RSS

“Pekerjaan yang paling baik adalah pekerjaan yang disitu kita bisa menikmati pekerjaan itu” kata Joni, budak penghantar roll filem dalam filem Janji Joni.

11 Dec

 

“Bila dah besar nak jadi apa?” tanya saya kepadanya, pada suatu hari, di sebuah daerah lampau, suatu waktu dahulu. Lama dahulu.

Budak itu, yang ketika itu berusia 4 tahun menjawab pantas

“Nak jadi jurugambar!”

Di tangannya ada sebatang pembaris. Lubang di tengah-tengah pembaris itu didekatkan pada matanya. Berimajinkan bahawa itu adalah lensa kamera, umpama jurugambar sedang mengambil fokus. Dan kemudian, “klik klik” jari kecilnya menekan “punat kamera” di hujung pembaris.

Saya tersenyum.

“Kenapa nak jadi jurugambar?” tanya saya lagi.

“Saya suka ambil gambar. Suka main kamera” jawab si kecil, girang.

Tiba-tiba ibunya menyampuk, “Bukan jurugambar lah! JuruTERA”

Dan saya lihat si kecil kebingungan. Apa itu Jurutera? Dia hanya mengangguk, bingung.

********************

Kini, selepas 4 tahun saya bertanya lagi kepada dia. Soalan yang sama.

“Dah besar nanti nak jadi apa?”

“Err…mula-mula nak jadi jurugambar. Lepas itu nak jadi polis. Lepas tu nak jadi SWAT Team yang turun bangunan pakai tali tu. Sekarang ni nak jadi arkitek atau jurutera.” jawabnya acuh tak acuh, sambil menyuap nasi makan malam.

“Kenapa nak jadi arkitek atau jurutera?” tanya saya kembali.

“Sebab mak kata kerja tu dapat banyak duit.” jawabnya bersahaja.

Tiba-tiba hati saya disergap sayu dan disimbah pilu. Kasihan sama si kecil ini. Pada usia yang baru menjangkau 8 tahun, dia sudah diberitahu bahawa tujuan bekerja itu adalah untuk menjadi kaya-raya. Untuk mengumpul wang berjuta. Dia sudah disuntik mindanya bahawa materi dan harta benda itu adalah penjamin sebuah bahagia.

Sedangkan bahagia itu adalah apa yang ada di dalam hati. Apa yang kau suka sejak azali. Apa yang apabila kau lakukannya, kau akan dapat rasa satu macam euforia dan intoksikasi dan kau tidak akan jemu dan jelak untuk melakukannya setiap ketika,  setiap waktu, dan setiap hari.

Budak yang dahulunya ghairah dan girang menjawab “Mahu jadi jurugambar!” sambil memegang pembaris sebagai kamera itu sudah hilang,

Kerana di depan saya, adalah seorang budak yang menjawab sambil lewa “Mahu jadi jurutera sebab banyak duit”, sambil mengunyah nasi dalam keadaan acuh tak acuh.

Entah kenapa, saya jadi sayu. Jadi sedih. Jadi kasihan. Sama si kecil yang masih putih mindanya, masih naïf sifatnya, dan tidak tahu hakikat bahawa pekerjaan yang menjamin bahagia, adalah pekerjaan yang kau minat dan kau suka,  sehingga soal gaji bukan lagi yang utama, tetapi apa yang telah kau isi dalam jiwa.

*hurm*

**********

Budak itu adalah adik saya.

Dan ibunya tentu sekali adalah ibu saya.

Oh, jangan salah faham. Saya sayangkan ibu saya. Lebih dari segala-galanya. Lebih dari nyawa saya sendiri.

Cuma, itulah, ibu saya, yang terpaling saya kasih lebih dari dunia dan segala isinya ini,  beliau juga turut terperangkap dengan norma masyarakat sekeliling. Turut terbiasa dengan kebiasaan ibu bapa lain.

Saya tidak salahkan beliau. Sebagai seorang ibu, yang susah payah melahirkan dan membesarkan, tentu sekali beliau menaruh harapan sedalam lautan dan menggantung impian setinggi bintang di langit untuk melihat anak-anaknya bahagia dan berjaya.

Cuma, definisi berjaya dan bahagia itu, alangkah moleknya jika tidak meletakkan materi sebagai yang utama.

Kerana semakin anak-anak ini membesar, mereka akan faham dan sedar, bahawa definisi bahagia dan berjaya mereka kadang-kadang tidak selari dengan apa yang diimpikan oleh ibu bapa mereka.

Saya teringat akan Adam, anak kepada sahabat ibu. Walau tidak pernah bersua, tetapi saya dapat bayangkan dirinya. Lahir dalam keluarga yang berada, bapa seorang CEO, adik-beradik semuanya lulusan ijazah luar negara dan berkerjaya professional, menjadikan beliau  tertekan untuk ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan adik-beradiknya yang lain. To fill up to the expectations of his parents.

Dia berjaya ke luar negara, menjadapat ijazah kejuruteraan elektrik dari Negara Matahari Terbit.

Sehinggalah suatu hari, dia mengejutkan ibu bapanya dengan satu berita

“Adam tak mahu jadi jurutera. Adam tak minat. Adam nak jadi pelukis komik.”

Alangkah sedih hati ibu bapanya. Ibunya mengadu kepada ibu saya. Meluahkan segala gundah gulana. Menceritakan segala rasa sedih dan susah hati.

Ya, ibu Adam susah hati bukan kerana anak terunanya mengandungkan anak dara orang, atau merompak rumah atau terlibat dalam gejala samseng atau dadah atau rempit atau gejala hedonisme yang lain. Tetapi beliau susah hati, kerana anaknya mahu menjadi seorang pelukis komik. Sebuah pekerjaan yang (mungkin) tidak ada masa depan, menurutnya.

Sekarang, saya tidak tahu apa yang jadi kepada Adam itu. Sama ada dia terus mengejar cita-citanya atau dia mengalah kepada kemahuan ibu bapanya.

Cuma saya tertanya-tanya, ada berapa ramaikah lagi ‘Adam’ di luar sana?

Seorang doktor yang kepingin menjadi pemuzik rock .

Seorang arkitek yang sebenarnya mahu menjadi penulis novel sepenuh masa.

Seorang pensyarah yang mengidamkan menjadi guru mengajar kanak-kanak di kawasan pedalaman.

Seorang jurutera yang minat menjadi pelukis komik.

Dan entah berapa ramai manusia di luar sana, yang punya hasrat terpendam atau impian yang terpaksa dikuburkan di satu sudut hati paling dalam, kerana mereka memilih untuk ‘berjaya dan bahagia’ mengikut definisi ibu bapa mereka.

Petikan ini daripada novel “The Kite Runner” kesukaan saya:

“I think I’ll major in English,” I said. I winced inside, waiting for his reply.

“English?”

“Creative writing.”

He considered this. Sipped his tea. “Stories, you mean. You’ll make up stories.”

I looked down at my feet.

“They pay for that, making up stories?”

“If you’re good,” I said. “And if you get discovered.”

“How likely is that, getting discovered?”

“It happens,” I said.

He nodded. “And what will you do while you wait to get good and get discovered?

How will you earn money? If you marry, how will you support your khanum?”

I couldn’t lift my eyes to meet his. “I’ll… find a job.”

“Oh,” he said. “Wah wah! So, if I understand, you’ll study several years to earn a degree, then you’ll get a chatti job like mine, one you could just as easily land today, on the small chance that your degree might someday help you get… discovered.” He took a deep breath and sipped his tea. Grunted something about medical school, law school, and “real work.”

dan ini:

Soraya joined me at San Jose State the following year and enrolled, to her father’s chagrin, in the teaching track.

“I don’t know why you’re wasting your talents like this,” the general said one night over dinner. “Did you know, Amir jan, that she earned nothing but A’s in high school?” He turned to her. “An intelligent girl like you could become a lawyer, a political scientist. And, _Inshallah_, when Afghanistan is free, you could help write the new constitution. There would be a need for young talented Afghans like you. They might even offer you a ministry position, given your family name.”

I could see Soraya holding back, her face tightening. “I’m not a girl, Padar. I’m a married woman. Besides, they’d need teachers too.”

“Anyone can teach.”

Seperti Amir yang mahu menjadi penulis dan Soraya yang mahu menjadi guru, mereka juga mempunyai ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka berjaya dan bahagia.

Menjadi seseorang yang berkepentingan.

Menjadi manusia berpangkat dan berpengaruh.

Menjadi ‘somebody’ (bukankah kita semua adalah ‘somebody’?)

Menjadi yang luar biasa.

“Anyone can teach” kata General Taheri, bapa Soraya.

Tetapi mungkin, ibu bapa ini lupa, bahawa anak-anak mereka tidak mahu menjadi manusia berpengaruh. Mereka tidak inginkan wang ringgit berjuta. Mereka tidak perlukan pangkat dan harta.

Mereka hanya mahukan kepuasan jiwa. Mereka hanya mahukan sesuatu yang mereka tidak jemu dan jelak melakukannya. Mereka dambakan sesuatu yang membuat mereka ghairah dan teruja. Yang membuat hidup mereka lebih terisi dan bermakna.

Yang dapat dikecapi dengan pekerjaan yang biasa-biasa.

Kerana itulah definisi ‘berjaya dan bahagia’ buat mereka.

p.s: Mungkin saya perlu simpan tulisan ini, sampai dua tiga puluh tahun akan datang. Supaya suatu hari nanti, kalau anak perempuan saya yang punya Doktor Falsafah Kejuruteraan memberitahu saya, impiannya hanyalah mahu menjadi seorang guru sekolah rendah agama, atau anak lelaki saya yang ada ijazah perubatan tiba-tiba beritahu mahu mengembara seluruh dunia dan menyara diri sebagai pemuzik jalanan misalnya, saya boleh tengok balik tulisan ini, dan meredhai tindakan mereka.

Dan sabarkan dalam hati “Bahawa bahagia anak saya adalah bahagia saya juga”

Tetapi itu saya bilang, KALAU.

Apa-apa pun, untuk ibu saya “Mom, I love you. I will always love you. No matter what, you’re still the greatest!”

 
4 Comments

Posted by on December 11, 2010 in famili, Manusia

 

4 responses to ““Pekerjaan yang paling baik adalah pekerjaan yang disitu kita bisa menikmati pekerjaan itu” kata Joni, budak penghantar roll filem dalam filem Janji Joni.

  1. shikin

    December 15, 2010 at 9:29 pm

    betul2..macam terima arahan dr seseorang utk benda yg kita x suka buat..akhirnya tetap buat tapi tak sepenuh hati..hmm

     
    • sUe

      January 18, 2011 at 7:05 pm

      itu betul. benda-benda yang namanya ‘terpaksa’, memang payahlah nak buat sepenuh hati. tapi dah namanya alam pekerjaan, terpaksa jugak lah terima.

      sebab itu bagi saya perkerjaan yang kita betul-betul minat itu sangat penting.

      bayangkan, 8 jam sehari buat benda yang kita tak suka, boleh jadi gila kot.😛

       
  2. azarith sofea

    December 28, 2010 at 2:37 pm

    saya terpaku dan terharu menbaca artikel nie.
    sebenarnya di saat ini saya tengah berada dalam situasi nie.
    bergelut antara minat dan masa depan…

     
    • sUe

      January 18, 2011 at 7:02 pm

      memang payah. sebab kadang-kadang minat kita tak selari dgn apa yang ibu bapa kita mahukan. tapi, tak semestinya apa yang kita minat itu tak menjanjikan masa depan.

      yang penting ada kemahuan! tapi restu ibu bapa pun penting juga.

      harap-harap kamu dapat buat keputusan yang terbaik. good luck!

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: