RSS

someday I will forget.

08 Feb

Saya sudah lupa nombor telefon dia! (sengaja diletakkan tanda seruan (!) di hujung ayat untuk menunjukkan betapa girangnya daku)

Seriously saya sudah lupa.

Puas diingat, puas dicuba, puas dikorek di hujung minda, tapi tetap juga tidak menjelma nombor-nombornya.

Wah, saya sangkakan saya perlu mengambil masa yang sangat, sangat lama untuk melupakan nombor telefonnya. Hingga pernah saya berasakan – mungkin apabila saya sudah tua kerepot sudah nyanyuk barulah nombor telefonnya boleh hilang dari ingatan.

Kerana nombor itulah dahulu yang paling kerap muncul di skrin telefon bimbit saya. Dan nombor itulah yang paling kerap saya dail. Malah, otak saya sudah tidak perlu mengingat nombor itu kerana jari saya sudah  mengingatinya terlebih dahulu. Baik di telefon bimbit atau telefon awam atau telefon rumah, jari saya seolah-olah sudah tahu tanggungjawabnya untuk menekan 10 digit nombor yang sudah sangat sebati dengannya itu.

Jadi, apabila saya sudah lupa nombor telefonnya, itu adalah satu pencapaian terbesar. Satu kejayaan yang perlu diraikan.

Mungkin tidak lama lagi saya akan lupa namanya pula.

“Eh apa nama dia ya? Ali kah atau Abu kah atau Atan kah?”

Dan selepas itu rupa dia pula yang akan lenyap dari minda saya. Sehinggakan jika benar-benar terserempak dengan dia, benar-benar bertentang mata, saya akan berfikir :

“Eh, macam pernah jumpa tapi di mana ya?”

Kalau benar-benar jadi begitu, silap-silap saya akan buat sujud syukur 40 hari 40 malam.

Tapi, mungkin ketika itu, saya juga sudah lupa sujud syukur itu untuk apa.

Hurm *berfikir sambil usap2 dagu*

“Someday I’ll forget the color of your eyes, the sound of your voice will be unfamiliar. Someday I’ll forget that I once loved you, the feelings will have faded, someday I will forget….”

 
12 Comments

Posted by on February 8, 2011 in Peribadi

 

12 responses to “someday I will forget.

  1. hazwan

    February 11, 2011 at 2:37 pm

    you go girl
    worth a standing ovation
    at least from me

     
    • sUe

      February 15, 2011 at 1:43 pm

      hey thank you!
      (^_^)

       
  2. fiexa

    February 11, 2011 at 10:36 pm

    like this post. & love ur quotes. sampai masa bila Tuhan izinkan mesti kita boleh lupa kan.🙂

     
    • sUe

      February 15, 2011 at 1:42 pm

      insyaAllah, hrp boleh lupakan dan terus singkirkan dari ingatan.🙂

       
  3. CAHAYA MATA

    February 15, 2011 at 12:46 am

    GOOD…!! smile.. (^___^)

     
    • sUe

      February 15, 2011 at 1:42 pm

      thank you!🙂

       
  4. ainunlmuaiyanah

    February 18, 2011 at 1:43 am

    saya sangat sangat sangat berharap, saya dapat juga begitu. melupakan nombor yang ada dalam fikiran saya ini🙂

     
    • sUe

      April 4, 2011 at 5:43 pm

      saya fikir cara paling mudah dan pantas untuk melupakan nombor2 itu adalah:

      dengan mencari nombor lain pula untuk diingat. hehe!:mrgreen:

       
  5. syuki

    February 21, 2011 at 2:14 pm

    bestnye quotes tuh~~ love it!! someday its gonna makes sense, just believe in God

     
    • sUe

      April 4, 2011 at 5:44 pm

      yes. have faith in God. everything will be fine.
      InsyaAllah.🙂

       
  6. misz inz

    February 26, 2011 at 11:18 am

    tahniah kak sue!

    saya masih lagi berusaha. rasa dah ingat-ingat lupa. tapi, kadang-kala masih sibuk menyibuk menjadi stalker. lol. (dia tak baca blog akak kan?)

    lol.

    akak~ saya dah ade blog baru la. haha. blog lama tu tak update sebab lambat sangat kalau tenet mcm siput sedut. huu.

     
    • sUe

      April 4, 2011 at 5:56 pm

      eh, apasal blog Nabila yg baru tak leh bukak? huhu!

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: