RSS

bangun

29 Jul

Pukul 8.02 malam. Dan saya masih tercangak di ofis. Orang kata ‘Bangla saja yang kerja lebih masa’. Dahlah tak claim OT. Memang berhati mulia sungguh lah.

Ok. Tentang entri semalam, abaikan saja. Semakin lama, saya sudah semakin ok. Bila difikir-fikir balik, yah, apa perlunya saya kusut-kusut fikiran untuk seseorang yang ertinya hanya sebesar hama sahaja dalam hidup saya? (wah, bongkak gila ayat!)

Tak, itu bukan bongkak. Itu hanyalah kata-kata penguat semangat. Untuk yakinkan diri, bahawa sebesar mana pun dugaan melanda, sehebat mana pun taufan yang tiba, jika kita masih mampu bangun, (walau mungkin sebelum itu rebah jatuh dan terduduk), berdiri semula dan teruskan hidup, maka dugaan itu sebenarnya buat kita lebih kuat.

Pernah dengar bila masa budak-budak dulu, jatuh sikit terkoyak kulit lutut dan berdarah kemudian balik mengadu pada mak – eh pada ayah – sebab mak selalu gelabah sikit, tapi ayah selalunya cool – apa yang ayah akan kata? “Alaaa…takde apelah…sikit je tu…..” Dan terus, kau akan terdiam dan berhenti menangis kan?

Jadi sekarang saya mahu katakan pada diri sendiri:

“Alaaa….takde apelah…sikit je tu….relek2….” *tepuk-tepuk bahu sendiri*

=)

ok dah, boleh pegi tengok eksperimen dalam furnace itu dah siap ke belum.

ciao.

 
Leave a comment

Posted by on July 29, 2010 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: