RSS

Buku tahun ini

19 Jan

Buku yang sudah atau sedang dibaca untuk tahun 2011:

1. The Diary of A Young Girl – Anne Frank (5/5) – serius best gila tahap kari babas!

2. The Monk Who Sold His Ferrari –Robin S. Sharma (4.5/5) – ini pun menarik gak. Truly inspiring and motivating.

3. The Wedding – Nicholas Spark  (4.0/5) – membuat saya terdiam dan berfikir bahawa ‘a wedding’ and ‘a marriage’ adalah dua perkara yang terlalu berbeza.

4. Not Without My Daughter – Betty Mahmoody (2.0/5.0) – saya belum habis baca lagi sebenarnya, dan sedang cuba sedaya-upaya menghabiskannya. Tapi, ini juga adalah salah satu buku (daripada berpuluh-puluh buku) tentang isu penderaan wanita di negara Timur Tengah. Apa yang membuatkan saya tidak berapa gemarkannya adalah kerana kritikan dan cemuhan dan kutukan yang bertalu-talu si penulis kepada negara Iran – daripada cara pemakaian, cara makan, cara memasak, cara membersih, dan segala-galanya tentang Iran tidak kena di mata beliau. Kebencian yang berlebih-lebihan itu sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Kalau iya pun beliau marahkan suaminya (seorang warga Iran), takkanlah sampai cara memasak tukang jual roti tepi jalan  yang tidak ‘hygienic’ pun perlu dimasukkan sekali. Apa relevannya? Ouh, akan tetapi ada jugalah pengajaran yang dapat saya cedok daripada buku ini iaitu – sila berhati-hati dengan lelaki dari Timur Tengah walaupun yang mengurat kamu itu wajahnya kacak macam Maher Zain.

Sekian.

Buku yang ingin dan mesti dibaca tahun ini (sama ada beli atau pinjam di perpustakaan awam):

1. The Alchemist – Paulo Coelho

2. The Happiness Project – Gretchen Rubin

3. Outliers The Stories of Success – Malcolm Gladwell

4. Lolita – Vladimir Nabokov 

5. Three Cups of Tea – Greg Mortensen

6. Life of Pi – Yann Martel

7. Charlie and The Chocolate Factory – Roald Dahl (tak ada link sebab dah malas nak letak…:P)

8. Catcher in the Rye – J.D Salinger.

9. Old Man and the Sea – Ernest Hemingway

10. Secret Life of Bees – Sue Monk Kidd

Ok, cukuplah sepuluh dulu. Nanti tambah lagi kalau ada – ouh ya, kena letak juga senarai buku Bahasa Melayu. Nantilah update lagi.

 
4 Comments

Posted by on January 19, 2011 in Buku, senarai putih

 

4 responses to “Buku tahun ini

  1. hazwan

    January 23, 2011 at 2:58 am

    pedas ni
    haha
    buku 30 bab tu
    agaknya nak taruk kat nombor berapa ya?🙂🙂

     
    • sUe

      February 15, 2011 at 1:56 pm

      alamak…err…aaa…okla…aku insaf la…🙄

       
  2. Roy

    January 22, 2012 at 3:40 am

    saya mencari buku terpakai the monk who sell his ferrari.

     
    • sUe

      January 25, 2012 at 5:46 pm

      ouh sorry. saya jual buku akademik saja. mostly chemical engineering.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: