RSS

“Kau yang tak pernah tidur, menjaga mimpi yang luntur,oh kotarayaku”

03 Aug

saya tidak pernah terfikir untuk berada di sini.

sejak kecil, saya berdoa dan berharap, janganlah saya bekerja di sini.

pertama kali melihat dokumentari kehidupan pelacur di Lorong Haji Taib ketika usia baru menjangkau 10 tahun, saya berharap janganlah saya perlu hidup di kota penuh noda ini.

kerana kadar jenayahnya tinggi.

kerana semuanya mementingkan diri.

kerana kos hidupnya yang mencekik.

kerana suasananya yang riuh memekik.

kerana kesesakan jalan raya yang membuatkan kereta bergerak seperti siput.

kerana udaranya boleh buat kau semput.

kerana dan kerana dan kerana.

tapi seperti Andrea Hirata yang berdoa “berilah aku pekerjaan apa sekalipun tapi janganlah sebagai posmen” dan akhirnya menjadi posmen juga dia,

maka begitulah juga saya. tercampak jugalah saya ke “kotaraya-talam-dua-muka-katanya-madu-kau-disuap-cuka-bak-kata-altimet” ini.

ah, keadaannya tidaklah begitu teruk. sekurang2nya bersyukur jugalah saya kota ini tidak seperti afghanistan atau iraq atau libya atau pakistan yang saban hari ada sahaja serangan bom berani mati atau peperangan yang tidak henti-henti. dan bersyukur jugalah saya kerana kota ini memberi saya peluang untuk mencari rezeki.

cuma yang membuatkan saya begitu takjub adalah sikap pemandunya yang saya fikir sudah kekurangan organ hati dan perut mereka.

di sini, kau akan dihimpit tanpa belas kasihan. kau akan dibunyikan hon jika sedikit terhegeh-hegeh mencari jalan. ada kereta yang akan mencelah masuk dan memotong barisan tanpa memberi isyarat pun. ada juga yang keluar simpang tanpa sedikit pun menoleh kiri dan kanan. penunggang motosikal menyelit mencelah seolah-olah tidak sayangkan nyawa langsung. walau dalam kesesakan jalan raya yang teruk, tetap akan ada kereta yang akan menghimpit kau. dan, kalau kau pula mahu menukar barisan, jangan haraplah kau akan diberi peluang.

di sini, semua orang mahu cepat.

di sini, semua orang terburu-buru.

di sini, semua orang mengejar waktu.

perkara pertama yang saya laporkan pada ibu sebaik menjejak kaki dan memandu di sini adalah:

“Mak, orang kat sini macam dah ada tiket percuma ke syurga. Kalau mati pun tak mengapa.”

disebabkan saya sudah biasa di taiping, yang pemandunya sungguh berhemah, sentiasa memberi kau ruang dan peluang untuk mencelah masuk, siap dengan angkat tangan dan lambai segala, keadaan di kotaraya yang sesak ini membuat saya tidak selesa. saya jadi tidak biasa. ia tidak kena dengan jiwa.

“tak perlu bagi lampu isyarat nak mencelah. lagi kau bagi isyarat, lagi diorang takkan bagi kau peluang” kata pakcik.

“di sini semua orang nak kejar waktu.” kata makcik.

“kalaulah diorang semua ini ikut barisan, maksudnya KL nak turun salji kot” kata pakcik.

“apa?kau tak ada smart tag? boleh muntah la driving KL tak ada smart tag” kata pakcik

“dekat sini kau kena cekap ila. jangan teragak-agak.” kata pakcik lagi.

kesimpulannya, kalau kau nak jadi seorang pemandu yang super duper uber cekap dan pantas dan hebat, kau cubalah belajar memandu di kotaraya KL. Nescaya tak sampai seminggu kau dah tahu ‘budaya’ memandu di sini bagaimana. dan daripada seorang yang terhegeh-hegeh, kau akan menjadi sungguh cekap memandu.

cuma, sebaik saja kau sudah hebat dan cekap memandu, kau akan hilang pula satu perkara,

iaitu perasaan bertimbang rasa dan saling membantu sesama pengguna jalan raya.

oh well…… ia bukanlah satu kehilangan yang sangat  ‘besar’ kan? *senyum sarkastik sambil angkat kening sebelah*🙄

Nota tapak kaki:

Hidup serba laju, trafik kura-kura

I couldn’t agree more with you, Altimet. Ouh ya, baru tercampak di KL saya sudah se’jakun’ ini, bagaimana agaknya jika tercampak ke bandar lain yang lebih besar, New York atau London atau Tokyo misalnya? Mungkin akan menjadi lebih jakun dan lebih babun. heh!

Ouh ya, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA YANG MEMBACA!

 
6 Comments

Posted by on August 3, 2011 in Dunia, Kerja, Manusia, Pengalaman

 

6 responses to ““Kau yang tak pernah tidur, menjaga mimpi yang luntur,oh kotarayaku”

  1. hazwan

    August 9, 2011 at 9:10 am

    hoi !
    terasa !🙂

     
    • sUe

      August 17, 2011 at 4:37 pm

      hahaha!😀
      ko pun selalu memandu macam tu ke?😛
      don’t worry bro, aku pun dah semakin pintar jadi ‘heartless driver’ nih.
      asyik kita je bagi peluang kat org, org tak penah pun bagi peluang kat kita.
      “INI TIDAK ADIL!!” bak kata Abdul Wahib.:mrgreen:

       
  2. hazwan

    August 21, 2011 at 11:32 am

    new york london n tokyo have 1 thing in common. super angkat-tangan-tabik-spring highly developed n well structured public transportation system. well u look at kotaraya-la-sangat ni. dats y people still rely on driving their own car. u know whay i mean suhaila. imo

     
    • sUe

      August 24, 2011 at 4:28 pm

      ouh aku tak tahu sistem kat oversea camne.
      sebab slaluu tgk kat movie2, new york tu cam sesak gileeee je.
      but still, kat kl memang agak scary la kalo bwk kete.
      sbb motosikal mencelah menyelit buat aku seriyau (bak kata org kedah)

       
  3. ainunlmuaiyanah

    August 26, 2011 at 9:16 am

    sue, dah kerja di KL? Boleh jumpa.. saya tak suka kerja di KL sebab takut cepat naik marah. haha. saya tak suka jem.🙂

     
    • sUe

      September 5, 2011 at 4:11 pm

      haha…jem memang boleh buat manusia cepat marah.
      nak jumpa takde hal.
      nanti saya emel awak ye?😉

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: