RSS

ini pengalaman pertama.

03 Apr

Pakcik itu jatuh bergolek-golek. Bunyi motosikalnya yang tumbang seperti dentuman besi di atas jalan.  Roda berputar. Spontan, saya menekan brek kereta. Tangan menggigil di stereng. Setiap molekul darah seperti disedut keluar dari tubuh. Muka menjadi pucat lesi dan air mata mula hangat menyerbu di pelupuk mata.

Ini pengalaman pertama. Sepanjang berkecimpung dalam dunia pemanduan kereta, ini kali pertama saya melanggar benda hidup. Sebelum ini tidak pernah, hatta kucing yang sudah menjadi bangkai di jalanraya pun akan saya elak. 

Yang pernah terjadi, hanyalah orang lain yang melanggar saya. Not the other way around. Itu pun saya tidak ada luka, tiada  segaris calar atau bengkak teruk, hanya bumper kereta yang remuk.

Tetapi, kereta dan motosikal tidak sama. Kau langgar orang dalam kereta, kalau perlahan, orang tak luka, tetapi kereta saja yang cedera. Tapi kalau kau langgar orang yang sedang menunggang motosikal, walau perlahan, tetap juga dia akan tergolek-golek di jalan raya, dan busuk-busuk pun pasti ada luka lebam di mana-mana.

“Maaf pakcik, maaf pakcik, maaf pakcik…” itu saja yang mampu saya zikirkan. Apa lagi yang mahu dikata? Memang salah saya. Saya yang cuai. Saya yang lalai. Saya yang tidak berhati-hati.

Mujur, saya punya telinga yang luas dan lebar bak telinga kuali yang mampu menadah setiap amarah dan amukan pakcik itu. Mujurlah kulit muka ini setebal sepuluh inci, mampu menahan rasa malu diperhatikan orang yang lalu lalang, melihat seorang perempuan sedang dimaki oleh seorang pakcik tua.

Cederanya tidak parah, cuma bengkak, lebam-lebam dan sedikit luka-luka. Tetapi, tetap namanya ‘cedera’. Tetap juga saya bertanggungjawab kepada setiap kesusahannya akibat kecederaan itu. Tetap juga saya yang harus dipersalah apabila dia tidak mampu duduk tahiyat akhir ketika solat kerana kaki yang membengkak teruk.  Tetap juga saya yang harus ditudingkan jari apabila dia terpaksa berjalan terhenjut-henjut untuk beberapa bulan ini.

Petang itu, saya berkunjung melawat pakcik itu di tempat kerjanya. Mujur, dia menyambut dengan ramah mesra. Betullah orang kata, manusia yang cepat marah ini, cepat saja sejuknya. Berbanding manusia yang dipendam-pendam marahnya, pasti lambat reda.

Selepas satu jam, dan beberapa helai Ringgit Malaysia untuk membayar bil membaiki motosikal dan bil rawatan, segala urusan pun selesai. Syukur Tuhan mudahkan segala-galanya.

Ini pengalaman pertama yang saya harap tidak akan berulang lagi, sampai bila-bila.

notakaki: saya tertanya-tanya, kalau baru langgar orang yang cedera ringan pun sudah menggigil satu badan, bagaimana agaknya mereka yang melanggar orang sampai cedera parah, lumpuh seumur hidup, or worse, sampai melayang nyawa, disebabkan kecuaiannya sendiri. pasti seumur hidup rasa bersalah itu akan menghantui dan pasti rasa sesal itu akan membelenggu sampai mati. kalau langsung tidak rasa sesal atau bersalah, mungkin kau perlu periksa semula badan kau, sama ada kau masih punya sesuatu yang dinamakan HATI!.

 
8 Comments

Posted by on April 3, 2010 in Manusia, Pengalaman

 

8 responses to “ini pengalaman pertama.

  1. kay-N

    April 3, 2010 at 11:43 am

    woooo kesah benar ke ni???scary2..isk3..sebaik xde pe2..

     
    • sUe

      June 15, 2010 at 10:28 am

      yer kisah benar k-N.🙂

       
  2. ainunlmuaiyanah

    April 3, 2010 at 2:05 pm

    nasib baik tidak pernah melanggar orang. moga-moga dijauhkan. moga-moga🙂

     
    • sUe

      June 15, 2010 at 10:56 am

      ya,moga-moga awk takkan pernah accident..
      seorg kawan ada berkata “kalau sekali accident, mesti akan accident lagi lepas tu”.
      dan sungguh, dua minggu lps sy langgar pakcik itu, accident lagi dgn sorg mat motor. alahai…(T_T)

       
  3. chunk

    April 7, 2010 at 2:26 pm

    k sue!!kt pon penah melanggar pacik penunggang skuter..mengucap panjang lagi…fuh!!memang x sah kalo x eksiden..alhamdulillah xde pape🙂

     
    • sUe

      June 15, 2010 at 10:58 am

      sian pakcik2 yg bwk motor ni kan..dahlah tak brapa nak sihat dan kuat, kalau kena langgar, mesti mkn masa nak baik balik…huhu.
      apa-apa pun, syukur dua2 selamat. mari berdoa supaya tak accident dah pasni.🙂

       
  4. kabus

    April 15, 2010 at 2:31 pm

    oh. serius ngeri walaupun pakcik tu tak cedera teruk.
    kalau kes-kes yang parah. sampai koma ke, mungkin trauma.

    cuak pulak rasanya nak cuba untuk memandu balik.
    apapun, syukurlah pakcik dan tuan punya kereta selamat

    tapi, pengalaman itu mengajar erti hidup🙂

     
    • sUe

      June 15, 2010 at 11:03 am

      saya rasa kalau kes parah atau kes maut, mungkin takkan pegang stereng dah seumur hidup sbb sgt trauma.
      huhu…cik kabus kenapa berhenti memandu? ada pengalaman ngeri kah? *sibuk je bertanya*:mrgreen:

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: