RSS

Seratus Dua Puluh Tujuh Jam

12 Mar

Baiklah, saya harus akui, bahawa saya sedikit skeptik apabila mahu menonton filem yang tercalon dalam Oscar ini. Faktornya adalah kerana:

1. Ia tentang seorang individu yang mendaki batu-batu di sebuah canyon. Apa yang seronoknya? Saya bukan seorang outdoor person, bukan juga pengembara tegar, dan kali terakhir melakukan rock climbing adalah ketika mengikuti Kelas Kembara 6 tahun dahulu, yang disertai pun hanya kerana untuk mencukupkan kredit semata-mata.

2. Morrison, seorang sahabat yang bekerja di panggung wayang memberitahu, cerita ini “boleh tahanlah…” yang agak membantutkan sedikit semangat saya untuk menonton filem ini.

3. Sahabat saya, yang penggemar tegar filem Melayu, dan telah merajuk kerana saya tidak mahu menonton filem “Hantu Kak Limah” ,”Khurafat” dan “Ngangkung” bersama beliau telah melemahkan lagi semangat saya. Sudahlah perlu dipujuk, dipaksa dan dirasuah untuk menemani saya, beliau dengan selamba membeli chewing gum dulu di kedai berhampiran dengan alasan “Nak buat kunyah. Mana tau nanti tertido…” katanya selamba. Cis!

4. Sebaik saja kami masuk ke panggung wayang, semangat saya terus jatuh ke tahap di bawah sifar apabila melihat hanya kami berdua yang berada di situ. Membuktikan bahawa filem ini tidak berapa laku di pawagam dan tak ada orang yang nak tengok sebab tak berapa best.

Akan tetapi, sebaik sahaja lampu digelapkan, dan filem bermula, saya sudah pasti bahawa filem arahan Danny Boyle ini tidak akan mengecewakan. Dan ternyata, lebih 90 minit di situ, sahabat saya langsung tidak terfikir untuk membuka pembalut chewing gumnya.🙂

127 Hours adalah sebuah filem yang berdasarkan kepada kisah benar seorang pendaki tegar, Aron Ralston (dilakonkan dengan super hebat oleh James Franco) . Ketika sedang mendaki di Blue John Canyon di Utah, beliau telah terjatuh dan sebuah batu besar menghempap tangannya, menyebabkan beliau terperangkap di celahan canyon yang sempit dan terperosok ke jurang yang dalam.

Filem ini berkisar di sekitar perjuangan Aron Ralston dalam usahanya untuk terus hidup dan membebaskan dirinya, dan kekuatan mentalnya untuk terus bertahan selama 127 jam terperangkap di situ, dengan bekalan air dan makanan yang sangat terhad.

Ketika menonton filem ini, 2 kali saya terbatuk-batuk menahan muntah. Pertama, ketika babak Aron meminum air kencingnya sendiri untuk terus hidup, dan kedua, ketika dia mahu membedah tangannya sendiri dengan pisau tumpul serba-guna yang menurutnya “”what you’d get if you bought a $15 flashlight and got a free multi-use tool”. Patutlah, dengar ceritanya ramai yang hampir pengsan ketika babak ‘pemotongan tangan’ tersebut.

Ada satu tahap, saya benar-benar pasti Aron pasti akan mati di situ, dan filem itu dibuat selepas orang terjumpa kamera videonya bersama tulang rangkanya. Ini kerana seolah-olah sudah tiada harapan untuk dia keluar selepas berusaha lebih 5 hari.

Filem ini adalah tentang perjuangan.

Filem ini adalah tentang keinginan yang meluap-luap untuk terus hidup. An overwhelming, burning desire and determination to be free and alive.

Filem ini adalah tentang pilihan yang kau buat dalam hidup, dan bagaimana kau perlu bertanggungjawab atas pilihan kau sendiri.

Filem ini adalah tentang perlunya kekuatan mental untuk terus hidup dalam situasi di mana maut saja akhirnya.

Filem ini adalah tentang pentingnya cinta, kasih sayang dan keluarga and all the things that we take for granted.

Filem ini mengajar kau untuk lebih menghargai nikmat hidup yang kau miliki.

Filem ini juga membuatkan saya terfikir bagaimana manusia sanggup membunuh diri sendiri apabila di luar sana, ada manusia lain  yang bermati-matian mahu terus hidup tanpa kenal putus asa. Kerana nikmat hidup itu adalah adalah satu anugerah yang tak ternilai harganya.

Yah, RM20 dan 90 minit yang saya laburkan ternyata tersangatlah berbaloi.

Go see this movie. It’s worth it.

And Morrison, how come you said “boleh tahanlah…????” *dumbstruck*😯

Artikel menarik tentang Aron Ralston di sini

Dan ini jawapan Aron ketika ditanya kesakitan memotong tangan sendiri dengan pisau tumpul:

Overall, it was a hundred times worse than any pain I’ve felt before. It recalibrated what I’d understood pain to be. At the same time, it was also the most beautiful thing I’ve ever felt.

 

 
4 Comments

Posted by on March 12, 2011 in Filem

 

4 responses to “Seratus Dua Puluh Tujuh Jam

  1. tasekM

    March 12, 2011 at 6:50 pm

    rasa nk pi tgk plak heh..

    .

     
    • sUe

      April 4, 2011 at 5:57 pm

      sila sila kak tasek. tak rugi tengok. best tahap dewata raya.😀

       
  2. nuna

    March 22, 2011 at 3:20 pm

    kak su cayang~~~ lame laaaa xgdr cite.. hey2, do contact me sometimes k!! ^^ and please check ur gmail. ade some news to share with u! ^^

     
    • sUe

      April 4, 2011 at 5:58 pm

      dah check. and dah reply.😉

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: