RSS

soalan-bodoh-tiada-ampun

02 Nov

Hari tu, pukul 8 malam. Tengok berita. Di skrin keluar cerita tentang bas yang pemandunya, sudahlah takde lesen, cacat sebelah tangan pulak tu, dan hasilnya kemalangan yang mengorbankan 7 nyawa.

Tiba-tiba kamera fokus kepada seorang remaja ini, di atas katil hospital. Beliau antara yang terselamat.

Tetapi kakinya kudung dua-dua belah. Kena potong.

Tup-tup, boleh pulak wartawan itu tanya “Ni memang dah tak boleh jalan lah ni?”

Cerdik gila soalan dia kan?

p.s: Tak faham kenapa ada wartawan yang suka tanya soalan tahap bodoh piang kepada orang lain, tambah-tambah pada mangsa kemalangan atau orang yang baru kematian orang tersayang. Paling tak boleh blah, kalau tanya “Apa tanda-tanda pelik yang dia buat sebelum meninggal?” Err..hello? Orang tu baru mati insan tersayang kau dah suruh dia perah otak fikir apa perangai pelik si mati sebelum menemui ajal?

Ada ke patut?

Mungkin lepas ni boleh cuba aplikasikan cadangan Saharil kat bawah ni.

:sumber:

Updated:

Ada seorang kawan saya, beliau kehilangan adik lelaki dalam satu kemalangan. Katanya, pada hari kejadian, ketika kawan saya ini di tempat kemalangan sebab polis telefon  suruh datang dan kenalpasti mayat, ada la wartawan yang datang temuramah. Dia cuma tanya serba sedikit pasal si mati, tapi lepas itu keluar di surat khabar – wah, bukan main. Siap ada kata-kata terakhir si mati sebelum keluar rumah, makanan terakhir yang dia makan dan segala bagai.

Is that even legal?

Seorang kawan saya yang masa kecilnya pernah masuk surat khabar sebab menyanyi pada satu function, cuma ditanya umur, darjah berapa, nama apa, dan beberapa soalan asas.

Tetapi, bila keluar surat khabar, panjang lebar saja diorang tulis.

Siap tulis kawan saya ini cakap “Ning Baizura memang idola saya. Sejak kecil saya mengagumi suara beliau yang ala-ala soprano itu. Saya memang sangat teringin menjadi penyanyi untuk mengikut jejak langkah beliau”

Secara logiknya, untuk budak umur 10 tahun,  menatang apakah  ‘soprano’ itu pun dia tak tahu.

Sekarang saya tertanya-tanya, kerja wartawan ini sebenarnya mencari berita atau menambah-nambah cerita? Haih~

 
4 Comments

Posted by on November 2, 2010 in Bengong

 

4 responses to “soalan-bodoh-tiada-ampun

  1. hazwan

    November 3, 2010 at 10:13 am

    i think i read a book before
    malaysian politicians say the darndest things vol. 2
    i remember reading this line
    “someone” asked them to report responsibly
    not so sure on the entire paragraph tho
    i think these reporters are doing what they are being paid for

     
    • sUe

      November 26, 2010 at 6:00 pm

      yup yup!!
      itulah masalahnya negara kita ni takde kebebasan akhbar..
      semua benda ada ‘orang atas’ monitor…
      nak buat kerja pun rasa terkongkong…
      hurm…

       
  2. kel@mbu

    November 11, 2010 at 11:48 pm

    sebagai orang media, jujur cakap benda macam tu memang lumrah bagi reporter yang malas buat kerja. tambah lagi yang diintebiu tu orang awam dan bukan pak menteri. jadi apa nak risau kena saman.
    di segi etika, memang reporter tu tak bertanggungjawab. tapi, tokok tambah dan ubah struktur ayat sebenarnya dibolehkan di segi nahu dan tata bahasa dengan syarat tak ubah fakta dan tak mereka-reka.
    masalah berlaku bila benda yang ditanya tak cukup untuk bagi kat editor. jadi apa lagi, tu keluar ning baizura bagai. reporter cari makan le tu. ceh.

     
    • sUe

      November 26, 2010 at 5:56 pm

      ye betul tu kelambu.
      tapi pada pendapat saya, interview org awam ke pak menteri ke…
      still kena pegang pada fakta…tak boleh nak tambah sesuka hati.
      dan sbg wartawan, mereka patut tahu apa benda nak tanya supaya bahan yang diberi itu cukup utk bg pd editor.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: