RSS

Status Perkara #74: still pending.

01 Sep

Perkara #74. Give a ride to a complete stranger without fear of being robbed or harmed.

Itu adalah antara 88 (and counting…) perkara di dalam senarai saya yang bertajuk “PERKARA2 YANG MESTI DILAKUKAN SEMENTARA MASIH HIDUP”

Perkara #74 berada di tengah-tengah antara :

Perkara #73. Mendaki Bukit Larut sehingga ke puncak dan bukan dengan jip.

dan

Perkara #75. Melihat pesta salji di Sapporo.

(Ya, sila perhatikan betapa besarnya jurang antara Bukit Larut dengan Sapporo)

Apa yang menyebabkan saya paranoid menumpangkan orang adalah kerana lambakan berita di akhbar betapa banyaknya manusia yang disamun, dirompak, dirogol malah dibunuh hanya kerana mempunyai sebongkah hati yang mulia mahu menumpangkan orang yang kesusahan.

Patutlah ada peribahasa “melepaskan anjing tersepit” dan “susu dibalas tuba”.

Kerana manusia tidak mengenang budi malah merbahayakan lagi nyawa orang yang berbudi kepadanya, rupa-rupanya ada di mana-mana.

Bukanlah tidak pernah saya menumpangkan orang asing sebelum ini. Memang pernah. Seumur hidup hanya sekali.

Eh silap.

Berkali-kali jugalah menumpangkan pelajar UTP yang sedang berjalan kaki dari asrama mahu ke perhentian bas sana. Tetapi, pelajar UTP tidak boleh dikategorikan sebagai orang asing. Kerana mereka adalah junior atau senior saya juga. Sama-sama belajar di satu bumbung. Dan tahap merbahaya mereka adalah di level paling rendah menghampiri sifar. Ini kerana, tidak pernahlah pula saya dengar ada student UTP yang merompak atau menyamun pemandu yang ditumpangi keretanya.

Jadi, untuk menumpangkan student UTP, itu perkara enteng dan tidak memerlukan keberanian tahap tinggi.

Ketika saya praktikal, saya pernah menumpangkan seorang kanak-kanak perempuan. Usia 10 tahun. Beliau sedang berjalan kaki sambil menangis seorang diri, dan di sekelilingnya adalah tanaman pokok-pokok getah yang sunyi dan sepi.(memang tempat strategik untuk perogol menjalankan misi)

Lalu saya tumpangkan kanak-kanak tersebut.

Yang membuatkan saya hairan adalah, apabila ditanya “kenapa adik jalan kaki sorang-sorang?”, beliau terus berhenti menangis dan tersenyum memandang saya dengan lirikan mata yang tajam.

Gila seram ok? Berderau darah saya dibuatnya.

Ok, kita tinggalkan cerita adik-yang-menyeramkan-wajar-pergi-ujibakat-filem-seram-melayu tersebut.

Idea untuk mewujudkan Perkara #74 muncul selepas saya memandu di Taiping suatu pagi untuk ke tempat kerja. Ketika itu hujan-lebat-tiada-ampun.

Saya terlihat beberapa orang mamat Bangladesh dan Vietnam yang terpaksa berpayung dan berjalan kaki untuk ke kilang. Dalam ramai-ramai orang itu, saya terlihat seorang pekerja Bangladesh yang tiada payung, terpaksa menggunakan plastik untuk melindungi dirinya dari hujan lebat – satu usaha yang saya lihat agak sia-sia sebab dirinya sudahpun basah lencun.

Saya jadi kasihan amat sama beliau.

Tergerak di hati untuk menumpangkan beliau, tetapi akal saya menghalang kerana risau beliau mungkin akan membahayakan saya pula. Bak kata Najwa Latiff “Otak kata jangan hati pula kata ya”.

Lalu, dengan perasaan sayu dan kasihan, saya pun meninggalkan beliau yang basah lencun. Dan sayup-sayup saya melihat beliau yang semakin mengecil di dalam cermin sisi kereta.

Hidup di dalam dunia yang sudah hilang rasa percaya, sehingga mahu berbuat kebaikan pun mungkin boleh mengancam nyawa – ia sesuatu yang menyedihkan, bukan?

Lalu, terwujudlah perkara #74. Kerana saya percaya, di luar sana, masih ramai lagi manusia yang berhati mulia. Yang tidak akan mengapa-apakan saya jika saya menumpangkan mereka. Yang mampu saya tumpangkan tanpa rasa paranoid akan keselamatan diri sendiri.

Kesempatan untuk melaksanakan perkara #74 rupa-rupanya tiba dua minggu lepas.

Ketika itu hujan-lebat-tiada-ampun juga. Tapi kali ini di Kuala Lumpur.

Saya lihat seorang makcik dan anak lelakinya sedang berjalan kaki, saling berdakapan kerana mereka hanya menggunakan payung yang kecil sahaja. Sedangkan hujan lebat dengan angin lintang membuatkan mereka tetap basah kuyup. Sekali lagi, satu usaha yang agak sia-sia.

Saya berhentikan kereta di tepi mereka. Turunkan tingkap kereta dan mengajak mereka masuk.

Berkali-kali diajak, mereka enggan. Lalu, barulah saya tersedar:

Dakapan kuat si ibu kepada anaknya.

Pegangan erat si ibu kepada beg tangannya.

Ketakutan yang jelas terpancar dari kedua bola matanya.

Rupa-rupanya bukan saya sahaja yang paranoid akan keselamatan diri. Makcik itu juga takut SAYA akan membahayakan beliau jika beliau masuk ke dalam kereta saya.

Mungkin dia takut saya akan merompak beg tangannya.

Mungkin dia takut saya akan menculik anaknya.

Mungkin dia takut saya akan menyimbah asid ke mukanya.

Ternyata wajah yang suci murni masih belum cukup untuk memantulkan niat di hati, yang juga suci murni. (ceh!)😛

Sekali lagi, hidup di dalam dunia yang sudah hilang rasa saling percaya akibat jenayah yang terlalu berleluasa- ia memang sesuatu yang sungguh menyedihkan.

*hembus nafas berat sambil geleng-geleng kepala*

 

 
2 Comments

Posted by on September 1, 2011 in Dunia, Manusia, Pengalaman

 

2 responses to “Status Perkara #74: still pending.

  1.  Hana (@hanakirana)

    September 1, 2011 at 6:38 pm

    tolong sambung cerita kanak2 seram tu, please!

     
    • sUe

      September 5, 2011 at 4:09 pm

      hahaha!
      nanti akan disambung bila rajin.
      sabar yer…😛

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: