RSS

ini entri untuk yang cukup umur. adik2 belum cukup umur, pegi main playstation jauh2 ok?

24 Feb

*ehem-ehem!*

ok…

disebabkan saya masih belum berkahwin dan memang tidak pernah berpengalaman mendirikan rumah tangga, jadi saya memang tidak dapat meletakkan diri supaya se’aliran’ atau se’gelombang’ pemikiran dengan mereka-mereka yang sudah berumah tangga.

oleh yang demikian, saya ingin bertanya, kepada kamu atau kamu atau kamu di luar sana, yang sudah pun menyempurnakan separuh agama kamu:

adakah normal untuk kamu membicarakan hal-hal dalam kelambu atau dalam kain pelikat suami kamu atau dalam kain batik isteri kamu kepada teman-teman kamu?

maksud saya, hal-hal seperti hubungan intim suami isteri, atau petua-petua errrr…menguatkan tenaga batin, atau apa-apa saja lah yang sewaktu dengannya.

memang normal kah untuk kalian berbicara seterbuka itu?

ini adalah kerana baru-baru ini saya telah melalui beberapa pengalaman yang membuatkan saya tertanya-tanya:

“orang yang sudah kahwin memang beginikah?”

pengalaman pertama:

seorang teman mempromosikan jamu kacip fatimah atau manjakani atau apa entah tak pasti kepada teman-teman perempuan yang lain. bersungguh-sungguh beliau mempromosi. sehingga beliau berkata “ouh ini bagus. suami ai cakap sejak ai pakai ni hebat performance ai…bla bla bla”

terkedu saya yang terdengar. memang ‘ter’dengar kerana mereka berkumpul di depan tempat saya. entah kenapa, tiba-tiba darah seperti menyerbu-nyerbu naik ke muka. ouh,malunya! cepat-cepat saya mengambil earphone dan terus disumbat ke telinga.

yang hairannya, teman-teman lain begitu bersungguh-sungguh mendengar sambil mengangguk-angguk serius seolah-olah tidak rasa apa-apa. jadi, saya berpendapat, saya kot yang melebih-lebih malu. orang lain relek selamba dok saja. mungkin mereka mendengar dari sudut ilmiah agaknya.

pengalaman kedua:

seorang jurutera muda yang baru melangsungkan rumah tangga tiba-tiba bercerita kepada saya tentang ‘kelangkang’nya yang sakit dijangkiti kuman.

huh?! apa neraka kah?

puncanya, kerana saya bertanya beliau kenapa pergi ke klinik, dan beliau menjawab ‘kelangkang sakit kena kuman’ . kemudian beliau bercerita secara detail lagi terperinci bagaimana puncanya dan kaedah rawatan yang diberi doktor terhadapnya.

dengan penuh serius dan bersahaja.

dan saya yang mendengar hanya mampu menepuk dahi dan menggeleng2 kepala sambil berkata “yang itu tak payah lah cerita abang dol oiii…”

haiyoh~

pengalaman ketiga:

saya bertanya kepada seorang teman perempuan “kamu dah kerja di penang, kenapa pindah sini pula?”

jawapannya membuatkan saya ternganga:

“kat sana ramai sangat orang dengki. sampai bomohkan suami saya. anu dia jadi bengkak membesar macam bola golf” katanya selamba.

owh.

*terkelu lidah tak tahu nak tanya apa dah*

nak dijadikan cerita, suaminya turut bekerja di tempat yang sama. setiap kali terserempak dengan beliau, tak pasal-pasal bayangan bola golf menerjah masuk ke minda saya.

hey, jangan salahkan saya. 

salahkan albert einstein. kerana beliau yang mengatakan “imaginasi adalah lebih penting daripada ilmu pengetahuan” huhu.

ok. nada serius.

perlu dinyatakan di sini, manusia2 yang diceritakan di atas, bukanlah kawan baik yang rapat terlampau dengan saya sehingga boleh berkongsi segala-galanya. mereka itu hanyalah kawan sepejabat, setakat ber’hai-hai-bai-bai’ saja. ada antaranya, saya baru kenal seminggu, tetapi sudah berbicara se’terbuka’ itu.

sekarang saya mahu tanya:

memang normalkah untuk orang yang sudah berkahwin berbicara se’terbuka’ itu?

dan kamu yang masih belum berumah tangga, pernahkah punya pengalaman seperti saya? jika ya, apa reaksi kamu?

 
17 Comments

Posted by on February 24, 2010 in Manusia, Pengalaman

 

17 responses to “ini entri untuk yang cukup umur. adik2 belum cukup umur, pegi main playstation jauh2 ok?

  1. Bearer of Good News

    February 24, 2010 at 3:32 pm

    agaknya lah. kawan aku yg baru kahwin pun tiba2 begitu open cakap pasal benda2 begini. dan terus-terang cakap, aku bosan dengan topik2 begini. sebab apa yang kita nak cakap, kan?

     
    • sUe

      March 22, 2010 at 12:56 pm

      kamu boleh ckp pasal tesis phd kamu.
      mesti turn diorg pulak yg ternganga…haha!😀
      tp setakat ini, among close friends, topik ini bkn topik kegemaran.
      yg sy hairan, teman sepejabat yg tak berapa rapat.
      selamba kodok je bercerita.
      heran sungguh beta!🙄

       
  2. saad

    February 24, 2010 at 5:09 pm

    cerita dalam kelambu sepatutnya disimpan baik2. hanya suami dan isteri sahaja patut tahu.. walaupun ceritanya sah2 memang best, apatah lagi yg baru berkahwin, biarlah jgn dikongsi dgn orang lain.

     
    • sUe

      March 22, 2010 at 2:16 pm

      ya betul!
      itulah yg sepatutnya.🙂

       
  3. aTiQah

    February 24, 2010 at 10:30 pm

    Saya rasa memang macam tu la. Sebab kat mana-mana tempat kerja saya pegi pun, orang yang dah nikah ni memang akan dengan selambanya cerita bab macam tu. Termerah-sipu la kita yang mendengar ni.😛

     
    • sUe

      March 22, 2010 at 2:27 pm

      ouh memang camtu lah kan?
      kita yg tak pernah mengalami ni jadi segan pulak bila mendgr…
      mungkin bagi diorg benda tu dah jadi biasa…
      tp kot iya pun, tengok2la jugak…
      kalo ada org bujang kat situ, tak payahla nak cerita…
      hish!

       
  4. tuan tanah

    February 25, 2010 at 2:58 am

    Memang normal.

    Tapi so far kawan saya tak adalah yang cerita secara detail, cakap secara general saja.

    Lagipun kalau berkumpul dengan orang kawen ni saya jarang tanya pasal rumahtangga dia, saya tanya gosip kawan-kawan, atau pasal anak mereka (benda ni memang topik paling disukai oleh para ibu).

    Tapi, mungkin sebab kawan-kawan saya yang kawen itu pun duduk di sini, jadi terselamat daripada tempias norma orang Malaya yang biasa mencanang cerita dalam kain. Mungkin kawan-kawan yang tinggal di Malaya lain pula kot.

     
    • sUe

      March 22, 2010 at 2:31 pm

      Di Malaysia, sy tgk yg lelaki ni, kalau cerita bab itu, wah, suka bukan main!
      (no offense, tapi ini mengikut pengalaman sendiri)
      Dan kdg2, benda dalam kain lah yg jadi bahan gurauan diorg.
      Tambah2 kalo ada kwn2 nak kahwin, mmg habisla dia kena usik.
      Sampai merah2 muka jugak lah kwn tu…~duh!

       
  5. tuan tanah

    February 25, 2010 at 3:42 am

    Tambah sikit lagi.

    Terus terang, tak taulah, tapi ini yang saya dapati (agaknya sebab dah lama tak bercampur dengan orang Malaya di Malaya), orang Malaya di Malaya memang lain macam sikit, macam terbuka berlebih-lebihan pula.

    Saya pernah ucap selamat pengantin baru kepada seorang kawan lelaki di wall Facebook dia, tak semena-mena ada pula kawan-kawan lelaki lain datang masuk beri komen sekali sampai dah sipi-sipi nak masuk ke bab-bab bilik tidur. Hello, di wall Facebook pula tu!

     
  6. f9

    February 25, 2010 at 10:31 am

    kalo bab2 mcm ni cepat je ramai je nak komen hihi
    Islam pun larang hal2 macam ni
    slalu org cite pun among yg dah kawin je nak tanye pendapat
    tapi hati2 le takut kena cop sexual harrass lak susah

     
    • sUe

      March 22, 2010 at 2:36 pm

      yes, memang Islam pun larang cerita dalam kelambu.
      benda2 mcm itu lebih molek disimpan suami isteri shj.
      but kalo nak cerita pun, biarla among yg dah kawin.
      utk tujuan ilmiah misalnya…
      tak perlulah nak include kitorg yg tak kawin lagi nih…
      termanggu-manggu la kami… huhu!

       
  7. miszinz

    February 26, 2010 at 1:49 pm

    haha.

    *gelak guling2*

    kak sue nak tau? mase sy praktikal kat Kerteh dulu..mase morning meeting (which was supposed to be like short tazkirah) dorang selamber jek gurau2 bende mcm ni.

    Maybe agak berlapik sikit. but then, hello?~ ade 3 orang trainee bwh umur kat sini…~ sigh.

    ktorg yang tersipu-sipu segan kat ctu. Apeda….

    Honestly, pemikiran mcm ni lahir disebabkan cara kita berfikir itu sendiri. How u portray the marriage itself.

    Sebahagian daripada ibadah?
    Nikmat dunia?
    Satu tanggungjawab penting?
    Sekadar melengkapi hidup mengikut norma2 manusia biasa?

    jadi daripada sini, kita dah boleh agak kan macam mana orang tu based on cara die berfikir tentang sesuatu perkara..

    ngehhh….

    *sori komen tak menjawab entri*
    😛

    -nabila-

     
    • sUe

      March 22, 2010 at 2:40 pm

      it’s ok. kak su suka komen ni.
      bila nabila ckp mcm tu, baru kak su pun terfikir.
      drpd cara diorg gurau2 psl benda ni, menunjukkan like u said – how they portray the marriage itself.

      hurmmmm….*berfikir panjang sambil garu2 dagu*

       
  8. CAHAYA MATA

    March 1, 2010 at 11:37 am

    hehehehe.. senyum2 sendiri baca entrie ni..

    SAYA pernah tanya perkara ni direct pd sorang member yg dh kahwin dan ada anak 2 org.. dia jawab :

    “saje citer dpn ko..supaya ko rasa cepat skit nak kahwin…”

    apa neraka kah..??? (pinjam ayat awak)

    so, memang lah diaorag suka dan sengaja citer perkara tu depan kita.. sama ada utk menunjuk2 atau utk memujuk2.. hahaha..

    cik sue, SILA LAH KAHWIN CEPAT..🙂
    (tiba-tiba je ekk..)

     
    • sUe

      March 22, 2010 at 2:47 pm

      hahaha!!
      boleh pulak nak menunjuk atau memujuk yee…😀
      ehhh… saya tak boleh kawin lagi sbb belum ada calon yg seswai di hati… (ceh ceh!ayat sungguh tak boleh blah!)
      saya tunggu kad jemputan dari awk dulu lah yeee?😉

       
  9. N2kU

    March 17, 2010 at 2:45 am

    iya..mungkin sbb nilah sya kwn dgn orng yg dh kahwin~

     
    • sUe

      March 22, 2010 at 2:58 pm

      ouh, ok….utk persediaan mungkin?

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: