RSS

bunyi yang paling bingit.

08 May

Apakah bunyi yang paling membingitkan yang pernah anda dengar dalam hidup anda?

Dahulu, saya fikir bunyi paling membingitkan adalah bunyi keretapi bergesel di landasannya. Kemudian, sudah besar sedikit, bunyi bebelan yang keluar dari mulut emak adalah paling membingitkan. Sudah pernah naik kapal terbang, bunyi kapal terbang berlepas dan mendarat adalah paling bising. Kenderaan yang tersekat dalam traffic jam dan asyik membunyikan hon juga adalah sangat bising dan merimaskan. Bunyi ketika dalam bas dan pemandu memasang lagu dangdut juga sangat menyakitkan telinga.

Jadi, banyak bunyi yang bingit dan bising dalam hidup saya.

Semalam, saya tersedar ada satu bunyi paling bising, paling nyaring, paling bingit mengatasi segala bunyi yang pernah saya hadapi sebelum ini.

Bunyi yang tiada bunyi lansung.

Antara dua manusia.

Di tempat tertutup.

Di dalam lif atau di dalam kereta misalnya.

Pernahkah kau berada dalam satu lif dengan orang yang kau kenal, lepas bertegur hai dan senyum, kau tak tahu nak kata apa, mata cuma memandang pada nombor-nombor tingkat yang bercahaya satu persatu,

kedua-duanya senyap. bungkam dan bisu.

dan sebaik pintu lif terbuka, kau melangkah pergi sambil menarik nafas lega.

Ya, bunyi antara dua manusia yang tidak tahu mahu berborak apa, lantas kedua-duanya senyap sahaja, itu adalah bunyi paling membingitkan dan melemaskan telinga.

The silence is deafening.

Dan lebih menyedihkan jika dua manusia itu adalah yang sepatutnya saling sayang menyayangi. Ahli keluarga atau suami isteri misalnya.

Dan semalam saya menghadapi keadaan itu.

Ketika di dalam kereta, kedua-duanya tidak tahu mahu berborak apa. Senyap. Sunyi. Sepi. Bungkam. Bisu.

Dan percayalah, kesunyian dan kesenyapan dan kebisuan itu terlalulah amat merimaskan. Dan membingitkan.Dan memekakkan telinga.

The silence between two people is terrifyingly deafening.

Sudahnya, saya berbual tentang perkara-perkara remeh,

tentang bas yang dinaiki sangat laju,

tentang cuaca di taiping yang semakin panas,

tentang mak dan adik-adik di rumah sihat atau tidak

tentang apa-apa saja. Bicara yang sekadar untuk memecah kebisuan suasana.

Dan sudahnya, saya sudah tidak tahu mahu berborak apa lagi. Akhirnya, dia juga bersiul sendiri, untuk memecah sepi. Sambil memandu kereta menjemput saya dari stesen bas.

Kerana dia juga sedar, kebisuan antara kami adalah sangat memekakkan telinga.

Saya tidak tahu salah siapa atau apa yang tidak kena, tapi kami berdua seperti dua manusia asing yang bukan ada pertalian keluarga.

Saya dan juga kakak, setiap kali menelefon ke rumah, yang saya dan kakak cari adalah emak, bukan dia.

Dan hati saya luluh melihat ketika telefon berbunyi, suara kakak di corong telefon bertanyakan emak, saya melihat tangannya yang mahu mencapai telefon mahu bercakap dengan anak sendiri, tetapi tidak diteruskan. Kerana dia sedar, anak-anak mahu bercakap dengan emak, bukan dengan dia.

Kenapa ya?

Kenapakah anak-anak apabila sudah membesar (terutama anak perempuan), semakin rapat dan banyak mahu dicerita kepada ibu, dan bukan bapa?

Kenapakah anak-anak selalunya rapat dengan bapa ketika kecil sahaja, tetapi apabila sudah besar, mahu meluah masalah, menceritakan gundah, tentang suami atau teman lelaki, ibu juga yang dicari, dan bukan bapa?

Kenapakah peranan bapa lebih terhad kepada permasalahan teknikal semata-mata, seperti ketika mahu mengadu kereta sudah kehabisan bateri dan tidak tahu mahu buat apa, tetapi untuk permasalahan melibatkan emosi, ibu jugalah pendengar yang dicari?

Mungkin kerana seorang ibu itu sentiasa ada topik yang mahu dibualkan, kerana memang lumrahnya ibu adalah seorang yang kuat bercakap.

Mungkin kerana seorang bapa itu, lumrahnya sebagai lelaki, tidak suka bercakap hal orang lain, menyebabkan untuk bergossip dengan bapa tidak seseronok seperti dengan ibu.

Mungkin kerana seorang bapa itu tidak suka perkara yang terlampau beremosi untuk perkara remeh, menyebabkan apabila anak meluah masalah siap dengan air mata dan sedu sedan, yang keluar adalah “alaa…sabar jelah…jangan risau sangatlah….” berbanding dengan emak, iaitu seorang wanita yang memang dijadikan sebagai makhluk penuh emosi, yang silap-silap akan keluar air mata dan menangis sekali bersama anak-anak.

Dan saya fikir, menjadi seorang bapa adalah tugas yang paling mencabar.

Kerana emosinya tersembunyi di sudut paling dalam.

Kerana sumbangannya dilihat dari segi fizikal dan lahiriah semata-mata.

Kerana dia pendiam dan apa yang dia rasa amat susah diteka.

Kerana dia tidak mudah mengucap ‘sayang’ kerana dia bukan makhluk yang suka berlebih-lebih menunjuk emosi.

Kerana air matanya perlu disimpan dari mengalir untuk menunjukkan dia adalah lelaki gagah dan simbol kekuatan keluarga.

Kerana dia adalah nakhoda yang memacu bahtera sebuah keluarga.

Oleh itu, atas sebab ‘bunyi yang membingitkan’ yang saya lalui semalam, bersama-sama ayah di dalam kereta, saya jadi sedar, betapa perasaan seorang ayah itu terlampau dalam dan sukar ditebak. Dan saya sedar, betapa gagalnya saya sebagai anak untuk menyelami dasar hati ayah yang seolah tak berpenghujung.

Dan baru saya sedar bahawa perkataan ‘ayah sayang adik’ ada di mana-mana,

Ia ada pada sebakul durian yang ayah beli ketika saya teringin untuk memakannya.

Ia ada pada daun semambu yang ayah cari ketika saya demam campak.

Ia ada pada sebuah motosikal cabuk yang diguna ayah untuk mengambil dan menghantar saya dan kakak ke sekolah setiap hari.

Ia ada pada jambangan bunga yang ayah beri pada hari graduasi.

Ia ada pada sebuah buku sekolah yang ayah beli ketika hujan lebat dengan menaiki motosikal kerana saya perlu buku itu untuk digunakan pada esok hari.

Ia ada pada pintu pagar yang ayah baiki akibat dilanggar saya ketika mula-mula belajar memandu kereta.

Ya, ungkapan ‘ayah sayang adik’ rupa-rupanya ada di mana-mana. Di sekeliling saya. Selama ini.

 Dan oleh itu, untuk seorang ayah, yang kasihnya walau tak terluah tetapi sentiasa ada di mana-mana.

Untuk seorang ayah yang kasihnya saya jumpa pada perkara-perkara yang tak terucapkan tetapi dilakukan atas dasar cinta.

Untuk seorang ayah, yang perasaannya sukar diduga, sedih dan gembiranya payah diteka, resah dan gelisahnya susah ditelah, tetapi kasih dan sayangnya pada anak-anak adalah sesuatu yang terpaling pasti tanpa ragu-ragu lagi,

Saya cuma mahu mengucapkan,

I love you so much dad. And I’m sorry for everything.

I’m sorry if I’m not a good daughter,

I’m sorry if I’ve failed you in any way,

I’m sorry if we don’t have anything to talk about,

I’m sorry if I rely more on mom than you,

I’m sorry if I hurt you in any way,

I’m sorry if it seems like I don’t care,

I’m sorry that I feel sorry for you,

I’m sorry. I’m sorry. I’m sorry. I’m sorry. I’m sorry.

And I hope you know that I love you, always. (even if I might not say it out loud)

Dan harapnya, tidak akan ada lagi ‘bunyi yang membingitkan’ antara kita.

p.s: saya tahu betapa janggalnya saya bercerita tentang bapa pada hari yang sepatutnya untuk meraikan seorang ibu. Tetapi, insiden semalam menyentuh hati saya, jadi itu lah yang mahu saya cerita. Saya tidak mahu memaksa diri membikin satu entri khas untuk ibu sempena hari ibu, sedangkan yang benar-benar saya mahu cerita adalah tentang ayah saya.

Jadi, saya sudah berhenti membuat entri sempena hari-hari tertentu jika saya tidak ada idea.(kerana itu tidak ada entri untuk hari jadi sendiri tahun lepas).Kerana ilham itu datang sendiri. Dan saya cuma menulis apa yang saya rasa dari hati, regardless of what day is that day.

Dan semestinya, kerana kebetulan hari ini hari ibu, saya juga mahu mengucapkan

“Selama hari Ibu untuk semua ibu-ibu di muka bumi ini, dan paling istimewa untuk ibu saya:

I love you so much mom. More than you know.

Dan mungkin akan ada satu entri tentang ibu saya pula, dan kebetulan pula ketika itu hari bapa, siapa tahu?

 
3 Comments

Posted by on May 8, 2011 in famili, Peribadi

 

3 responses to “bunyi yang paling bingit.

  1. syuk

    May 20, 2011 at 10:53 am

    kak sue..i cried..sangat menyentuh perasaan.. kite sememangnya merasai bende yang sama. its hard to explain…T_T

     
    • sUe

      June 6, 2011 at 6:36 pm

      yes it’s hard to explain kan?
      macam dah jadi lumrah anak perempuan bila dah besar akan semakin renggang dengan ayah…
      syuk, sementara ayah syuk masih ada, tell him you love him.
      kak sue pun tgh cuba buat mcm tu. satu hari lepas call dia, i said “ayah, i love you” and he said “huh?”.
      mesti dia ingat kak su buang tebiat.😛

       
  2. hatikiara

    June 7, 2011 at 5:01 pm

    ohoho..i can’t do that..ujung2 nnt, i cried without saying a thing..hehe

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: