah kelebihan paling ketara. Dan untuk manusia seperti saya, yang pagi-pagi nak pergi kerja baru terkial-kial nak gosok baju, tudung ini adalah sesuatu yang memudahkan kerja.

Dua, tudung awning tidak jarang seperti tudung bawal. Jenis kainnya tidak memungkinkan untuk orang lain ternampak bayang rambut atau leher kau. Unless, angin lintang kuat tahap dewa dan buat tudung kau terbang terangkat, itu lain cerita.

Tiga, tudung awning tak perlu dibentuk-bentuk. Sebab ada kadbod keras di bahagian dahi, jadi ia akan nampak elok dan terletak sendiri. Tidak seperti tudung bawal yang perlu dikelebet-kelebet setiap masa dan ketika, silap gaya, terkena angin kipas, melepet semula.

Tetapi itulah orang kata, cinta itu tak boleh dipaksa-paksa (ceh!).

Tudung awning ini sama seperti kereta Juara. Pertama kali tengok dah tak berkenan.

Nak buat lagu mana. Ye dok?

baca sini tulisan tuan tanah mengenai tudung awning juga.

gile ayu siyal patung nih. mata pun syahdu jek. =P

 
2 Comments

Posted by on October 12, 2011 in Uncategorized

 

2 responses to “tudung

  1. saad

    February 15, 2012 at 8:39 am

    oh.. senasib dengan wife aku..

     
    • sUe

      March 14, 2012 at 4:41 pm

      ye ke?
      *high five* dengan wife kamu.😛

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: