RSS

perihal abang.

05 Aug

Saya tidak faham.

Kamu mungkin akan kata saya ini naif, blur, ‘ek eleh takkan itu pun tak tahu’ atau yang sewaktu dengannya. Tak apa. Kerana selalu pun orang kata saya ini sedikit ‘blur’ dan tak fokus.

Tapi, sungguh saya tak faham.

Kenapa oh kenapa dan kenapa wanita yang sudah berkahwin, apabila bercerita tentang suami mereka, akan merujuk suami mereka sebagai abang???? Why?? Why??*tarik-tarik rambut sambil hentak kaki*

Contoh:

Eh Kak Tipah tak balik lagi?

Belum balik lagi. Tengah tunggu ‘abang’ ambil.

Saya tahu lah panggilan ‘abang’ itu adalah panggilan paling popular yang selalu digunakan oleh para isteri kepada suaminya selain ‘papa’ atau ‘sayang’ atau ‘darling’ atau ‘honey bear’ atau ‘cayang ucuk anje’ atau sebagainya, tapi haruskah digunakan juga apabila bercakap dengan orang lain?

Masalahnya di sini adalah, fikiran orang belum berkahwin memang tidak akan sama dengan fikiran orang yang sudah berkahwin. Alirannya tak sama, gelombangnya lain. Atau mungkin fikiran saya sahaja yang terlalu naif dan selalu sangat salah faham bahawa ‘abang’ yang dimaksudkan adalah abang kandung.

Selalu, apabila berlaku situasi seperti di atas, saya akan bertanya balik, “Eh, Kak Tipah ada abang ke? Bukan adik beradik Kak Tipah semua perempuan ke?

atau jika Kak Tipah itu memang ada abang, saya akan bertanya balik “Ooo…abang Kak Tipah yang kat KL tu datang rumah ye?

Dan selalu pula Kak Tipah akan senyum sinis sambil berkata “Suami akak laaa…

Ada sekali seorang kakak lain bercerita “Abang akak sebenarnya dah pernah nampak akak dah sebelum ni. Masa belajar dulu, kitorang pernah satu kursus sekali rupanya.

Dan fikiran naif saya mulalah berfikir “Aih, takkan adik beradik tak pernah jumpa kot?” Tetapi, mujurlah saya tak utarakan pertanyaan itu. Kalau tidak, mungkin senyuman sinis atau pusingan mata 180 darjah lagi yang akan saya terima diiringi dengan penjelasan “Suami akak laaaa….

Belum berhenti setakat itu. Banyak lagi lah insiden yang selalu buat saya keliru. Ada sekali Kak Senah yang sedang mengandung itu bercerita “Semalam Kak Senah mengidam nak minum air kelapa. Terus suruh abang akak beli air kelapa dan-dan tu jugak!

Dan saya yang naif ini sekali lagi bersuara “Eh baiknya abang Kak Senah. Suami Kak Senah kat mana masa tu?

Akibatnya saya telah digelakkan tanpa henti selama tujuh keturunan oleh rakan-rakan lain yang mendengar pertanyaan tersebut. “Suami Kak Senah laaaa tu Sue oooooiiiiiii….

Lalu, apa yang termampu dilakukan hanyalah “Oooo…ye kee….hehehehe…” *sengih kerang busuk*

Jadi sekarang, apabila terdengar perkataan ‘abang’ keluar dari mulut wanita yang sudah berkahwin, otak saya perlu bekerja dua kali ganda lebih kuat dari biasa, perlu fokus betul-betul, yang dimaksud itu ‘suami’ atau ‘abang kandung’. Haih~

Jadi, sekarang saya mahu tanya – kenapa ya, isteri-isteri merujuk suami mereka sebagai ‘abang’ dalam percakapan dengan orang lain?

Sedangkan  suami tidak pula begitu.

Tidak ada pula suami yang berkata “Eh, aku kena balik awal hari ni. ‘Adik’ masak special.

Yang selalu kita dengar adalah ‘bini’ atau ‘isteri’ atau ‘orang rumah’.

Bukankah lebih mudah dan tepat? Straight to the point.

Atau saya seorang sahaja yang terlebih naif atau lambat nak tangkap?

Hurm……🙄

Ouh ya, perkara ini termasuk dalam senarai “Kalau Aku Jadi Isteri Aku Tak Akan Buat Begini”. Maksudnya, saya tidak akan merujuk suami-saya-yang-entah-siapa-wallahu’alam itu dengan panggilan ‘Abang’ sekiranya saya mahu mengumpat bercerita tentang beliau kepada orang lain.

Contoh:

Kalau orang tanya:

Sue, dah pukul 10 malam ni tak balik lagi ke?

Saya akan jawab,

yang bukan ini “Tak balik lagi. Tengah tunggu ABANG ambil

tetapi yang ini “Tak balik lagi. Tengah tunggu SUAMI ambil. Dia lambat sikit sebab kena bagi ceramah kat masjid..” (Ayat belakang itu ditambah sesedap rasa dengan harapan akan mendapat suami soleh…ceh ceh!😉 )

Kerana saya tidak ada ABANG tetapi saya ada SUAMI-yang-entah-siapa-tak-tahu-lagi-wallahu’alam.

Kerana bagi saya definisi SUAMI itu sudah cukup merangkumi segala-galanya – Abang, Pemimpin, Imam, Kekasih, Teman, Kawan baik, Tukang pergi pasar, Pemandu, Pengawal peribadi, Tukang baiki paip bocor, Mekanik kereta, Tukang kebun, Tukang…

Eh cukup. Melampau-lampau pulak kau Suhaila.

Heh!😛

Ouh ya, saya sebenarnya teringin nak ada abang. Bukannya abang yang bermaksud SUAMI tetapi abang kandung. Saya tengok kawan-kawan saya yang ada abang, abang-abang mereka cool-cool belaka. Pergaulan adik perempuan dengan abang lain sikit berbanding dengan kakak.

Saya dapat bayangkan, kalau saya ada abang, mungkin saya adalah seorang adik yang jenis akan sekeh kepala abang saya bila nampak beliau melepak depan tivi pakai boxer sambil menjerit kepada beliau “Hoi Busuk!! Pagi-pagi tak mandi dah melepak depan tivi. Pergi mandi aaaarrhhh!!!”

Tapi, itu saya kata “kalau”.

😛

 
3 Comments

Posted by on August 5, 2010 in Bebelan saya, Manusia

 

3 responses to “perihal abang.

  1. sakinah

    August 6, 2010 at 11:57 am

    sue..nak hp number la..
    huhuhu

     
  2. 13may

    August 17, 2010 at 6:13 am

    sue..nak hp number juga la..
    hehhe hehhe hehhe >:P

     
  3. CAHAYA MATA

    August 22, 2010 at 9:05 am

    hehehe..ciannya..otak kena keja lebih kerasa dan lebih pantas ye..🙂

    SAYA pun panggil suami dgn panggilan ABANG..sebab..

    1) abg kandung SAYA panggil ALONG…so, x de siapa dh nk dipanggil ABANG kalau bukan suami sendiri…🙂

    2) panggilan ABANG tu sbg tanda hormat kita pd suami.. mak SAYA pun panggil ayah dgn panggilan ABANG walaupun mak lebih tua dari ayah…🙂

    3) dh memang ABANG tu lebih tua dan lebih “abang” dari SAYA, jd panggil ABANG laaa…

    4) dari dulu memang dh simpan cita2 nk panggil suami dgn panggilan ABANG…sbb tu slalu brdoa dpt suami yg lebih tua sekurang2nya setahun dari SAYA…hehehe…

    5) bila brbual2 dgn kwn2..kita guna istilah ABANG (merujuk kpd suami) secara otomatik kita akan rasa mcm kita sudah brpunya.. sudah trjaga.. sudah ada tuannya.. sudah tidak single lagi…ehekk ehekk..

    p/s : tp di fesbuk, SAYA panggil ABANG dgn gelaran “pakcik”..siapa2 yg ikuti fesbuk SAYA tahu la “pakcik” tu merujuk pd suami/ABANG ucukk SAYA itu…sila jgn confuse ye cik sue…🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: