RSS

hidup adalah tentang pilihan dan membuat keputusan.

11 Jan

Situasi A:

Bayangkan kau adalah seorang gadis , yang memang semulajadi introvert, suka bersendiri, dan kurang gemar  bersosial. Kau duduk seorang diri di sebuah rumah yang agak selesa. Kau rasa tenang, aman dan bahagia duduk seorang-seorang.

Tiba-tiba ada satu kejadian yang telah membunuh kebahagiaan kau. Rumah kau dipecah masuk. Atas desakan ibu bapa dan faktor keselamatan, kau pun keluar dan mencari rumah sewa lain.

 

Situasi B:

Akhirnya, kau berjumpa rumah sewa dengan 2 teman serumah. Cuma masalahnya, kau tidak berapa selesa. Kau kurang gemar dengan sikap mereka yang sewenang-wenang memberi izin lelaki-lelaki asing masuk rumah (walau cuma melepak tengok tv di ruang tamu sambil makan biskut ping pong cicah air teh).

Selain itu ada beberapa sikap mereka yang tidak berapa kena dengan jiwa kau (tak perlulah nak ulas panjang2). Tapi, disebabkan kau fikir kau yang paling junior dan kau hanyalah ‘dagang pak malau dagang merempat’ di tempat orang, kau diamkan sahaja. Lagipun, kesudian mereka nak terima kau sebagai ahli rumah yang baru pun dah kira cukup baik.

Akan tetapi, kau sudah tidak tenang. Hati kau sentiasa gelisah dan tidak selesa. Walaupun kau kini selamat, tetapi ketenangan itu sudah hilang.

Persoalannya di sini adalah, antara keselamatan diri dan ketenangan hati – jika dua ini saja pilihan yang ada, mana satu patut kau pilih?

 

 
10 Comments

Posted by on January 11, 2011 in Uncategorized

 

10 responses to “hidup adalah tentang pilihan dan membuat keputusan.

  1. cpi

    January 11, 2011 at 10:53 pm

    errr sy akan pilih ketenangan diri

     
    • sUe

      January 18, 2011 at 7:11 pm

      ya, saya juga fikir itu pilihan terbaik.🙂

       
  2. shikin

    January 13, 2011 at 10:22 pm

    cari rumah lain sesegera mungkin. mungkin yg kawasan jiran yg baik. even tinggal sorang tak takut sgt.😉

     
    • sUe

      January 18, 2011 at 7:11 pm

      terima kasih atas cadangan.
      sedang diusahakan.🙂

       
  3. tuantanah

    January 15, 2011 at 5:33 pm

    Pindah.

     
    • sUe

      January 18, 2011 at 7:13 pm

      Baik! Sedang diusahakan.🙂

      p.s: yeay!dah ‘public’kan blog. rindu dgn tulisan TT.😉

       
  4. Anonymous

    January 17, 2011 at 3:08 pm

    dua dua pilihan mementingkan diri
    ketenangan diri lah yang terbaik
    kalau benda nak jadi tu
    engkau pasang alarm laser kat rumah tu pun belum tentu tak kena pecah

     
    • sUe

      January 18, 2011 at 7:15 pm

      memanglah pilihan mementingkan diri. sebab macam mana pun kepentingan diri yang kena jaga. bab-bab rumah ni, tak guna kot nak jaga hati orang lain. kang kita jugak yang sakit jiwa.

      jadi, ya saya pilih ketenangan. terima kasih atas cadangan.

       
      • hazwan

        January 21, 2011 at 6:29 pm

        on second thot
        i heard there is kampung aman in pokok asam
        maybe you can find ketenangan there
        as the name suggest
        hehehe

         
        • sUe

          February 15, 2011 at 1:57 pm

          aku tak pernah dgr pun. nanti try cari kat google maps.

           

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: