RSS

Kegembiraan #2

27 Jan

Kegembiraan hari ini adalah…

2. Telekung di surau awam yang cantik dan bersih.

Nota penulis:

Telekung yang bersih di surau awam adalah sesuatu yang sangat rare di Malaysia ini. Selalunya, telekung-telekung yang saya jumpa di mana-mana surau pun, pasti kotor, berbau hapak dan bertahi lalat di bahagian dagu.

Jadi, apabila ada telekung yang cantik, harum dan bersih di surau pasaraya Giant Taiping, ia adalah sesuatu yang jarang-jarang dijumpai seperti 7 benda ajaib dunia.

Setiap kali memakai telekung ini, hati saya selalu tertanya-tanya siapalah empunya badan yang sudi membasuh, meng’clorox’, dan men’softlan’kan telekung-telekung tersebut . Dalam hati saya memuji-muji hamba Allah yang begitu baik hati dan mendoakan semoga beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Rupa-rupanya, ia adalah tabiat seorang makcik yang bekerja di Stesen Minyak Shell di situ. Setiap 2 minggu beliau akan mengutip semua telekung tersebut (ditinggalkan cuma sepasang) dan dibawa balik untuk dicuci di rumah. Baik sungguh hati beliau.

Rupa-rupanya bukanlah payah sangat kan nak buat pahala?

 
2 Comments

Posted by on January 27, 2011 in siri 30 kegembiraan

 

2 responses to “Kegembiraan #2

  1. hanakirana

    January 27, 2011 at 9:41 pm

    Subhanallah.. Semoga makcik tu berada di dalam lindungan rahmat-Nya selalu..

     
    • sUe

      February 15, 2011 at 1:52 pm

      ya, kagum kan? saya sendiri pun tak pernah terfikir nak buat macam itu.
      bukan payah sgt pun tapi tak tau kenapa, tak pernah nak buat pun.
      dan yg lebih mengagumkan, makcik itu ada telekung sendiri tau?
      dia datang bawak telekung sendiri dalam beg.
      bermakna dia hanya basuh telekung2 itu untuk org lain yg guna.
      memang beliau sungguh lah baik hati.
      may God bless her.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: