RSS

satu pagi itu.

27 Mar

“Makcik, bagi nasi lemak satu ye?”

Makcik itu mengangguk, dengan senyum terukir di bibirnya. Gerai nasi lemak makcik dan suaminya itu memang sentiasa menjadi tempat persinggahan saya saban pagi. Nasi lemaknya memang menjadi sarapan pagi yang saya gemari.

Mereka berdua, suami isteri itu, memang tua benar. Mungkin sudah lingkungan 60-an atau 70-an. Tapi masih gigih  berdua, menjaja nasi lemak di tepi jalan.

” Makcik tu dah jual nasi lemak sejak Kak El kecik lagi.” tiba-tiba terngiang-ngiang suara Kak El dua minggu lalu, bermain di benak fikiran.

“Kesian Sue, diorang berdua tu…lebih 20 tahun jual nasi lemak. Anak-anak dah besar, dah berjaya kerja besar. Tapi duit tak pernah kirim pada mak ayah.” sambung Kak El lagi, ketika kami di dalam kereta untuk pulang ke rumah dua minggu lalu.

Saya melihat makcik dan pakcik itu. Gigih melayan pelanggan. Mencedok nasi, sambal, timun dan telur sebelum membungkusnya dengan surat khabar. Saya melihat sekeliling. Ada lebih kurang lima orang pelanggan lagi yang menunggu sebelum saya.

Jam tangan sudah menunjukkan pukul 8.25 pagi. Sedangkan waktu kerja saya bermula pukul 8.30 pagi. Hati mula digaru resah dan gelisah.

Mungkin kegelisahan itu disedari makcik tadi, yang cepat-cepat membungkuskan nasi lemak untuk saya.

“Maaf ye anak….lambat sikit nak bungkus ni…maklumlah, dah tua…”  katanya dengan tangan yang terketar-ketar, hasil  dua puluh tahun membungkus nasi lemak tanpa kenal erti jemu.

Saya pandang tangan tua yang berkedut seribu itu, dan tiba-tiba, entah kenapa, hati bagai dikeronyok pilu.

Malam itu saya menelefon ibu di rumah.

Hanya untuk mengatakan saya sayang ibu. Dan dia tidak perlu bekerja jika tidak mahu atau jika sudah bosan dan jemu. Saya dan kakak ada. Kami tak akan biarkan nasib ibu dan ayah seperti pakcik dan makcik tua itu.

Tak akan.

 
Leave a comment

Posted by on March 27, 2010 in Manusia, Pengalaman, Peribadi

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: