RSS

Rawak lagi.

23 Jun

i

Untuk seorang gadis mudalah sangat yang tinggal seorang diri, di satu blok apartment yang penghuninya tak lebih sepuluh pintu, dan tiada penghuni langsung di tingkat yang sama, buat gadis itu tertanya-tanya, kalau dia mati seorang diri di rumah, berapa lama kah masa yang perlu diambil untuk mayatnya mereput dan baunya sampai ke penghuni rumah bawah, dan penghuni itu tahu bahawa ada orang mati di tingkat atas?

 Ok, gothic sangat pemikiran seperti itu. Jadi abaikan. Ini mungkin gara-gara pengaruh CSI.

ii.

Hari itu, ketika membeli – belah barang dapur di Tesco, tak tahu apa mimpinya, saya telah membeli seketul tofu telur. Entah jin apa entah yang menghasut saya membeli benda itu sedangkan saya tak pernah makan pun selama ini. Saya suka air soya dan juga telur, tetapi tauhu atau tofu adalah sesuatu yang tak boleh diterima oleh tekak saya. Ya, saya mempunyai sehelai tekak yang mengada-ngada.

Sekarang saya tak tahu nak buat apa dengan tofu telur itu. Mungkin akan rebus dan cuba-cuba makan. Mana tahu sedap, kan?

 iii.

Saya rasa Portugal kejam. Sekurang-kurangnya bagilah sebijik gol kepada Korea Utara. Ini kena belasah sampai 7- 0. Sangat malu ok? Nasib baik saya tak jadi orang Korea Utara.

 Tapi saya lupa sesuatu. Bahawa Malaysia langsung tak layak pun masuk Piala Dunia. “Sibuk-sibuk nak malu untuk negara orang, negara sendiri langsung tak layak masuk” cemuh suara hati kepada diri sendiri.

 Baikkkk suara hati, saya insaf. T_T

 iv.

Ada dua entri backdated yang saya mahu tulis sebelum masuk bulan Julai. Tapi, ilham belum sampai. Jadi, saya merapu-merapu dulu dengan entri rawak ini.

 v.

Seorang kawan yang baru saya luluskan permohonan untuk menjadi sahabat saya di Friendster terkejut kerana melihat kali terakhir saya membuka laman itu adalah pada tahun 2008. Kawan ini adalah kawan yang sama mengatakan saya adalah anti-sosial kerana tidak membuka akaun FB. Dan kawan yang ini juga lah yang pelik bin ajaib apabila mendapat tahu saya duduk seorang diri di Bukit Merah. Dan kawan ini jugalah yang selalu menelefon cuma untuk memastikan saya selamat dan tiada mana-mana pendatang asing yang menceroboh rumah saya. Atau diganggu oleh mana-mana makhluk Ju-On.

 Yang selalu juga, panggilannya saya tak angkat. Sebab malas.

 Lagipun, kan saya anti-sosial? ;P

 vi.

Tak ada masalah untuk saya memandu seorang diri pada waktu malam. Asalkan jalan yang saya lalu itu ada lampu dan juga ada kenderaan lain yang lalu-lalang. Memandangkan saya juga bekerja sambilan sebagai guru tusyen, maka saya perlu memandu pada waktu malam untuk pulang ke rumah, yang jauhnya 25 km, sebanyak 2 kali seminggu.

 Tetapi, yang menjadi dilema wanita bagi saya adalah untuk naik ke Bukit Merah yang sunyi sepi dan bengkang bengkok jalannya sejauh 3 km itu. Kalau kamu pernah lalu di kawasan ini (selalu mesti lalu bukit ini untuk pergi Bukit Merah Laketown Waterpark), kamu akan tahu macam mana perasaan dia. Kiri kanan hutan dan bukit, dengan jalan bengkang bengkok dan cahaya lampu malap-malap, buat kau rasa semacam.

 Selalu, kalau tiba waktu ini, saya memang tak akan tengok langsung cermin pandang belakang. Dan saluran Hitz dot FM  akan terus diganti kepada IKIM dot FM. Masa itu, tiba-tiba pulak teringin nak dengar ayat-ayat suci Al-Quran.

 Lumrah manusia, bila tengah takut atau cuak, barulah nak ingat pada Tuhan.

 Tetapi, lepas dah lalu kawasan itu, dan dah sampai ke kawasan apartment, saluran IKIM dot FM pun akan ditukar semula ke saluran Hitz dot FM dan suara lantang Lady Gaga pun berkumandang.

 Lumrah manusia, bila dah selamat dan rasa selesa, lupa semula pada Tuhan.

 Cett!!

 v.

Saya mendapat seutas jam tangan warna merah jambu yang mungkin dibeli di pasar malam sebagai hadiah Hari Guru bulan Mei lepas (dapat dah sebulan baru nak cerita…huhu) oleh anak-anak murid saya.

 Oklah tu. Saya rasa dihargai dan disayangi. Cewah!

 Baru saya tahu perasaan seorang guru apabila dapat hadiah daripada anak murid. Bukan berapa harga hadiah itu yang penting, tetapi niat mereka nak menghargai kita sebagai guru mereka, itu yang penting. Rupa-rupanya budak-budak ini, walau selalu kena marah, kena jerkah, kena jerit sebab nakal dan suka loyar buruk, tapi sebenarnya diorang sayang jugaklah pada cikgu diorang.

 Dan tidak ada hadiah yang lebih bernilai daripada kejayaan anak murid.

 Betul. Saya rasa kalau budak-budak ini semua dapat Sains A dalam PMR, entah-entah saya yang akan lebih terkinja-kinja suka daripada mereka. Rasa macam mahu sedekah pisang seluruh Taiping, atau buat kenduri kesyukuran 7 hari 7 malam. Rasa macam usaha dan penat lelah saya berbaloi. Macam seorang saintis yang buat kajian bertahun-tahun dan akhirnya ujikaji dia berjaya dan penemuan dia mampu menyelamatkan jagat manusia seluruhnya.

 Ya, rasa dia macam itulah.

 vi.

Ouh ya, sejak Piala Dunia, statistik manusia yang tersesat ke blog saya telah meningkat mendadak 300%. Semuanya sampai ke sini melalui carian “New Zealand” atau “New Zealand pictures”. Kenapa ya? Hurm….

 v.

Ada seorang lelaki yang setiap kali terpandang beliau, saya teringat kata-kata Henry David Thoreau “The mass of men lead lives of quiet desperation”.

 Walau dia senyum dan ketawa, tetapi sangat jelas dia cuba menutup sebuah duka. Saya harap satu hari nanti, dia bertemu bahagia yang dicari.

 
4 Comments

Posted by on June 23, 2010 in Bebelan saya

 

4 responses to “Rawak lagi.

  1. naz

    June 25, 2010 at 10:32 pm

    Ha’ah, jalan kat bukit merah tu mmg agak sunyi. hati2.😉

     
    • sUe

      July 5, 2010 at 5:33 pm

      Terima kasih.🙂

       
  2. tasekM

    June 30, 2010 at 2:28 pm

    aku pun tu hr beli tofu telur. lps tu tak tau nk masak apa. pesen gatal nk membeli.

    .

     
    • sUe

      August 5, 2010 at 12:55 pm

      sama lah kita kak tasek! gatal nak membeli.
      sampai sekarang tofu telur tu ada lagi elok dalam peti ais tu hah…
      kesian die…memandang sayu je dari dalam peti ais…hehe!😛

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: