RSS

Have courage. Be bold.

14 Feb

 

Sebenarnya, saya terhutang budi kepada sekaki payung. Jika tidak kerana sekaki payung (dan tentu sekali dengan izin Allah Ta’ala) saya tidak lahir ke dunia ini.

Pada awal tahun 80-an, di satu tempat di Sarawak, ibu saya (yang ketika itu masih anak dara) telah tertinggal sekaki payung di sekolah tempat beliau mengajar. Jadi, ibu telah meminta tolong ayah (yang ketika itu masih bujang trang tang tang) untuk tolong ambilkan payung tersebut. Sedangkan sebelum itu, mereka tidak pernah bertegur-sapa walaupun bekerja di satu sekolah yang sama.

Jadi, apabila melihat ayah bersungguh-sungguh mengambilkan payung tersebut walaupun dalam hujan dengan menaiki motosikalnya, maka berbunga-bungalah hati ibu. Ayah pula, apabila melihat ibu bergantung kepada beliau untuk tolong mengambilkan payungnya yang tertinggal, maka dalam hatinya pun ada taman.

Biasalah, perempuan kalah pada pengorbanan. Lelaki kalah pada kebergantungan.

To make it short, mereka berkahwin dan saya pun lahir ke dunia ini.

“Ayah Ila dulu pendiam. Langsung tak bercakap dengan mak” kata ibu saya.

“Iyelah, dah mak hang garang sangat. Tapi, boleh pulak suruh tolong ambilkan payung..” balas ayah pula. Dan mereka berdua akan saling tersenyum, penuh rahsia.

It is amazing how after all these years; their love story still amused me. 🙂

Saya tertanya-tanya, jika ibu tidak meminta tolong ayah mengambilkan payung itu, mungkin ibu dan ayah  tidak akan berkahwin antara satu sama lain. Dan mungkin tempat saya akan digantikan dengan orang lain. Dan mungkin sekarang ini saya masih lagi terawang-awang di alam roh, mencari-cari rahim wanita mana yang akan ditakdirkan untuk saya menginap dan membesar selama 9 bulan.

Jadi, apabila ibu berani meminta tolong ayah dan memulakan langkah pertama walau mereka tidak pernah bertegur sapa, saya jadi salut sama ibu dan berterima kasih atas keberaniannya.

**********

Jika tidak kerana Mohamed Bouazizi itu ditampar, dihina, diludah, dibuang segala sayur-sayuran yang dijualnya, dan diejek pula akan ayahnya yang sudah meninggal oleh seorang pegawai WANITA bernama F.Hamdi, mungkin beliau tidak akan membakar dirinya kerana rasa malu dan terhina yang tidak terhingga, apatah lagi yang melakukan itu adalah seorang wanita.

Seperti kata ibu Bouazizi:

“He committed suicide because he had been humiliated and not because of  poverty. It got to him deep inside, it hurt his pride,”

sumber

Cuba bayangkan jika pegawai wanita itu dengan baik hati bercakap elok-elok tentang caranya menjual sayur secara haram, menasihati atau sekadar memberi saman seperti biasa, saya fikir

mungkin rakyat Tunisia tidak akan bangkit menentang kerajaan dengan penuh amarah.

mungkin presidennya Ben Ali itu masih hidup senang lenang dengan jongkong-jongkong emasnya.

mungkin Hosni Mobarak juga masih aman bahagia memerintah Egypt dengan kekayaan berbillion-billionnya.

Jadi, ya. Setiap satu peristiwa, walau sekecil-kecilnya ada impak dan konsekuensi yang tak terbayangkan.

**********

Lantas,  saya terfikir bahawa hidup adalah tentang membuat pilihan, yang  mempunyai pelbagai kemungkinan dan kesudahan. Setiap antara kita akan tertanya-tanya, bagaimana jika?

Bagaimana jika saya buat begini, dan bukan begitu?

Bagaimana  jika saya pilih orang ini, dan bukan orang itu?

Bagaimana jika saya ambil yang ini, dan bukan yang itu?

Apa agaknya kesudahannya?

What if? What if? and What if?

Life is a series of never ending ‘What If’.

Jadi apabila saya terserempak dengan quote ini dari W.J Slim :

“When you cannot make up your mind which of the two evenly balanced courses of action you should take – choose the bolder”

ia telah menjadi antara guideline dalam saya membuat keputusan. Pilih yang paling sukar. Ambil risiko. And just do it – bak kata Nike.

Arwah Bouazizi telah memilih untuk membakar diri sedangkan dia ada pilihan untuk berdiam diri. Lihat apakah kesannya?

Truly, there is no substitute for courage. Keberanian memang tidak boleh dijual beli.

p.s: Entri ini bukanlah untuk menggalakkan membakar diri, tetapi yang sebenarnya sebuah peringatan kepada saya untuk menjadi lebih berani untuk mengambil apa jua risiko. Walau mungkin, akibatnya saya akan jatuh tersungkur dan rebah berdarah, sekurang-kurangnya saya boleh katakan pada diri saya:

“I have courage and I take the risk. This will only make me better and stronger”

Satu salut juga kepada arwah Mohamed Bouazizi.

 

 
2 Comments

Posted by on February 14, 2011 in Dunia, famili, Refleksi

 

2 responses to “Have courage. Be bold.

  1. CAHAYA MATA

    February 15, 2011 at 12:42 am

    wow..!! saya salut dgn KEBERANIAN awak menulis entrie ni.. seperti ada cabaran utk diri sendiri.. chaiyok..chaiyok.. SAYA akan sokong apa pun yg terbaik..🙂

    just sebelum buat apa2 keputusan yg seBERANI itu.. sila jelas dulu garisan antara BERANI dgn NEKAD.. takut nanti yg terkorban itu adalah sia-sia.. << sekadar mengingatkn..ok.. chill..🙂

     
    • sUe

      February 15, 2011 at 1:41 pm

      hahaha!betul22..membakar diri itu sudah terlebih nekad sebenarnya…😀
      apa yg ingin sy highlight adalah ini:
      jika keliru untuk membuat keputusan, pilih yang lebih berisiko.
      cabar diri sendiri utk pilih jalan yg lebih sukar.
      tp mungkin contoh bouazizi itu mcm tak berapa kena dgn keberanian kot.huhu!

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: