RSS

ini namanya keajaiban.

28 Mar

Banyak benda yang saya belajar selepas kunjungan saya ke Kuala Lumpur tempoh hari. Selain daripada pengalaman yang menyebabkan saya tersedar ada sesuatu yang tiada dalam DNA saya (bahagian kedua akan disambung nanti), saya juga belajar perkara-perkara yang akan terjadi jika kau sudah bergelar seorang ibu atau bapa.

Berdasarkan pemerhatian saya, dengan menggunakan kakak sendiri sebagai bahan kajian, saya lihat jika sudah bergelar ibu, bersiap sedialah untuk menghadapi beberapa perubahan ketara dalam hidup kau.

Antaranya adalah:

1. Kau dah tak ada topik lain yang hendak diborakkan dengan keluarga atau sahabat handai melainkan tentang anak sahaja semata-mata.

2. Kau sudah tiada masa untuk menonton wayang atau beriadah atau pergi ke gym atau buat facial treatment kerana anak kau telah menggunakan banyak masa kau, dan lagipun kau tak boleh berlama-lama di luar tanpa anak.

3. Kau akan menjadi sungguh over-protective pada anak kau sehingga kau mula terfikir untuk menasihati pengasuh anak kau supaya “boleh tak kalau suami akak nak merokok jangan merokok depan anak saya?” tetapi mujurlah niat kau itu dihalang oleh ibu dan adik kau yang bijaksana. (hoi, macamlah suami dia hisap rokok hembus asap betul2 kat muka anak hang.)

4. Kau juga akan berubah menjadi terlebih sensitif sehingga akan menelefon ibu kau menangis-nangis kerana anak kau jatuh katil sampai lebam di kepala.

5. Banyak cerita-cerita best di wayang yang kau terlepas sebab tak ada masa nak tengok. Kalau cerita di tv pun, kau akan tertidur separuh jalan sebab penat melayan anak kau yang tak tidur semalaman sebelum itu.

6. Kau akan menjadi sangat,sangat sedih jika anak kau sakit demam seminggu sehingga kena cucuk oleh doktor. Seolah-olah nyawa kau juga terbelah saat melihat anak kau meraung sakit.

7. Walaupun mungkin ada 5 juta bayi lagi di dunia ini yang lebih comel daripada anak kau, tetapi di mata kau, anak kau sahaja lah bayi yang terpaling comel di alam semesta.

8. Kau tidak kisah untuk mengacah, menghayun, membuai, atau melambung tinggi anak kau di tengah-tengah kesibukan umat manusia di KLCC, tanpa peduli mata lain yang memandang.

9. Ouh ya, kau juga tidak kisah untuk menyusu-badankan  anak kau di tengah-tengah saudara-mara, sahabat handai atau orang asing yang lalu lalang dan mengambil risiko aurat kau mungkin terdedah dan dinampak orang lain. (Ini tidak dilakukan oleh kakak saya, tetapi atas pemerhatian rambang saya terhadap ibu-ibu lain)

10. Walaupun kau manusia paling penjijik di dunia, tapi percayalah, jika sudah bergelar ibu, tidak ada yang jijik jika ianya adalah daripada anak kau. Kau sanggup sedut hingus dia jika dia selsema dan kutip najis dia jika dia terberak merata.

11. Gambar facebook kau atau mungkin blog post kau akan penuh dengan gambar dan cerita tentang perkembangan anak kau semata-mata.

12. Walaupun kau sendiri terpaksa berkira-kira duit untuk berbelanja sesuka hati, tetapi untuk anak kau, segala keperluan dia mestilah yang terbaik dan tip top.

No 13,14,15,…,5467830 silalah sambung sendiri. Malas dah nak senaraikan.

Pokoknya di sini adalah, apabila sudah bergelar ibu, banyak benda yang terpaksa kau korbankan sebenarnya. Anak kau itu seolah-olah seperti satu ‘lohong hitam’ atau ‘black hole’ yang menyedut semua tenaga, masa dan wang ringgit kau. Dia juga seperti satu kuasa graviti yang menarik segala perhatian, tumpuan dan kasih sayang kau.

Segala-galanya untuk dia.

Akan tetapi,

semua susah payah yang kau lakukan, semua benda yang kau terpaksa korbankan, semua masa, wang ringgit dan tenaga yang kau laburkan itu adalah tidak sia-sia.

kerana seorang anak itu, dia adalah puncak segala-galanya.

Kegembiraan, kebahagiaan, kenikmatan, keseronokan, kedamaian, ketenangan, dan segala yang sewaktu dengannya.

Sehingga kau tak perlu cari atau buat perkara lain lagi untuk mencari bahagia, sebab semua itu ada pada dia. Pada anak kau.

“Seorang bayi itu sentiasa dikelilingi dan dijaga oleh berpuluh ribu malaikat, sehingga sesiapa saja yang melihat, pasti akan berasa tenang dan damai hatinya.” – Dr Fadzillah Kamsah.

Ajaibnya kuasa Tuhan.

Actually, I missed this little guy so damn much. Walaupun beliau kuat menangis, sombong sedikit masa mula-mula berjumpa, dan mempunyai kelenjar air liur yang terlampau aktif, tapi beliau adalah satu-satunya lelaki yang buat saya percaya pada ‘cinta pandang pertama’. (ceh, ayat sungguh tak boleh blah…haha!😀 )

A baby will make love stronger, days shorter, nights longer, bankroll smaller, home happier, clothes shabbier, the past forgotten, and the future worth living for.
~Author Unknown~

p/s: Sebelum ada yang membuat spekulasi atau memandai-mandai mengatakan saya ini sudah kemaruk mahu berkahwin dan mempunyai anak sendiri, ingin saya nasihatkan, janganlah menjadi Melayu totok yang suka benar meng’eceh-eceh’kan orang lain dalam bab-bab perkahwinan, terutama kalau ‘orang lain’ itu adalah seorang wanita berusia 25 tahun ke atas, masih single dan availaible.

“Eceh eceh…dah tak sabar nak kahwin la tu…”

“Eceh eceh…dah teringin nak anak lah tu…”

Percaya atau tidak, saya sudah malas untuk menunjukkan keterujaan melampau apabila melihat anak orang yang comel-comel, kerana risau dikatakan “dah tak sabar nak kahwin ler tu…” padahal saya memang sukakan bayi comel sejak azali lagi.(siapa yang tak suka bayi comel?) Adik saya Hafizul yang berumur 9 tahun pun sukakan bayi, ok?

Dan saya juga kadang-kadang bosan dengan kata-kata orang apabila saya memakai inai di tangan. Sedangkan saya memang suka memakai inai sejak berumur 8 tahun lagi, tapi waktu itu tak ada pulalah yang mengata “Eceh tak sabar nak bersanding la tu…”🙄

Kesimpulannya di sini adalah,kita perlulah lebih membuka minda dan tidak membiarkan diri kita masih terperangkap di takuk lama demi kemashalatan umat sejagat.

Sekian, terima kasih (penutup seperti karangan UPSR)

(ouh ya, khasiat daun inai boleh google sendiri. banyak kebaikan memakai inai ini ya tuan-tuan dan puan-puan. bukan terhad ketika bersanding saja, ok?)

 
Leave a comment

Posted by on March 28, 2011 in Bebelan saya, famili

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: