RSS

Inferensi

21 May

(Amaran: Ini hanyalah inferens sendiri tanpa sokongan dari mana-mana statistik kukuh atau fakta sahih. Pendek kata, ini hanyalah permerhatian daripada pengalaman sendiri semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia)

Saya jarang mengklasifikasikan orang mengikut negeri asalnya. Maksud saya, jika orang asyik mengatakan orang negeri itu atau negeri ini kebanyakan perangainya begitu dan begini, payah saya mahu percaya. Sebab pendapat saya, segala-galanya adalah terpulang kepada individu itu sendiri. Bagaimana didikan dia dari rumah. Bagaimana latar belakang keluarga dia. Tiada kena mengena dengan negeri tempat asal dia.

Contoh, jika orang kata, lelaki-lelaki di sebuah negeri ini semuanya kachak-kachak, dan cewek-cewek nya ganteng2 belaka. Bila tanya “eh, mamat tu orang mana?oooo…orang negeri dot dot dot rupanya. patutlah hensemmmm…..” Saya selalu berpendapat, rupa paras tak ada kena mengena dengan negeri. Mungkin faktor genetik, atau faktor keturunan misalnya, atau darah campuran dan macam-macam lagi. Lainlah kalau kau duduk luar negara yang mungkin klimate berbeza, tapi still,masih juga ada mat saleh yang tak berapa nak kachak tapi okla, sebab ciptaan Tuhan kan…jadi siapalah saya untuk menghina?

Atau ada negeri lain yang seorang makcik pernah kata “mummy tak suka boboy kawin dengan perempuan tu, sebab anak dara dari negeri tu selalunya pemalas.” (tentu sekali ini kisah benar yang watak asalnya telah di’mummy’kan – eh bukan dimumiakan ya? – dan di’boboy’kan oleh saya).

Kemudian tiba-tiba saya ada kawan yang memang penduduk sejati, ibu bapa lahir negeri itu dan dia sendiri lahir negeri itu, rajin nya – ya ampun – tahap kerengga punya rajin. Pantang berdebu berhabuk sikit, pasti disapu. Ligat ke sana ke mari, mengemas itu ini, membuat kerja-kerja rumah, dan sebagainya. Jadi, sekali lagi, ternyata faktor geografi langsung tiada peranan dalam menentukan nilai kerajinan seseorang.

Atau ada negeri antah berantah lain yang orang kata penduduknya kasar-kasar belaka. Bergurau pun boleh keluar segala mak nenek carutan dan makian. Tapi, saya tengok kawan saya itu, sopan santun baik berbudi pekerti sahaja walau dia asal orang itu. Dan ada orang lain yang kasar dalam berbahasa tetapi bukan negeri itu, tetapi negeri lain pula.

Jadi, sekali lagi, saya langsung tidak percaya sesebuah tempat mempengaruhi perangai atau sikap penduduknya.

Sehinggalah saya tercampak ke Taiping.

Saya mula berfikir semula akan kepercayaan saya selama ini. Sejak bulan September 09 sehinggalah sekarang, setelah membuat beberapa penilaian, dan pemerhatian dan atas pengalaman sendiri, saya mengklasifikasikan bahawa orang Taiping adalah pemandu paling penyayang dan berbudi bahasa di jalan raya.

Maksud saya bukanlah Taiping ini daerah yang bebas daripada masalah mat rempit atau samseng jalanan (sebab dua puak ini memang sentiasa ada tak kira negeri mana pun anda berada), tetapi dari segi sikap pemandu-pemandunya yang saya lihat lebih penyabar, pengasih dan penyayang dari biasa.

Antara pengalaman saya adalah:

  • setiap kali saya mahu mencelah atau masuk ke simpang yang trafiknya bertali arus, pasti ada sebuah kereta yang pemandunya sungguh baik hati untuk memberi laluan. sudahlah bagi laluan, siap angkat tangan dan senyum lagi. alahai, kembang setaman rasanya dalam hati. tidak kiralah siapa pemandunya, lelaki, wanita, orang tua, pakcik, makcik, melayu, india, cina, rakyat 1 Malaysia, memang selalu akan buat begitu. dan secara tak langsung, hati pun senang saja nak memandu. betullah orang kata “sometimes you’ll be amazed how a complete stranger can make your day.”

 

  • pernah sekali, saya terlambat di lampu isyarat kerana sedang leka membersihkan sos yang tertumpah di baju – ya, antara kemahiran tersembunyi saya – selain ber’sms’ dan bertelefon ketika memandu adalah makan colonel burger dan ayam goreng kfc siap dengan sos bagai sambil memandu sebab orang kata “tak baik tahan lapar, nanti perut masuk angin”. sekian. – oh, berbalik kepada cerita tadi, adalah dalam 30 saat saya terlambat di lampu isyarat , padahal lampu dah hijau tapi tak sedar. dan amazingly, tiada kereta pun yang membunyikan hon. mereka dengan sabar menunggu saya membersihkan baju, mengelap mulut dengan tisu, mengunyah burger, lepas itu baru tersedar “eh dah hijau rupanya!” dan kemudian, menonong saja memandu tanpa perasaan bersalah.

 

  • dan pernah sekali, ada seorang mamat tak sedar diri mana entah, yang parking betul-betul di tengah jalan sambil elok sahaja menghembus asap rokok sambil menunggu awek atau kakak atau adik atau makcik atau ibu atau neneknya keluar dari kedai cermin mata. ketika itu, kereta saya betul-betul di belakang kereta mamat itu. mula-mula saya sangka, kereta rosak ke apa..tapi bila tengok dia relek hisap rokok macam tak ada benda, mula lah saya hangin satu badan. terkial-kial lah saya ke tepi dan terus, saya membunyikan hon sekuat hati. mamat tolol itu masih tetap buat ‘lembu kenyang’ sambil hisap rokok. dan amazingly sekali lagi, bila saya toleh ke belakang, kereta-kereta lain, yang lebih besar dan tak boleh nak ke tepi seperti kereta saya, hanya diam membatu membisu seribu bahasa, tanpa membunyikan hon, dan dengan sabarnya beratur panjang menunggu awek atau kakak atau adik atau makcik atau ibu atau nenek mamat itu selesai membeli-belah dan keluar dari situ. penyabar gila khinzir kan?

 

  • dan seorang kawan saya, orang jati Taiping, ketika keluar dengannya, entah kenapa ada kereta yang berhenti betul-betul di tengah jalan. Di dalam kereta itu ada dua orang, lelaki dan perempuan. Lalu saya pun menyuruh kawan saya itu membunyikan hon. “Eh, bunyilah hon. Suruh diorang jalan”. Tapi, kawan saya itu, berkata “Tak payahlah bunyi hon…mana tahu kereta tu mati enjin ke…apa ke….” Dan dia pun bersabar menunggu – lepas itu beliau ke tepi dan memotong kereta tersebut – yang saya tengok kedua-dua mamat dan minah itu berada dalam keadaan mencurigakan. Membuatkan saya terfikir “kot iya pun nak buat projek, janganlah duduk kat tengah2 jalan. Buduh.”.

 

oh, dan banyak lagi lah insiden-insiden lain yang menggambarkan betapa penyabarnya pemandu di Taiping. Jadi, jika selalu orang kata, kalau nak lihat tahap kebersihan seseorang, cuba tengok tandasnya. Maka, kalau nak lihat tahap kesabaran seseorang, cuba tengok pada cara pemanduannya.

atau sama ada mereka yang terlebih penyabar, atau saya yang memang dah tak boleh nak bersabar dalam memandu. entah.

Tapi, apa-apa pun, kesimpulannya di sini, nak cari jodoh, carilah orang Taiping.

Sekian, promosi dan publisiti percuma untuk Taiping, bandar bersejarah.

 
5 Comments

Posted by on May 21, 2010 in Manusia, Saja Mengada

 

5 responses to “Inferensi

  1. Anonymous

    May 21, 2010 at 4:29 am

    jadi
    kalau nak tengok tahap kelahapan seseorang
    perlu ke kita melihat cara pemakanannya?
    hehe

     
    • sUe

      June 15, 2010 at 11:15 am

      ya, lebih kurang lah.:mrgreen:

       
  2. ainunlmuaiyanah

    June 8, 2010 at 12:48 pm

    Saya pernah berada di taiping. tAiping itu seumpama bandar yang tidur. Klasik. Saya suka bila bangun oagi dengar deru keretapi dan berjalan di antara bangunan lama.
    🙂

     
    • sUe

      June 15, 2010 at 11:17 am

      haha…betul222…taiping memang bandar klasik.
      pertama kali saya datang sini, terkejut sebab bangunan2 zaman penjajah dulu masih ada.
      dan tak byk bangunan tinggi2 di sini. dan jalannya, sesat macam mana pun mesti akan jumpa balik destinasi yg nak dituju…sebab byk ‘jalan tikus’…sangat sesuai utk org yg selalu tak igt jalan mcm saya…🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: