RSS

tentang blog.

05 Oct

i.

Jika blog ini adalah sebuah bilik, mungkin ia sudah dipenuhi dengan segala macam sawang, bangkai kelawar dan taik cicak.

Jika blog ini sebuah kereta, mungkin enjinnya sudah rosak kerana lebih tiga minggu tidak dipanaskan.

Jika blog ini sebuah kebun, mungkin lalang yang tumbuh sudah separas lutut kerana begitu lama tidak dibersihkan.

Jika blog ini seorang kanak-kanak, mungkin sekarang beliau sedang memakai baju lusuh tak berbasuh dengan muka comot tidak mandi penuh dengan air liur basi dan kurus kering tidak makan kerana langsung tak diberi perhatian.

Mujurlah, blog ini bukan sebuah bilik atau kereta atau kebun atau seorang kanak-kanak. Sungguhpun begitu, tetap juga saya rasa sungguh bersalah kerana mengabaikan blog ini sekian lama.

Maaf. Sebenarnya, saya tidak tahu mahu tulis apa. Silap, sebenarnya banyak benda yang mahu saya tulis, cuma saya tidak tahu mahu tulis bagaimana.

Bak kata pakcik Robert Louis Stevenson:

The difficulty of literature is not to write, but to write what you mean. –

ii.

Beginilah ya, jika kamu masuk ke rumah orang, atas izin tuan empunya rumah, dan kemudian, kamu dengan sesuka hatinya menconteng dinding rumah, membuang sampah di ruang tamu, atau memecahkan bingkai gambar yang tergantung di dinding rumah tersebut, bukankah itu sangat biadap namanya?

Begitulah juga dengan blog.

Blog adalah ruang milik hak peribadi tuan empunyanya, yang sudi dikongsi dengan sesiapa yang sudi membaca. Menulis blog sebenarnya suatu kerja yang sukar dan berisiko, kerana secara tidak langsung kau ‘menjemput’ a complete stranger into your life, mendedah sedikit atau sebanyak tentang diri kau, merisikokan peribadi kau untuk diadili dan dihakimi oleh orang lain yang langsung tidak kenal siapa kau selain daripada tulisan-tulisan kau.

Tetapi, itulah yang misterinya.

Walau kau tahu kerja menulis blog ini sebenarnya berisiko (belum termasuk risiko manusia2 yang kau ceritakan itu ‘ter’baca kisah mereka yang kau paparkan), tetapi tetap juga kau mahu menulis dan berkongsi apa-apa sahaja cerita yang dianggap penting (kadang-kadang berbentuk peribadi), yang tidak pernah kau kongsi dengan keluarga atau kawan rapat, tetapi boleh pulak dikongsi dengan entah siapa-siapa di luar sana. Pelik betul.🙄

Blog ini adalah sesuatu yang peribadi bagi saya. Sesuatu yang dekat dengan jiwa saya. Apabila menulis di sini, saya rasa bebas dan tenteram. Satu bentuk terapi dalam meluahkan gelodak hati, dan satu perasaan yang sekadar mahu difahami.

Seperti kata Lawrence Clark Powell

Write to be understood, speak to be heard, and read to learn-

Blog ini  bukan seperti sebuah rumah, tetapi umpama galeri seni, tempat dimana saya menggantung dan membingkaikan segala lukisan kenangan yang saya terjemahkan dalam bait-bait aksara. Kesemua lukisan itu adalah milik saya yang ingin saya kongsi dengan siapa-siapa sahaja yang sudi.

Jadi, apabila ada orang yang datang dan membuat onar di galeri seni saya, memalit najis dengan sewenang-wenangnya, tentu sekali saya berasa marah dan terganggu.

Oleh itu, kepada seorang hamba Allah, yang menghantar komen berunsur lucah di atas salah satu entri saya, komen kamu itu, bukan setakat tidak saya luluskan, malah sudah selamat saya lupuskan melalui butang ‘delete permanently’ yang sungguh berguna itu.

Tidak perlulah kamu datang lagi dan singgah ke sini. Kerana, blog ini sudah terang lagi bersuluh, tidak memberi apa-apa kesan kepada kamu, terutama dari segi peningkatan nilai moral dan kesihatan mental, which obviously, are the two things that you probably lacked of.

🙂

 
1 Comment

Posted by on October 5, 2010 in Bengong, Manusia

 

One response to “tentang blog.

  1. anonywan

    October 11, 2010 at 5:12 pm

    cant agree more with you on this la sue

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: