RSS

monolog.

18 Mar

Jika Helen Keller yang buta dan pekak itu pun boleh mengatakan:

“Saya mendapati bahawa hidup ini sangat indah.”

Jadi, siapa kau untuk mengeluh tentang hidup kau??

Aku ulang sekali lagi.

Siapa KAU untuk mengeluh tentang hidup kau??

Kenapa ya kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada? Segala-galanya tidak pernah cukup. Segala-galanya membebankan. Segala-galanya menyusahkan.

Sampai bila mahu merungut tentang kasut buruk yang tak berganti, sedangkan ada orang lain di luar sana yang langsung tak punya kaki?

Sampai bila mahu mengeluh tentang soal kewangan, sedangkan ada orang lain di luar sana yang langsung tidak punya makanan?

Sampai bila mahu menyesal akan malang  yang bertimpa-timpa, sedangkan ada orang lain di luar sana yang diduga lebih hebat, lebih kuat, tapi masih mampu tersenyum penuh redha?

Bersyukurlah.

Sekurang-kurangnya kau masih mampu dan cukup untuk membeli makanan dan pakaian.

Bersyukurlah.

Sekurang-kurangnya kau masih punya anggota badan lengkap untuk memerah kudrat mencari rezeki.

Bersyukurlah.

Sekurang-kurangnya kau tidak ditimpa penyakit merbahaya dan masih sihat Alhamdulillah, sampai hari ini.

Sanggupkah kau tukar apa yang kau ada sekarang dengan wang ringgit berjuta?

Jika ada yang mahu membayar satu billion dolar, sebagai ganti sebelah tangan kau, kau mahu?

Jika ada yang akan beri berbillion dolar, tetapi nyawa ibu, ayah atau keluarga sebagai galang ganti, kau mahu?

Jika ada yang akan masukkan puluh puluh juta tunai ke dalam akaun bank demi membeli sebelah biji mata kau, kau mahu?

Segenap kekayaan dan kemewahan di dunia ini tidak akan mampu membayar untuk ‘harta’ yang kau ada sekarang. Kau sebenarnya sudah teramat-amat mewah dan kaya.

Bersyukurlah. Bersyukurlah.

Terima kasih Tuhan, untuk sebuah keluarga yang sempurna, untuk segala deria yang lengkap semua, untuk semua anggota badan yang tiada cacat cela, untuk segala nafas dan udara yang dihela, untuk segala-galanya.

Duga ini tidak seberapa, berbanding segala nikmat yang telah Kau kurnia.

Terima kasih Tuhan.

 
Leave a comment

Posted by on March 18, 2010 in Peribadi, Refleksi

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: