RSS

mencuci hati.

19 Mar

credit: saharil conteng

Saya sangat suka KESEMUA entri-entri di dalam blognya. Tetapi yang satu ini buat saya rasa seperti alamak-comelnya-mesti-kena-copy-dan-letak-dalam-blog-jugak-walau-macam-mana-pun! Ouh, dan tentu sekali selepas meminta izin beliau.

Mungkin kerana apa yang diilustrasikan itu merupakan antara fantasi dan keinginan paling dalam saya selama ini.

Sering sahaja saya berimajinasi, alangkah bagusnya jika dapat mengeluarkan hati sendiri, yang mungkin sudah hitam berkarat kotor berlumpur bersalut dosa. Dan mahu dibersihkan sebersih-bersihnya.

Dengan apa sahaja. Berus, peluntur, serbuk pencuci, clorox, mesin basuh, dan segala macam kaedah mencuci lain. Akan saya gonyoh hati saya itu dengan berus dawai supaya sekurang-kurangnya, jika tidak bersih suci semuanya pun, tetapi tidak segelap dan sebusuk sebelum itu  pun jadilah.

Tetapi, tentu sahaja itu mustahil. Saya tahu itu. Kerana itulah, ia hanya kekal sebagai fantasi sahaja.

 
Leave a comment

Posted by on March 19, 2010 in Peribadi

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: