RSS

“Biarla saya nak jalan sorang2. Sibuk je kakak ni” =P

05 Sep

Atas permintaan Hanakirana (melalui komen untuk entri di bawah), maka saya hasilkan entri ini.

Jika anda membaca entri saya di bawah ini, anda akan tahu bahawa saya pernah menumpangkan orang asing hanya sekali.

Ketika zaman saya praktikal di sebuah kilang baja di Gurun, Kedah.

Di sini saya berikan sedikit ringkasan tentang maklumat kejadian (ceh, macam wartawan pulak!)

Tahun: 2007 (tak ingat tarikh)

Lokasi: Di sebuah jalan yang sunyi dikelilingi pokok kelapa sawit (baru teringat ia bukan pokok getah seperti yang saya tulis di bawah.)

Waktu: Lebih kurang pukul 7 petang. Antara penghujung Asar dan permulaan Maghrib. Dalam ertikata lain, waktu senja.

Watak utama: Seorang gadis berbaju coverall kuning dengan but keselamatan baru pulang dari kerja.Err…saya lah tu.  :mrgreen:

Watak misteri: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun. (macam mana saya tahu umur dia 10 tahun? Sebab saya tanya dia lah. )

Ceritanya begini:

Ketika saya sedang memandu, saya ternampak seorang kanak-kanak sedang berjalan seorang diri sambil mengesat-ngesat air matanya. Ternyata, dia sedang menangis sedih. Beliau memakai baju serba hitam. T-shirt lengan panjang hitam, seluar tracksuit hitam, tudung hitam, dan beg sekolah hitam.

Pada mulanya saya teragak-agak juga untuk berhenti. Sebab saya takut. Manalah tahu itu adalah seekor anak jin yang menyerupai manusia. Tapi, atas dasar simpati (kerana saya fikirkan tidak ada anak jin yang membawa beg sekolah) lagipun suasana sekeliling yang sunyi sepi membuatkan saya risau beliau mungkin diapa-apakan oleh lelaki-lelaki jahat, maka saya berhentikan juga kereta.

Itupun lebih kurang 30 meter di hadapan beliau. Kira last minute decision lah ni.

Kemudian saya undurkan kereta dan mengajak dia naik.

Budak perempuan itu mulanya terkejut tetapi mungkin sebab melihat wajah saya yang suci murni   membuatkan hatinya tenang dan percaya bahawa saya adalah orang yang berniat baik semata-mata.(cewah!)

Lalu kami berbual.

Silap. Kami tak berbual sangat pun sebenarnya. Ia adalah komunikasi sehala. Iaitu saya sahaja yang banyak bercakap, sedangkan dia hanya diam sahaja dan menjawab sepatah-sepatah. Dia langsung tidak melihat wajah saya sepanjang perbualan. Dia hanya memandang kosong ke depan sambil mengelap air mata.

Saya: Umur adik ni berapa?

Dia: 10 tahun (jawab perlahan)

Saya: Oooo…akak pun ada adik umur 10 tahun.

Dia: (diam)

Saya: Adik tertinggal bas ke?

Dia: (diam)

Saya: Ayah terlupa nak ambil adik ke?

Dia: (diam)

Saya: Adik dari sekolah ke? Ada latihan silat? (saya agak saja, sebab silat kan berpakaian serba hitam)

Dia: (diam)*kesat-kesat air mata*

Saya: Adik tunjuk rumah adik kat mana ye? Akak hantar sampai rumah ok?

Dia: *angguk-angguk sambil memandang kosong ke depan*

Dan di sinilah puncak perbualan yang menjadi misteri sampai ke hari ini.

Saya: Err….kenapa adik jalan sorang-sorang?

Dia: (berhenti menangis, tersenyum sedikit, menoleh melihat saya dengan kerlingan mata yang tajam)

Saat bertentang mata dengannya, melihat senyuman misteri di wajahnya, saya rasa seperti darah jadi sejuk dan jantung berhenti sekejap.

Serius gila babi menakutkan ok? Merinding bulu roma. Berderau darah saya. Masa itu dalam hati mulalah tunggang-langgang baca segala macam ayat Quran. Sambil itu sempat jugalah memaki hamun diri sendiri yang baik-sangat-tak-tentu-pasal-entah-entah-budak-ni-pontianak-ke-apa.

Lepas itu saya dan dia tak bercakap apa dah. Radio saya kuatkan ke tahap yang kalau orang dengar, orang akan kata kau ni pekak badak sebab dengar radio kuat gila.

Sampai di satu selekoh, ada satu jalan kecil yang dikelilingi pokok getah, dia suruh saya berhenti. Dia turun dan ucapkan terima kasih. Lepas itu dia jalan sorang-sorang melalui jalan kecil itu. Saya tunggu sampai dia hilang dari pandangan, dan saya tengok betul-betul cara dia berjalan.

Ya, dia manusia. Sebab dia ada kaki dan pakai kasut. Dan bila berjalan, dia tidak terawang-awang macam hantu.

Esok harinya, saya ceritakan kepada kawan-kawan. Mereka marahkan saya sebab tumpangkan orang sembarangan. Kata mereka, jalan yang saya lalui itu ada tanah perkuburan.

Lantas, ditemani dua orang kawan lelaki, Nasrul Hadi dan Mohd Shahnaz, saya ke tempat tersebut. Kami masuk ke lorong kecil tempat saya tinggalkan budak perempuan itu. Lebih kurang 100 meter ke dalam, ada beberapa buah rumah kampung yang memang berpenghuni. Legalah hati saya.🙂

Oh, dan jika anda tertanya-tanya, jawapannya adalah:

– tidak ada apa-apa batu nesan yang tertinggal di seat kereta.

– tidak ada apa-apa bau wangi yang melekat dalam kereta.

– tidak ada apa-apa selendang atau kain putih atau kain kapan tertinggal dalam kereta.

Saya yakin dan percaya budak itu adala manusia tulen 100%.

Cuma yang masih menjadi tanda tanya hingga kini adalah :

Kenapa budak itu tersenyum apabila saya tanyakan “Kenapa adik jalan sorang-sorang?”

Apa kelakar sangat ke pertanyaan saya itu? *pelik*

Begitulah ceritanya. Sekian terima kasih.🙂

 
2 Comments

Posted by on September 5, 2011 in Pengalaman

 

2 responses to ““Biarla saya nak jalan sorang2. Sibuk je kakak ni” =P

  1.  Hana (@hanakirana)

    September 5, 2011 at 11:40 pm

    tapi boleh tak aku tetap rasa budak tu bukan orang? hahahahaha

     
  2. Anonymous

    September 6, 2011 at 12:40 pm

    erk ~

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: