RSS

Fiksi separuh.

22 Feb

Malam itu bulan bersinar indah. Bintang bertaburan di dada langit seperti berlian- berlian yang berkilauan. Di taman tasik itu, sebuah pancuran air dengan lampu berwarna hijau dinyalakan di bawahnya. Begitu cantik dan mempesona.

Sesekali dia membetulkan tudungnya yang meliuk-liuk ditiup angin malam. Tudung merah hati itu dipadankan dengan t-shirt lengan panjang berwarna peach dan jeans biru gelap serta kasut tumit rendah rona beige, salah satu rona kegemarannya. Sedikit minyak wangi tiruan yang dibeli di pasar malam berjenama Jadore dipalit di bahagian nadi tangan, leher, dan belakang telinga. Harum tetapi tidak terlalu menusuk hidung. Dan malam itu, seperti hari-hari sebelumnya, dia tidak mengenakan sebarang make-up. Sesungguhnya, dia bukanlah wanita yang bijak dalam hal mewarna dan menata wajah.

Malam itu, malam Tahun Baru Cina. Ramai manusia yang mengunjungi taman tasik itu, baik dengan keluarga, atau kekasih hati, atau sekadar bersendiri melayani sepi.

Dia merenung ke langit malam. Gelap. Mujur ada bintang-bintang bergemelapan. Seperti sehelai kain hitam yang ditabur manik perada perak. Indah dan menyerlah.

“Cantik kan langit malam ini?” Lelaki di sebelahnya bersuara.

“Hmmm….” Dia mengangguk, antara acuh tak acuh. Masih leka melihat bintang-bintang.

“Masa kecil, saya sangkakan bintang-bintang itu sejenis serangga tau? Macam kelip-kelip yang bercahaya tu. Cuma serangga bintang tu sangat jauh, tak boleh terbang, statik tak bergerak dan cuma mampu tergantung di langit.Mengarut kan?” kata lelaki itu lagi, sambil ketawa kecil. Mungkin mengenangkan kenaifan pemikiran kanak-kanaknya suatu waktu dulu.

Dia berpaling ke arah lelaki itu. Cuba menyeluruhi wajah lelaki itu, yang sedang leka merenung langit malam. Seolah-olah cuba mencari apa yang ada kepada lelaki itu sehingga dia bersedia untuk cuba bercinta semula. Dia melihat pada cermin mata bingkai hitam yang terletak pada hidung mancungnya. Dia meneliti pula segenap inci muka lelaki itu.

Ya, kening nya. Kening lelaki itu begitu sempurna. Hitam, lebat dan terbentuk.  Pandangannya beralih pula ke atas bibir dan bawah dagunya. Sudah ada bulu-bulu halus misai dan janggut akibat tidak dicukur beberapa hari. Seperti watak Tom Hanks dalam filem Cast Away, apabila terdampar di pulau asing beberapa hari, janggut dan misai halus mula tumbuh tak terurus.

Tiba-tiba dia teringatkan ayahnya. Ayahnya dahulu juga mempunyai misai dan janggut begitu, akibat dibiar tak bercukur. Dan dia, yang masih kecil, akan memanjat duduk di ribaan ayah yang sedang membuat kerja, sekadar mahu bermanja dan mengada-ngada. Dan ayah, akan mengusiknya dengan mencium pipinya sambil menggesel-gesel misai dan janggutnya ke pipi anak perempuannya itu. Bulu-bulu pendek tetapi tajam itu membuatkan dia seperti digeletek, dan dia mula mengekek ketawa. Geli.

 *eh, malasla pulak. nantilah sambung balik*:mrgreen:

 
2 Comments

Posted by on February 22, 2010 in bahasa, Peribadi, Saja Mengada

 

2 responses to “Fiksi separuh.

  1. nuna

    February 24, 2010 at 1:59 am

    alaaa kak su~
    nk lagi~ nk lagi~ hihi😛

     
    • sUe

      March 22, 2010 at 12:54 pm

      Haha…kalau rajin kak sue sambung, ok?😉
      (tapi, macam lambat lagi je nampak gayanya…hehe😛 )

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: