RSS

tentang tayar dan katak

08 Jun

Saya dimarah ayah. Gara-gara tayar kereta yang tidak bertukar walau sudah dalam keadaan merbahaya. Tayar kereta depan bahagian kanan itu, bunganya sudah berlubang besar. Tidak tahu macam mana boleh jadi begitu. Kata mekanik kedai tayar, macam ada orang yang ambil pisau dan menoreh-noreh tayar kereta saya itu. Tetapi, saya tak percaya kerana tidak mungkin saya dibenci orang sehingga sebegitu sekali. (ah, perasan diri ini likeable lah sangat!😛 )

Mungkin sebab tempat kerja saya terlalu banyak batu. Kot. (baca: in denial)

Tetapi, saya terus-terusan juga membawa kereta itu. Hampir dua bulan saya memandu dalam keadaan berisiko itu. Asbabnya, saya malas mahu membawa kereta ke kedai tayar. Sindrom suka menangguhkan kerja  yang kronik membuatkan tayar itu tidak bertukar hampir dua bulan. Ditambah lagi dengan pengetahuan yang terhad bab-bab kereta, menyebabkan saya memandang remeh akan pentingnya menukar tayar yang sudah berlubang begitu.

Tetapi, apabila ayah dapat tahu, nah! saya dimarah bertalu-talu. Membawa kereta dengan tayar yang merbahaya seperti itu samalah seperti seorang mat rempit yang menunggang motosikal yang sudah rosak brek dengan gaya superman tanpa memakai helmet di tengah jalan raya yang sibuk dalam keadaan hujan lebat dengan kilat sabung menyabung.Peh!

Dalam erti kata lain : mencari nahas sendiri.

Kata ayah:

Jangan sesekali ambil risiko gadaikan nyawa. Kalau tayar meletup, macam mana? Ini soal nyawa bukan boleh bawak main-main. Kalau adik kat Palestin, tak apalah jugak! Kalau mati, mati syahid!

Pergh! Saya rasa seperti ditempeleng berkali-kali dengan Hikmat Jurus Angin Kencang Peringkat Ke Lapan. Aduh!

Tapi, apa yang ayah cakap itu memang sangat betul. Jika di Palestin, mati itu satu perkara mulia, kerana mereka berjihad menentang Israel, dan mati mereka itu adalah dikira mati syahid.

Tetapi kalau di Malaysia, mati atas kecuaian sendiri, itu mati katak namanya.

[notakaki: saya hairan kenapa mati dalam keadaan sia-sia dipanggil sebagai ‘mati katak’? adakah katak seekor haiwan yang langsung tiada bernilai sehingga kematiannya juga langsung tak dipeduli? apakah bezanya mati seekor katak dengan matinya seekor kucing atau anjing atau ayam atau gajah atau zirafah atau belalang atau ulat bulu atau platipus atau tapir atau binatang-binatang lainnya? ini adalah diskriminasi! eh tiba-tiba bersemangat pulak memperjuangkan hak asasi kaum katak ini! :P ]

 
3 Comments

Posted by on June 8, 2010 in Bebelan saya, famili

 

3 responses to “tentang tayar dan katak

  1. temauan

    June 13, 2010 at 11:37 pm

    salam. kebetulan singgah. ingin pula memberi komen.
    aku ada hipotesis berkenaan pemilihan katak dalam simpulan bahasa itu.kalau kita tengok kucing atau anjing mati kena langgar di jalan, mesti kita kesian. tapi kalau katak yang kena lenyek, jarang kita dengar orang simpati. maka matinya sia-sia. oleh itu dipanggillah ia mati katak.

     
    • sUe

      June 15, 2010 at 11:25 am

      oooo…begitu ke…
      hurm, mungkin org tak berapa nak nampak katak yg dah kena lenyek tu. sbb faktor saiz. itu yg tak dapat simpati.
      tp kenapa tak panggil ‘mati siput babi?’ siput babi lagi lah kecik dan selalu kena lenyek dan lagi org tak berapa nak simpati. huhu.

      p.s: kalau simpulan bahasa tu ditukar kepada ‘mati siput babi’ tentu saya akan bertanya lagi ‘kenapa tak mati ulat gonggok?’ hehe. (ouh, saya memang manusia melecehkan…hehe.😀 )

       
  2. temauan

    June 17, 2010 at 9:48 am

    hehe…ini soalan tahap sarjana. nampaknya kenalah aku cari etimologi simpulan bahasa tu, barulah aku boleh jawab secara akademik.
    dan nanti perlu juga kita fikirkan binatang dalam simpulan bahasa lain macam kaki ayam (kenapa ayam?), alim kucing dan nyawa-nyawa ikan.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: