RSS

perihal bapak polisi

25 Nov

Kak Yang accident.

Ketika saya, Kak Teh dan Padil datang ke tempat kemalangan, dia sedang terjelepuk seorang diri, di hadapan kedai nasi kandar Ar Rahman, sedang membelek-belek kaki, kalau-kalau ada patah atau calar atau luka di mana-mana.

“Kereta tu dah lari. Dia tak bagi signal. Tergolek-golek Kak Yang jatuh”.

Cerita Kak Yang, dengan air mata yang berlinang. Saya tengok ada lebam, luka dan calar di tangan, siku dan kakinya,

Lalu kami ke hospital. Padil ditugaskan membawa pulang motosikal Kak Yang. Selepas 2 jam, 30 minit, 80 pesakit keluar masuk, 20 lagu yang diputar dalam mp3 saya sementara menunggu, dan 2 hari MC yang diberi oleh doktor, kami bergegas pula ke Balai Polis Trafik, untuk membuat laporan.

Dan di sinilah pokok ceritanya.

Pegawai polis trafik itu (yang sampai sekarang saya menyesal kerana tidak menyalin nama dan nombor pegawai yang tertepek di uniformnya) , melayan kami dengan sungguh biadap sekali.

Kak Yang: Encik, kami datang nak buat report polis. Pasal kemalangan.

PTKA (singkatan bagi Polis Trafik Kurang Ajar) : Kemalangan macam mana tu?

Kak Yang: Macam ini encik…di sekian-sekian tempat…bla…bla …kereta belok tak bagi signal…bla…bla…saya jatuh motosikal…bla…bla…kereta lari… *suara sebak*

PTKA: Nombor plate sempat salin tak?

Kak Yang: Tak sempat. Dia lari macam tu saja. Tak sempat nak salin.

PTKA: Habis tu, nak buat report untuk apa? *sinis*

Kak Yang: Iyalah encik…manalah tahu kalau2 boleh claim insurans ke apa ke…motor saya pun dah pecah cermin, handle bengkok, bla…bla…

PTKA: Alaaa…berapa sangat la insurans tu….ada sampai dua tiga ratus? (ketawa-ketawa sinis)

Hah, dan ketika ini lah gunung berapi kesabaran saya meletus ala-ala Gunung Merapi di Indonesia.

Saya: ENCIK…. MASALAHNYA SEKARANG INI, KAKAK NI TAK SALAH. JADI, DIA TAK PATUT BAYAR SESEN PUN UNTUK BAIKI MOTOR DIA YANG ROSAK. SEBAB ITU KAMI NAK CLAIM INSURAN. DAN TUGAS ENCIK AMBIL REPORT SAJA KAN? JADI ENCIK AMBIL SAJA LAH REPORT. DAPAT CLAIM KE TAK DAPAT KE ITU LAIN CERITA. (sengaja di CAPS LOCK untuk membayangkan tahap desibel suara yang sudah meninggi)

Ouh, saya memang marah. Sungguh sungguh marah.

Apa hak kau untuk memperlekehkan orang lain? Tak kisah lah berapa pun wang insurans yang mahu dituntut, itu bukan urusan kau. Tugas kau untuk ambil report, jadi ambil saja lah!😡

Disebabkan insiden itu, tahap kebencian dan kemeluatan saya terhadap manusia bergelar Polis Trafik telah meningkat dengan mendadak.  Dan, saya mula teringat-ingat akan kisah kawan2 tentang betapa buruk perangainya Polis Trafik ini.

Catherine, seorang sahabat semasa saya praktikal bercerita, betapa dia terpaksa memberi rasuah kepada seorang Polis Trafik yang menahan keretanya atas sebab-musabab yang langsung tak masuk akal (kesalahan apa saya tak ingat):

“Banyak ini saja yang saya ada encik” rayu Catherine sambil menunjukkan dompetnya yang berisi wang RM50.

“Tak apalah…banyak itu pun boleh lah…” jawab PT (singkatan Polis Trafik) itu selamba.

Ya, sampai begitu sekali tahap ketiadaan kemaluan beliau.

Malah sahabat saya sendiri ketika ditahan kerana tidak berhenti di simpang tiga yang ada papan tanda BERHENTI (padahal simpang itu kosong dan lengang tak ada kereta langsung, jadi buat apa berhenti, belok saja lah), telah dipujuk dengan kata-kata begini:

“Senang cerita, bagi saja lah berapa-berapa yang ada, kita settle sini saja lah. Nak bayar saman payah, kena pergi balai polis trafik lagi…”.

Akan tetapi sahabat saya yang cerdik itu menjawab “Tak apalah, saya bayar saman dekat Balai Polis saja lah.”

Dan saya sendiri melihat dengan mata saya yang- walau-agak-rabun-terpaksa-guna-kanta-lekap-kuasa-150 ini, akan seorang PT yang dengan selambanya membelek2 dompet seorang mamat motosikal yang ditahannya, mengeluarkan berapa-berapa duit yang ada.

Ouh keji sekeji kejinya!!

Ya, saya tahu. Tidak patut saya melabelkan semua PT begitu. Saya tahu, masih ada PT di luar sana yang baik, beriman, bersopan dan tidak membuncitkan perut atau memberi makan anak-anak dengan wang rasuah.

Dan saya seolah-olah terdengar suara hati di luar sana yang berkata “Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”

Akan tetapi, ini bukan setakat setitik nila yang tumpah, sudah bertitik-titik nila malah mungkin sebotol nila yang tumpah (setelah dikumpul2 pengalaman saya dan orang lain) ke dalam susu, dan tidak boleh tidak, susu yang putih itu pasti akan rosak juga.

Jadi, imej Polis Trafik di kaca mata saya, sudah rosak teruk, huduh dan langsung tidak molek di pandangan saya.

Tetapi, saya juga perlulah menurut pesan Rasulullah s.a.w supaya jangan berlebih-lebihan dalam membenci, kerana mungkin nanti ia akan menjadi sesuatu yang disukai. Jadi, sekarang saya sedang memujuk hati untuk melihat kebaikan mereka pula.

Walaupun macam susah.:-/

 
4 Comments

Posted by on November 25, 2010 in Bengong, Manusia, Pengalaman

 

4 responses to “perihal bapak polisi

  1. syuki

    November 30, 2010 at 12:20 pm

    salam, kak su,
    dah tu,a pe PT tu ckp kt akak?
    nk gak tau ..hahahah

     
    • sUe

      December 5, 2010 at 4:43 am

      dia jawab “nak report buat apa?nombor plate pun tak ada”
      lepas tu kita orang bertegang urat sikit.
      kemudian, barulah dia ambil report.

      huh~

       
  2. ainunlmuaiyanah

    December 6, 2010 at 1:30 pm

    nasib baik masa kejadian kawan saya kemalangan, polis trafik memberi kerjasama yang baik walaupun jam menunjukkan pukul 1 pagi🙂 kalau tak mesti akan buat entri macam ini juga🙂

     
    • sUe

      December 6, 2010 at 2:42 pm

      nasib awak baik bertemu polis trafik yang baik.🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: