RSS

aidiladha ini.

19 Nov

i.

“Sue, akak tengok kau ni dari semalam sampai hari ni, asal ada takbir kat tv je, kau mesti melekat kat depan tv. Apasal eh? Kan ulang-ulang je takbir raya tu…” tegur Kak Teh.

“Ouh, takdelah kak. Saja suka tengok takbir raya…syahdu semacam je…insaf pun ada…” jawab saya,

sambil-menundukkan-mata-dari-terus-terusan-melihat-mamat-kacak-berambut-panjang-berbaju-merah-hati-di-sebelah-kanan-Tok-Imam-yang-sedang-bertakbir-penuh-syahdu. (baca dengan satu nafas)

Aih, bila nak insaf ni Sue… isk isk! *geleng kepala seperti seorang ibu yang melihat anak daranya masih tidur walau jam sudah pukul 1 tengahari*

ii.

Aidiladha.

Makan sup daging, kari daging, daging masak kicap, dan daging rebus masuk dalam mee kuah.

Sekarang, kepala sudah pening. Harap-harap bukan sebab darah tinggi.:-/

iii.

Saya baru tahu, bahawa kalau kita tengok orang sembelih lembu, dan kita kata ‘eh kesiannya’, maka kita tak boleh makan lembu itu.

Jadi, sebelum tengok upacara penyembelihan lembu, sila asah hati kau supaya keras seperti titanium.

Dan lepas itu boleh tengok dan kata dengan kerek “alaa…takde mendelah tu…mana ade sakit sgt pun…lembu tu relek je kita plak nak sedih-sedih…”

*senyum sarkastik*

moralnya: bila kita lembut hati dan berasa kasihan, kita tak boleh makan. Kalau kita keras hati dan langsung tak simpati, boleh pulak makan, tak gitu Cik Yah?

 

 
6 Comments

Posted by on November 19, 2010 in Uncategorized

 

6 responses to “aidiladha ini.

  1. JP

    November 20, 2010 at 11:19 pm

    Ada dua-tiga mamat dalam tu masa bertakbir, mata siap jeling2 kamera.. apa la… 😀

     
    • sUe

      November 26, 2010 at 5:51 pm

      hahaha!!
      mesti dlm hati tgh duk fikir kot2 mak ayah adik atuk awek duk tgk diorg masuk tv.
      setahun skali lah katakan…😀

       
  2. hazwan

    November 22, 2010 at 11:03 am

    huah
    got a new layout
    azam raya haji ke makcik

     
    • sUe

      November 26, 2010 at 5:50 pm

      haha..saje jek..
      dah lama sgt guna layout tu..bosan plak beta.:mrgreen:

       
  3. tasekM

    November 23, 2010 at 1:42 pm

    aku tgk bila dh sembelih je. tak sanggup.

    .

     
    • sUe

      November 26, 2010 at 5:49 pm

      saya pun tengok bila dah sembelih.
      dalam bentuk rendang atau sup.

      nak tengok yang betul2 live kena sembelih, mmg mintak maaf la..
      nanti tak boleh makan plak sbb kesian.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: