RSS

“Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose.”

24 Jul

Ini bukan surat cinta buat sang kekasih hati.

Ini bukan satu deklarasi bahawa hati ini sudah dimiliki.

Ini bukan pengumuman menghebahkan rasa cinta yang tak bertepi.

Kerana pada usia 27 tahun, satu perkara yang saya belajar tentang CINTA adalah ini:

“Jika kau terlalu menghebah-hebahkan ia, jika kau terlalu mengembur-gemburkan ia, jika kau terlalu suka mengumumkan kepada dunia, berkongsi cerita bahawa betapa kau terlalu bahagia, dan kau hebahkan ke seantero dunia, melalui facebook atau friendster atau blog misalnya, memaparkan gambarΒ  kau dengan dia sedang berpelukan mesra,

tidaklah mengapa…

jika hubungan itu menjadi, Alhamdulillah syukur sekali.

akan tetapi, jika hubungan itu tidak menjadi, silap-silap kau yang akan malu sendiri. “

Yes, I’ve learnt that the hard way.

Jadi, entri ini bukan apa-apa sebenarnya.

Ia hanyalah satu cara untuk saya merakamkan sebuah kenangan. Kerana sesungguhnya,Β  MASA adalah sesuatu yang kejam. Ia bisa menumpulkan cermin sebuah kenangan, sehingga yang tinggal pada kau hanya cebis-cebis kecil memori yang mungkin payah untuk dicantum kembali.

Jadi, sementara saya masih ingat semua, sementara segala-gala masih segar di dalam minda, saya mahu merakamkannya di sini.

Jadi buat kamu, teman yang sangat istimewa,

Saya mahu ucapkan ini,

Terima kasih dan terima kasih yang tidak terhingga.

Terima kasih kerana sering menghabiskan makanan di pinggan saya, tatkala saya sudah lelah kekenyangan dan kamu pula tidak suka akan pembaziran.

Terima kasih kerana menghiburkan saya tatkala hati begitu sunyi.

Terima kasih atas jaket yang kamu sarungkan tatkala saya menggigil kesejukan.

Terima kasih mengajar saya perkara-perkara yang tidak pernah terfikirkan, seperti menunggang motosikal misalnya, dan dengan sabar berlari-lari anak di sebelah saya sambil bersorak yakin “Sue boleh! Steady Sue…steady Sue!” saat saya sudah terjerit-jerit cuba mengawal motosikal dengan segenap susah payah.

Terima kasih atas setiap lawak jenaka yang membuatkan saya berdekah ketawa tak kering gusi.

Terima kasih kerana sentiasa tahu untuk mencarikan tisu kepada saya yang mengalami sindrom selsema sepanjang tahun.

Terima kasih kerana bergegas datang tatkala saya sedang menggeletar seluruh badan kerana mengalami kemalangan.

Terima kasih kerana setia menunggu saya yang terkedek-kedek berlari di belakang tatkala kita berjogging bersama, lantaran tahap stamina kita yang nyata berbeza.

Terima kasih menemankan saya menaiki ferris wheel di funfair walaupun kamu juga seperti saya, sama-sama takut pada ketinggian.

Terima kasih kerana sentiasa sabar menunggu walaupun saya sering datang lewat lebih setengah jam dalam setiap temujanji.

Terima kasih kerana tiba-tiba sahaja muncul, entah dari mana, saat saya sedang terkial-kial memandu mencari jalan keluar, akibat tersesat di satu tempat pada malam hari. (Hurm, kamu seolah-olah ada deria keenam yang dapat meneka saat saya ditimpa kesusahan.)

Ah, terlalu terlalu banyak sebenarnya. Tak mampu untuk saya ungkapkan semua. Untuk saya ‘detail’kan setiap perkara.

Betapa saya terlalu amat menghargai setiap kenangan yang kita pintal bersama.

Dan satu perkara yang saya belajar apabila pernah putus cinta adalah ini,

“Jangan terlalu meletak pengharapan setinggi langit atas sebuah perhubungan. Kerana kau tidak mampu untuk melihat masa depan. Putus cinta mengajar untuk kau menjadi lebih pasrah dan redha pada ketentuan. Bercintalah, tapi jangan terlalu mengharap. Don’t fret too much about the future. Just cherished and embrace each magical moments..”

Lantas oleh kerana saya tidak punya kuasa untuk terbang ke Arasy sana, untuk menyelak lembaran takdir, untuk melihat siapakah jejakaΒ  yang tercatat namanya sebagai bakal imam saya,

apa yang mampu saya katakan adalah ini,

teman, jika ada jodoh antara kita, tentulah saya manusia yang paling bahagia.

jika tiada jodoh pula, itu bukanlah bermakna kiamatnya dunia.

tidak mengapa jika antara kita nanti takdirnya cuma di sini sahaja.

sekurang-kurangnya, mungkin 10 tahun akan datang, tatkala saya sedang merenung pinggan kerana masih banyak lagi sisa makanan yang tak termampu untuk dihabiskan,

saya akan teringatkan kamu,

dahi yang berkerut, kepala yang menggeleng, dan mulut yang akan sedikit membebel, tapi tetap tidak pernah gagal untuk menghabiskan makanan saya, walau betapa kenyangnya kamu,

ya, teringatkan itu, pasti saya akan tersenyum sendiri.

pasti.πŸ™‚

 
12 Comments

Posted by on July 24, 2011 in Nostalgia, Pengalaman, Peribadi, Teman

 

12 responses to ““Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose.”

  1. drama a.k.a CAHAYA MATA

    July 24, 2011 at 7:14 pm

    so sweet…πŸ™‚

     
    • sUe

      August 1, 2011 at 11:40 am

      cik cahaya;

      arigato!πŸ˜€

      lama tak jumpa kamu di alam maya, rindu pulak rasanya…hehe:mrgreen:

       
  2. hazwan

    July 26, 2011 at 10:22 am

    suhaila, request permission to link this okay

     
    • sUe

      August 1, 2011 at 11:41 am

      hazwan naqiuddin,

      sure. be my guest.πŸ™‚

       
  3. Ili Nabila Mohd Zazili

    July 29, 2011 at 1:10 pm

    suke! menyentuh hati. kerana saya tahu, ia ditulis jujur dari hati juga.πŸ˜‰ semoga kak sue berbahagia selalu. insya allah. amin~

    selamat berpuasa!

     
    • sUe

      August 1, 2011 at 11:41 am

      nabila,

      thanx. selamat berpuasa juga!

       
  4. chunk

    August 2, 2011 at 7:01 am

    semoga yg dihebah2 itu menjadi~ameen

    btw, Salam Ramadhan ex-roomate!!πŸ™‚

     
    • sUe

      August 3, 2011 at 3:46 pm

      ameen…

      salam Ramadhan to you too, ex roomie!πŸ˜‰

       
  5. hatikiara

    August 8, 2011 at 11:41 am

    kak sue!! sweetnye!!! i’ve learnt it too!! putus cinta bukan ape2, ia cuma pengakhiran hubungan hati antara kamu dan dia, samada selamanya atau seketika saja. tapi betol ke kalo putus cinta, hanya dendam saja yang tinggal?

     
    • sUe

      August 17, 2011 at 4:48 pm

      syuk…kak sue pun pernah melalui benda yg sama.
      rasa marah, benci, dendam, semua ada.
      tapi in the end, kak sue sedar, it’s not worth it.
      kita sakit jiwa duk benci2 kat dia, dia kat sana tgh elok happy2 dgn org lain kan?
      and one brilliant quote from someone made me realize this.
      katanya (tak ingat siapa), “dendam adalah seperti meminum racun dan mengharapkan musuh kita yang mati”
      because in the end, kita jugak yang sakit. bukan dia.
      if you cannot forgive, just let it go and move on.
      time will heal everything. trust me.πŸ™‚

      *alamak, terpanjang pulak ceramah. huhu (-_-“)*

       
  6. hatikiara

    August 8, 2011 at 11:49 am

    kak sue!! sweetnye!!! make me smile and wonder, who’s that guy?hehehe.mis u

     
    • sUe

      August 17, 2011 at 4:39 pm

      “ouh, dia cuma orang biasa saja. bukan di kalangan artis atau VIP mahupun kerabat diraja.”

      jawapan poyo yg selalu dijumpai dalam media hiburan.πŸ˜€

      miss you too!!πŸ˜‰

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: