RSS

1 syawal

15 Sep

1 syawal agak tragis tahun ini.

Sebaik sahaja pulang dari Kuala Selangor, saya mendapati rumah di Bukit Merah dipecah masuk makhluk durjana dan telah mencuri beberapa barangan berharga seperti Laptop, External Hard Disk, DVD Player, dan sebagainya.

Tetapi, lebih membuatkan hati saya terusik adalah kerana duit tabungan selama hampir setahun juga dicuri. Entah kenapa, duit di dalam tabung bentuk tong gas warna merah itu dirasakan lebih berharga daripada laptop atau dvd player yang tentu sekali jauh lebih mahal harganya. Mungkin kerana perasaan setiap kali menggoncang tabung itu dan dirasakan semakin berat dan berat setiap hari, sambil menanti waktu untuk mengira jumlah tabungan apabila ia betul-betul penuh, perasaan yang ditunggu-tunggu itu hilang dan diragut pergi membuat saya jadi sedih.

Laptop yang berusia 8 tahun itu juga tidak panjang jodohnya dengan saya. Selepas berjasa sekian lama, ia dirampas pergi meninggalkan saya terumbang-ambing sendiri.

Ah, Syawal ini memang menanti saya dengan dugaan demi dugaan yang telah tersedia. Atau mungkin, ini adalah kifarah buat saya yang sering alpa dalam tugas sebagai hamba-Nya.

Mungkin.

Kata mak ketika cuba menenangkan saya:

“Cuba jadi macam Saidina Hassan. Dia menangis apabila bajunya dicuri. Bila orang kata “Sabarlah Hassan, baju itu boleh beli lagi”, Saidina Hassan menjawab “Aku menangis bukan kerana kehilangan baju, tetapi aku menangis kerana mengenangkan nasib si pencuri nanti di akhirat sana. Hanya kerana sehelai baju, dia akan menerima siksa yang berat dari Allah Taala”

Pantas saya menggeleng.

“Mati hidup balik pun adik takkan kasihan kat pencuri tu mak.”

Ya, saya tak mampu untuk menjadi semulia Saidina Hassan. Tetap juga saya harap dia akan mendapat balasan yang sewajarnya, jika tidak di dunia, biarlah di akhirat sana.

Tapi saya bersyukur juga. Tatkala ada orang yang menerima nasib yang lebih kejam, malah ada yang dipukul atau dibunuh selepas dirompak, mujurlah harta saya cuma dicuri waktu saya tiada.

Cuma, ya, saya harap Allah akan membalas perbuatan si pencuri durjana dengan hukuman yang setimpal.

Di mana pun kamu berada sekarang, semoga kamu baik-baik saja. Dan terima kasih kerana menemani saya selama 8 tahun ini. Membantu saya menyiapkan tugasan kuliah, menggembirakan hati saya dengan games dan movie di kala jiwa saya diserang gundah, menghiburkan saya dengan lagu-lagu di kala bosan dan resah, menjadi tempat saya mencoret apa yang terbuku dan  tempat meluah segala masalah.

8 tahun ini, jasa kamu memang tidak terhitung banyaknya. Walau selalu sakit-sakit, tapi kamu tetap juga bertahan.

Terima kasih sekali lagi.

 
5 Comments

Posted by on September 15, 2010 in Peribadi

 

5 responses to “1 syawal

  1. saad

    September 15, 2010 at 11:48 pm

    takziah.. dan selamat hari raya..

     
  2. tuan tanah

    September 16, 2010 at 3:45 am

    Alahai Sue, takziah.😦

     
  3. anisahangtuah

    September 16, 2010 at 11:09 pm

    sedihnya laptop hilang.
    bawak kan bersabar yee..

    selamat hari raya!

     
  4. hazwan

    September 20, 2010 at 3:11 pm

    ade hikmah tu
    nak dpt hantaran laptop, ext had disk dan dvd player baru barangkali?
    just a thot
    hehe

     
  5. sUe

    October 6, 2010 at 5:51 pm

    semua:

    terima kasih atas ucap simpati.
    i’m feeling better now.
    everything happens for a reason.
    moga2 ada hikmah. amin..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: