RSS

oh so rawak.

21 May

i.

ok cuba teka?

rumah saya dipecah masuk lagi!! yeay gembiranya….mak suka nyahhh…mak sukaaa!!!🙄

ok, itu cuma ayat sarkastik. yang menunjukkan betapa bosan dan benci dan menyampah dan meluatnya saya kepada golongan manusia yang tak tahu nak cari duit yang halal dengan kudrat sendiri dan terpaksa menggunakan anggota badan kurniaan Tuhan untuk mengumpil pintu rumah orang lain dan menyelongkar barang-barang orang lain demi mencari duit yang tidaklah sebanyak mana jika mahu dibandingkan dengan hukuman siksa api neraka di akhirat kelak. huh!

tetapi, apabila difikirkan balik, saya sebenarnya sudah sangat beruntung. dibandingkan dengan orang lain, yang sudahlah disamun, dipukul pula, atau lebih kejam, terus dibunuh tanpa belas.

jadi, sila bersyukur wahai suhaila. sila bersyukur sekarang. *urut-urut dada sambil tarik nafas dalam-dalam*

ii.

saya baru pulang dari utp. rindu sungguh saya pada simetri bangunan chancellornya. pada hijau alam di sekelilingnya. pada sejuk dingin masjidnya. pada luas dan tenang air tasiknya.

ya, cinta saya pada tempat itu masih ada rupanya. selama 4 tahun hingga kini, masih ada, melekat kukuh dalam hati.

iii.

you are only given one life. and it is not for rehearsal – saya jumpa kata-kata ini di internet.

how so very true.

it’s 3.00 am now. i should go to bed. nite!

 
4 Comments

Posted by on May 21, 2011 in Bebelan saya

 

4 responses to “oh so rawak.

  1. shikin

    May 25, 2011 at 5:38 pm

    rumah yg sama? hati2 kalau camtu..huhu

     
    • sUe

      July 24, 2011 at 3:58 pm

      shikin, bukan rumah yang sama. ini rumah yang baru pindah.😦
      dan sekarang nak pindah lagi.
      dalam 2 tahun, dah pindah 7 kali. hebat kan? ~SIGH!

       
  2. syuk

    May 27, 2011 at 4:58 pm

    salam, kne pecah masuk lg? ade pape yg hilang ke?risau jugak yer dgn bnde mcm ni

     
  3. sUe

    July 24, 2011 at 3:59 pm

    Syuk, adela jugak bende yg hilang, mcm handphone dan duit tabung.

    but life still must go on.

    cuma nasib baik tak diapa-apakan. :]

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: