RSS

separuh kacang tumbuk.

15 May

Hari itu emak bercerita,

Sebaik sahaja pulang dari sekolah, Hafizul terus datang kepadanya dengan separuh kuih kacang tumbuk di tangan.

“Mak, nah kacang tumbuk saya simpan untuk mak.” sambil menunjukkan kuih kacang tumbuk yang tinggal separuh itu.

“Aik, kenapa separuh saja?”

Jawabnya dengan muka bersalah “Saya minta maaf mak. Saya suka sangat kuih tu. Saya makan separuh.”

Minggu lepas sebaik saja pulang dari sekolah,

Hafizul datang kepada saya dan dengan girangnya menunjukkan sebatang gula-gula ala chupa chups.

“Nah Kak Ila, gula-gula untuk Kak Ila.”

“Eh, takpelah. Hafizul makanlah. Bukan Hafizul suka ke gula-gula ni?”

Jawabnya “Tak apelah, Kak Ila jarang balik. Saya beli ni hadiah untuk Kak Ila.”

Entah kenapa, saya rasa itu sweet.

Jika adik saya tergolong dalam golongan kanak-kanak yang ditanya “What is love?” seperti dalam entri ini:

pasti jawabnya “Cinta adalah apabila kita sanggup bagi makanan yang paling kita suka pada orang yang kita sayang, sampaikan kita terpaksa tahan diri dari makan benda itu sebab kita mahu simpan untuk dia.”

Well, thanks for the love kiddo! Love you too.🙂

 
1 Comment

Posted by on May 15, 2011 in famili

 

One response to “separuh kacang tumbuk.

  1. S Harun

    May 16, 2011 at 3:28 am

    eh kenapa sejak akhir2 ni suka tulis cerita2 sweet? sukalah! hehehe

    -hanakirana

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: