RSS

perihal saka.

18 Jan

Saya baru tahu, rupa-rupanya ada seorang dari keluarga jauh saya ‘ter’bela saka. Saya kata ‘ter’ sebab memang dia ‘ter’bela secara tak sengaja. Dia tidak tahu seketul batu pemberian arwah ibunya mengandungi sesuatu di dalamnya.

Dia simpan saja, dan kadang-kadang kalau dia tercekik tulang, dia akan rendamkan batu itu dalam air, dan dengan izin Allah, selepas meminum air itu, tulang yang terlekat di kerongkongnya hilang serta merta. Jadi, fungsi batu yang disimpannya itu hanyalah sebagai ubat pelega tercekik tulang semata-mata.

Tetapi yang anehnya, dia menjadi sungguh sayang terlampau kepada batu tersebut. Ada satu macam ikatan kimia antara dia dengan batu tersebut yang tidak dapat ditafsirkan. Satu benda yang kau dah lama simpan dan sayang dan kau pun mula ‘emotionally attached’ dengan benda itu.

Ya, saya pernah rasa perasaan dia.

Ketika kakak mahu mengambil kereta Wira merah hati kepunyaan ayah yang telah saya lenjan selama 6 bulan ke hulu ke hilir sewaktu praktikal di Gurun, perasaan saya masa itu sedih nak mati. Siap masuk kereta, belai-belai stereng, cuci-cuci cermin tingkap, siap bagi nasihat “Nanti kalau kau dah tak ada, aku mesti rindu. Kau jaga diri ye?” dekat kereta tu. Sumpah macam orang tak betul.😀

Tetapi, itu tidaklah bermakna kereta itu mempunyai saka. Cuma dah terbiasa bergerak bebas ke mana-mana, tiba-tiba kena ambil pergi, sedihlah jugak.

Ok, berbalik kepada kisah batu hikmat seseorang dari keluarga jauh saya itu. Dia pun menyimpan batu tersebut berpuluh tahun lamanya. Sehinggalah suatu hari, dia asyik sakit-sakit. Berbulan-bulan dia sakit. Lantas dia pun pergi berubat. Maka, ketika itulah ustaz yang mengubatnya memberitahu bahawa ada ‘sesuatu’ dalam simpanannya yang harus dibuang serta-merta. Kerana benda itulah yang menyebabkan dia sakit. Maka, menangislah dia teresak-esak kerana tidak dapat menerima hakikat terpaksa berpisah dengan batu hikmat kesayangannya.

“ Patutlah dia ada bagitau mak, dia selalu mimpi bayi. Menyusukan bayi, mandikan bayi, dodoikan bayi. Orang kata, kalau mimpi bayi itu, maksudnya itu adalah saka.” Kata mak bersungguh-sungguh, ketika kami sedang bergosip bercerita tentang seseorang dari keluarga jauh saya itu.

“Eh ye ke mak? Tapi, Ila selalu je mimpi bayi. Kadang-kadang mimpi budak-budak kecik. Main-main dengan budak tu, agah-agah dia, timang-timang dia…takkan saka kot mak?” Saya mula risau.

“Ye ke?Selalu ke mimpi?” Tanya mak

“A’ah…selalu jugak lah…mimpi budak kecik, main dengan dia, dodoikan dia, cium dia…”

Ah, sudah. Takkanlah ada mana-mana saka yang tiba-tiba nak mendekati saya. Ouh, mintak dijauhkan. Ketika saya dan mak, sedang berkerut muka kerana digayut bimbang, ada satu suara dari dapur yang mencelah:

“Itu bukan saka. Itu dah gatal nak kahwin!!”

“AYAH JAHAAAAATTTTTTTTTT!!!!!!!!”

Cis, ayah saya ni kan…kalau buat lawak kasar, boleh tahan jugak ‘Hitler’ dia.

Isk…kejam…kejam…😛

 
2 Comments

Posted by on January 18, 2011 in famili, Pengalaman

 

2 responses to “perihal saka.

  1. hazwan

    January 23, 2011 at 3:02 am

    panjang2 tulisan engkau
    aku paling suka
    satu dua tiga empat
    empat baris daripada bawah
    keh keh

     
    • sUe

      February 15, 2011 at 1:54 pm

      cheitttt!!!ampagas la ko…penat2 aku tulis panjang2….huhu!😛

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: