RSS

Updated:Perihal peribahasa.

16 Oct

(Gambar seekor@seorang? peri yang cantik hasil carian Google image. Peri yang ini tidak ada kena mengena dengan peri di dalam entri. Sekian)

 

Ok, saya suka peribahasa. Saya suka adat Melayu yang gemar berkias dalam semua perkara. Saya suka ayat-ayat yang dimetaforakan untuk  membawa maksud-maksud tertentu. Tetapi, ada dua peribahasa yang mengganggu gugat fikiran saya membuatkan saya rasa tidak puas hati dan menjadi wajibal ghunnah lah hukumnya untuk saya luahkan di sini.

Satu:

Kenapakah peribahasa “bagai melepaskan batuk di tangga” itu digunakan untuk mengibaratkan sesuatu kerja yang dibuat sambil lewa?

Apakah manusia yang batuk di tangga sahaja yang berkelakuan sambil lewa?

Apakah beza manusia lain yang batuk di ruang tamu atau di bilik air atau di bilik tidur?

Adakah di tangga sahaja manusia akan batuk ‘uhuk uhuk’ sedangkan di tempat lain mereka batuk dengan bersungguh-sungguh ‘KOH KOH KOHHHH!!’ sehingga mahu terkeluar anak tekak?

Adakah?

Adakah?

Ok cukup lah dulu 4 soalan.

Dua:

Kenapakah peribahasa “ pisang berbuah dua kali” itu membawa konotasi negatif sedangkan jika benarlah pisang boleh berbuah dua kali, bukankah itu suatu yang positif dan menguntungkan?

Cuba kamu bayangkan, jika seorang petani yang menanam pisang, tiba-tiba mendapati pisang yang ditanamnya telah berbuah dua kali, adakah beliau akan berasa gembira atau sedih?

Adakah beliau akan berkata dengan nada hiba dan sayu “tak sangka pisang yang aku tanam telah berbuah dua kali”*sambil kesat air mata dan lap hingus sroott sroott* atau beliau akan melonjak gembira sambil menjerit girang “Yeayyy!! Pisang yang aku tanam berbuah dua kali!!!”

Selalu, ungkapan ‘pisang berbuah dua kali’ ini dilafazkan oleh orang yang sudah ditipu dua kali.

Contoh:

“Mah percayakan abang. Abang janji tak akan buat lagi. Tapi, tak sangka pisang berbuah dua kali…”

Sedangkan bukankah sesuatu yang positif jika andaikata pisang benar-benar boleh berbuah dua kali?

Ok, saya dah berjaya menyebarkan rasa keliru dan tak puas hati kepada orang lain yang baca entri ini. Harap siapa-siapa yang bijak bestari binatang apa keris di kaki (bak kata cik TT) sudilah membantu hamba yang sedang dilanda keliru moga-moga hilanglah gusar di hati…ceh!😛

Baiklah, saya nak pergi rujuk mana-mana kitab purbakala pulak.

 

[kemaskini: baiklah, setelah merujuk segala kitab purba yang ada dan bertapa di gua selama tiga hari, barulah saya mendapat jawapan kepada peribahasa pertama iaitu ‘melepaskan batuk di tangga’.

rupa-rupanya, ‘batuk’ yang dimaksudkan bukanlah batuk biasa kerana sakit tekak itu. ‘batuk’ yang dimaksudkan adalah ‘batok’ iaitu:

sejenis alat yang digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung. Pada masa dahulu alat tersebut terletak di tepi tangga dan disangkut pada tiang selepas digunakan untuk membasuh kaki.

ouh begitu. Patutlah ‘melepaskan batok di tangga’ membawa maksud ‘melakukan kerja dengan tidak bersungguh-sungguh’ atau ‘melakukan kerja tetapi separuh jalan’ kerana orang dulu-dulu, lepas guna ‘batok’ untuk membasuh kaki, haruslah disangkut di tiang, bukannya dilepaskan di tangga sesuka hati.]

ok. sudah faham. untuk lebih info, boleh rujuk sini.

 
4 Comments

Posted by on October 16, 2010 in bahasa, Saja Mengada

 

4 responses to “Updated:Perihal peribahasa.

  1. hazwan

    October 18, 2010 at 2:26 pm

    boleh saya tanya?
    an apple a day keeps the doctor away
    betul kah berkesan?
    tak boleh kah dua ke tiga ke
    tak boleh kah oren ke mangga ke
    or maybe multivitamin ke
    jawab cik sue jawab
    hehe

     
  2. sUe

    October 19, 2010 at 6:05 pm

    arh kau saje nak buat aku kompius…😛
    setau aku memang betul epal bagus untuk kesihatan…
    itu cuma metafora yg melambangkan betapa bagusnya kalau kau makan epal tiap-tiap hari…

     
  3. Nanci Tan

    October 4, 2011 at 12:47 pm

    pic funny I love

     
  4. Anonymous

    July 3, 2013 at 10:53 pm

    tada maklumat pun bazir je

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: