RSS

aku kaum hawa yang memang rapuh hatinya – kata CT Nurhaliza.

13 Mar

Wanita dan kanak-kanak adalah termasuk dalam kategori makhluk yang lemah.

Itu fakta.

Kerana itu lah wanita dan kanak-kanak merupakan golongan yang pertama dimasukkan ke dalam bot penyelamat ketika kapal mewah Titanic terbelah dua dan hampir tenggelam ke dasar samudera. (walau pun begitu, masih lagi ada masa untuk bahagi ikut kelas. ingat ya kawan-kawan, kelas dan kasta adalah sangat tidak relevan ketika waktu kecemasan. semua orang mempunyai hak untuk hidup. sekian khidmat pesanan masyarakat)

Kerana itulah juga, wanita dan kanak-kanak tidak dipakaikan topi dan perisai besi  untuk bertempur dengan  tentera Sauron yang semakin  menghampiri Minas Tirith, ibu kota Gondor.  (ok, ada pengaruh LOTR sedikit di sini)

Kerana itulah juga, tidak ada golongan wanita dan kanak-kanak yang wajib mendaftar untuk National Service di beberapa negara Asia seperti Korea dan Singapura.

Kerana wanita dan kanak-kanak merupakan golongan lemah yang patut dikasihani dan dilindungi.

Maka oleh sebab itu, jika terlihat kelibat saya yang mungkin agak lambat membawa kereta atau teragak-agak mahu membelok di simpang, sila lah jangan membunyikan hon sesuka hati.

Kerana saya adalah wanita yang lemah, dan wajar dilindungi dan dikasih(an)i.

Sekian entri untuk hari ini.

 Kita bertemu lagi di lain hari. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

Zassss!!

 
2 Comments

Posted by on March 13, 2010 in Bebelan saya, Saja Mengada

 

2 responses to “aku kaum hawa yang memang rapuh hatinya – kata CT Nurhaliza.

  1. hatikiara

    March 14, 2010 at 11:54 am

    kak sue…kite gelak sakan bc entri ni.hahahha..maksud tersirat die, jgnla hon sy sesuka hati.btol x?

    yup. wanita mmg rapuh hati nye,
    hati kak sue da terubat ke belum?

     
    • sUe

      March 22, 2010 at 2:57 pm

      yer betul! memang itulah maksud tersiratnya…
      pandai sungguh anak sapolah ni…hehe!😉

      ouh, hati kak su dah terubat.
      ubat sendiri2 saja.
      dah malas nak tunggu org ubatkan.
      kata Fadzillah Kamsah “buat apa memilih utk bersedih bila anda boleh memilih utk ceria?”
      the choice is yours. cewah!
      (ceh, dah mcm entri motivasi plak):mrgreen:

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: