RSS

Bebel

06 Aug

i.

Saya tidak tahu manusia kejam tahap binatang apakah yang sanggup membunuh, mengerat 15 bahagian dan menyumbat organ manusia ke dalam mangkuk tandas. Pembunuhan itu mengerikan, tetapi yang lebih menakutkan adalah hakikat seolah-olah pembunuh itu sedang ‘bergembira’ dengan ‘hasil’ bunuhnya, seolah-olah membunuh itu adalah satu pesta.

It’s sickening!

ii.

Kerja baru dan tempat baru (aside from the traffic, of course!) adalah memuaskan dan menyenangkan hati walau masih terlalu awal untuk dikategori sebagai ‘menggembirakan’ hati. Yang pasti saya rasa lebih tenang dengan persekitaran baru (again, aside from the traffic.)

Tapi, satu perkara tentang bekerja di tempat baru, adalah kau tetap akan rasa ‘awkward’ yang tidak terhingga. Seolah-olah kau baru nak menginap di satu kampung yang semua orang sudah kenal satu sama lain, sudah arif akan pantang larang dan adat budaya di kampung itu, tetapi kau pula masih baru merangkak-rangkak nak belajar tentang semua perkara.

Dan selepas 5 hari, saya masih lagi seorang pekerja paling baru, yang adalah sangat pemalu, yang hanya tahu tersenyum sopan, yang akan mengangguk penuh semangat apabila diberi tugasan, yang masih ber’encik’ dan ber’cik’ dengan semua orang, yang masih perlu bertanya ‘tandas’ dan ‘surau’ di mana, dan ‘waktu rehat kalau tak puasa kamu semua buat apa?’ dan masih lagi tidak tahu untuk beramah mesra bergurau senda dan masih lagi tidak tahu banyak perkara tentang sikap dan ragam sang ketua.

Well, tempat baru memang macam itu kot. But still, i’m learning. It’s a lot to learn. It’s exhausting.

But, it’s fun.(setakat ni lah :P)

iii

Saya tidak tahu memang sudah menjadi kewajipan atau memang sudah termaktub dalam undang-undang bangunan tinggi di seluruh negara, bahawa setiap malam sesiapa yang ada dalam bangunan tinggi mesti dengar bunyi kerusi atau kaki katil diseret atau kaki manusia melompat-lompat di tingkat atas.

Dulu, saya selalu dengar di Apartment Bukit Merah. Bunyi katil diseret dan kaki melompat. Banyak kali jugalah terfikir untuk naik di tingkat atas, melihat samada rumah atas itu berpenghuni atau tidak (kerana setahu saya blok apartment itu tidak ramai orang. di tingkat itu hanya saya seorang sahaja yang tinggal, for the whole floor). tetapi, hasrat murni untuk menyiasat ala-ala Nancy Drew itu dibatalkan kerana saya fikir lebih baik saya tidak tahu.

Bak kata orang “kadang-kadang adalah lebih baik jika kita tidak tahu akan kebenaran, kerana kebenaran mungkin akan menyakitkan”

Tapi dalam kes saya – “kerana kebenaran mungkin akan buat-saya-lari-lintang-pukang-macam-tak-cukup-tanah-dan-taubat-nasuha-tak-mahu-duduk-sorang-sorang-lagi”

Dan saya dengar bunyi yang sama, ketika di mana-mana bangunan tinggi, di dalam hotel bersama keluarga, di kondominium kakak, di apartment pakcik, and always the same sound – bunyi perabot ditarik, kerusi diseret, kaki melompat, atau mahu lebih kreatif, bunyi seperti guli bertaburan di lantai. Dan yang peliknya, ia berlaku mesti, harus dan wajib pada waktu malam. Seawal matahari terbenam lepas maghrib sehinggalah sebelum matahari terbit. Dan bukan hanya saya seorang yang dengar, orang lain pun sama. Sampai jadi lali.

And again, as I’m typing this, di apartment pakcik, keseorangan, kerana pakcik sekeluarga pulang ke kampung, I heard the sound again.

Disebabkan sekarang adalah bulan puasa , maka saya akan bersangka baik sahaja.

“Keluarga di atas tu tengah sibuk kemas rumah. Si ayah sedang memindahkan katil, si ibu sedang menyusun atur kerusi dan si anak sedang melompat-lompat gembira.  Al-maklumlah, kan dah  nak raya…” pujuk hati saya.🙄

Aiseh, esok nak sahur apa nih? Hurm…

 
4 Comments

Posted by on August 6, 2011 in Bebelan saya, Bengong, Kerja

 

4 responses to “Bebel

  1. Anonymous

    August 13, 2011 at 9:56 am

    Kak su. RUmah saya pun sama. Dulu masa duk flat siap bunyi macam orang renovated rumah lagi. Sepanjang saya duk situ 5 6 bulan asyik bunyi jer. Terfikir jugak tak siap2 lagi ke renovated rumah dan ye malam je dia renovated?

    Bunyi guli jugak pernah, Masa tu duk kat flat lain. Yang ni kul 12 start men guli. Anak dia tak tido lg ke malam2 men guli ni?

    RUmah sekarang pulak asyik dengar orang drill dinding, tarik kerusi (mungkin yang ni betul), pastu men apa tah. BUkan guli kot. Rasanya lantai tu cukup kuat kot untuk dengar sume2 tu kan?

    Tapi untuk sume kes tu sy tk pernah naik atas dan tengok sendiri. Mungkin ye mungkin tak =)

     
    • sUe

      August 17, 2011 at 4:34 pm

      hahaha..anis pun pernah dgr jugak ker?
      sama lah kita…..😀

      bab main guli tu memang tak boleh tahan betul lah….tgh2 malam pulak tu…
      memang musykil betul….

       
  2. saad

    February 15, 2012 at 8:58 am

    beb.. tu bunyi dari alam lain la.. memang biasa bagi orang yang duduk rumah bertingkat-tingkat.. buat tak tahu je.. bunyi guli atau duit syiling bergolek memang best.. lagi best kalau duduk tingkat atas sekali..

     
    • sUe

      March 14, 2012 at 4:40 pm

      mula-mula kan saya ingat bunyi tu memang betul2 dari orang tingkat atas.
      sekali lepas tengok program ‘Tanyalah Ustaz’ dia cakap, tanda2 rumah tu ber’penunggu’ adalah kalau ada bunyi kerusi/katil ditarik, guli bergolek, dsb.
      terus spoil rasa yakin diri. setiap kali dgr, dah rasa lain macam.

      kesimpulannya, elakkan duduk rumah atas sekali. at least kalau rumah bawah, bolehlah pura-pura bagi alasan itu orang tingkat atas. huhu.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: