RSS

Ia tiada dalam DNA saya (I)

22 Mar

Pernahkah kau  terasa macam nak sangat atau teringin sangat mahu buat sesuatu, tetapi tak mampu, tak terdaya, tak dapat dan tak akan buat benda itu sampai bila-bila. Sebab benda itu memang kau tak boleh buat. Kau tak dicipta untuk mampu buat benda itu.

Saya pernah rasa.

Saya teringin sangat nak memakai kasut tinggi. Tapi tak mampu. Bukan tak mampu dari segi wang untuk membeli,  tapi tak mampu dari segi keupayaan untuk benar-benar memakainya. Rasa janggal. Rasa buruk. Bukan tak pernah saya cuba-cuba menggayakan kasut tinggi 4 inci di pasaraya. Tetapi, to actually buy it and wear it, oh mungkin tidak.

Saya teringin nak rasa apa yang seronoknya manusia menghisap rokok. Saya curious. Kenapa orang kata hisap rokok boleh release tension? Kenapa seorang kawan kata lepas makan paling syok hisap rokok? Apa beza sebelum dan selepas makan? Saya teringin mahu cuba. Bukan tak pernah saya membelek-belek puntung rokok dengan lighter yang sudah siap sedia di tangan. Tetapi, untuk meletakkan puntung rokok di bibir dan benar-benar menyedut asapnya, saya tak mampu buat. Tak boleh. Tak reti. Dan mungkin tak akan buat sampai bila-bila.

Saya juga sangat curious dengan manusia yang bergambar sambil memuncungkan mulut. Saya teringin nak tahu, what they feel actually? Kau bergambar macam nak cium lensa kamera, lepas itu letak di internet, seriously, what do you feel after that? Rasa lega? Rasa lawa? Teringin jugak lah saya nak mencuba. Bukan tak pernah saya memuncung-muncung mulut sendiri di cermin bilik air. Tetapi, untuk benar-benar menangkap gambar saya, dan meletakkan di internet untuk seantero dunia melihatnya, oh, mungkin mati hidup balik 11 kali pun saya tak mampu buat.

Ya, ada banyak benda yang saya teringin buat. Atau mahu cuba buat atas dasar curiosity yang melampau  tinggi. Tetapi tak boleh buat. Tak mampu nak buat.

Mungkin boleh kalau saya cuba buat. Tetapi, untuk CUBA buat kali pertama itulah, ya Allah payahnya macam nak mengalih gunung atau nak merentas benua. Mungkin boleh, tapi PAYAH.

I don’t have the guts to do it.

Maybe it’s not the way I’m built.

Maybe it’s not in my DNA.

Dan kejadian hari Ahad lalu, menambah satu lagi perkara dalam senarai saya yang bertajuk “Aku memang tak mampu buat benda ini kerana aku tidak dilahirkan untuk buat benda ini”

Ok, dah panjang. Lain hari beta sambung.

 
Leave a comment

Posted by on March 22, 2011 in Bengong, Manusia, Pengalaman

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: