RSS

shitty first drafts.

18 Feb

satu.

saya mengalami writer’s block tahap kritikal. seminggu tidak menulis apa-apa membuatkan saya terlupa bagaimana  untuk bermain dengan aksara dan menari dengan lenggok bahasa.

saya telah menjadi manusia yang super duper dungu sejak seminggu dua ini.

dua.

tetapi,

walaupun tidak tahu apa yang perlu ditulis, saya tetap juga mahu menulis. Ini kerana saya terbaca di satu laman internet bahawa untuk mengatasi writer’s block adalah dengan menulis dan menulis tidak kira betapa buruk, huduh atau buduh nya penulisan kamu.

“I don’t have anything to write, but I’m going to write ANYWAY.”

tiga.

 “gejala writer’s block terjadi bukan kerana kamu tidak boleh menulis, tetapi adalah kerana kamu khuatir tidak boleh menulis DENGAN BAIK!”

itu adalah kata-kata Steve Chandler di dalam bukunya 100 Ways to Motivate Yourself. oleh itu, tidak perlu merisaukan diri untuk menulis dengan baik. terus sahaja menulis dan menulis sehingga akhirnya motivasi itu datang sendiri. (ayat perangsang kepada diri sendiri)

empat.

novelis Anne Lamott mempunyai satu chapter di dalam bukunya, Bird By Bird yang bertajuk “Shitty First Drafts”.

ini kerana beliau tahu bahawa, kunci kepada penulisan adalah dengan terus menulis, apa sahaja, walau penulisan itu adalah yang terburuk pernah kamu hasilkan, tidak mengapa.

janji kamu menulis.

“you need to start somewhere. start by getting something – anything – down on paper” kata beliau.

lima.

en saad mencadangkan agar saya menulis tentang ex-boipren dan boipren semasa. baiklah, saya cuba mengikuti cadangan beliau.

tentang ex-boipren:

err…err…entah. tak tahu. bak kata pantun sri mersing, “barang yang lepas jangan dikenang. sudah menjadi hak yang lain.” *pintal-pintal baju sambil kesat air mata*

tentang boipren semasa:

err…err…entah. tak tahu juga. bak kata siti nurhaliza “biarlah rahsia” *ceh,loya la pulak beta*

enam.

saya baru tahu bahawa ‘majlis berinai’ itu tidak ada kena mengena langsung dengan inai atau kaum kerabat inai. selama ini saya bayangkan, majlis berinai bermaksud, pengantin perempuan akan dipakaikan inai oleh saudara mara dalam satu majlis rasmi.

rupa-rupanya, majlis berinai sama seperti majlis kenduri kahwin biasa. ada pengantin lelaki dan perempuan. ada bersanding atas pelamin. ada tepung tawar. ada kenduri makan-makan.

cuma, bezanya majlis berinai dilakukan pada waktu malam.

sampai sekarang, saya tertanya-tanya, apa motif sebenar diadakan majlis berinai ini? tidak bolehkah ditunggu saja sampai hari esok? sebab kenduri kahwin cuma keesokkan hari sahaja? tak penat kah kena buat dua kenduri untuk dua hari? *sambil membayangkan periuk belanga yang perlu dibasuh dan dicuci – ouh, mesti banyak*

entah.

tujuh.

untuk kali ke seratus lapan puluh tiga perpuluhan duanya, saya ingin memberitahu di sini bahawa saya tidak mempunyai akaun mukabuku (baca: facebook)

janganlah ditanya kenapa, kerana saya juga tidak tahu kenapa. tunggulah, apabila saya sudah mendapat ilham hidayah atau pencahayaan agung untuk mendaftar, maka saya akan mendaftar.

ironinya, saya pernah membantu seorang rakan mendaftar akaun mukabuku beliau. seminggu selepas itu, beliau telah bertransformasi daripada seorang yang tidak tahu komputer kepada seorang petani, penternak ketam dan pengurus restoran yang berjaya di dalam dunia virtual facebook.

syabas untuk beliau.

ok. cukuplah tujuh  poin. janji kau tulis saja apa-apa pun. supaya kemarau minda tak berpanjangan. sepertimana kemarau yang melanda negara. (eh, di perlis sampai 36 darjah celcius tuh…gilak arh!)😯

baiklah, saya sudah kekeringan idea dan kekontangan kata-kata. mahu tidur dulu.

selamat malam.

 
4 Comments

Posted by on February 18, 2010 in bahasa, Bebelan saya, Saja Mengada

 

4 responses to “shitty first drafts.

  1. CAHAYA MATA

    February 18, 2010 at 11:03 am

    hehehe.. yer cik sue.. tulis lagi.. lagiiiii… dan lagiiiiii… SAYA suka baca apa pun yg awak tulis, walaupun dalam entrie KOSONG, awak cuma tulis satu soalan.. menarik..🙂

    nak kongsi sket..

    setahu SAYA ada majlis berinai kecil, ada majlis berinai besar.. x tahu apa beza.. tp rasanya kalo buat makan besar2 dan ramai2 tu kira majlis berinai besar la.. (agaknya..)

    arwah nenek kata, majlis berinai ni kalau dulu2 memang majlis utk menginaikan pengantin perempuan.. pengantin lelaki x ade.. lepas nikah, pengantin lelaki balik.. pengantin perempuan akan dirai bagai tuan puteri.. dipakaikn emas, intan, zamrud mahupun suasa sahaja.. dipakaikn juga baju yg cantik2.. tujuannya menaik kan seri pengantin supaya bila majlis bersanding keesokkan hari pengantin akan nampak cantik lagi berseri-seri…🙂

    cuma zaman skrng, dh diubah skit.. pengantin lelaki x nak balik plak lepas dinikahkan..hahaha.. jd pengantin lelaki dan perempuan disandingkn terus la malam tu lepas nikah.. bahan2 utk menepung tawar patutnya ada inai sekali.. colet skit kt tapak tangan pengantin.. tp zaman sekarang, majlis berinai dah lebih pd majlis bergambar sakan.. hehehehe..

    well, zaman dah maju.. dunia dah berubah..

    p/s : cik Sue nak buat majlis berinai jugak yer.. bila..? hehehe..

     
    • sUe

      March 22, 2010 at 12:42 pm

      ouh begitu. very nice info. thanx!🙂
      tapi, personally, saya rasa majlis berinai agak membazir.
      especially berinai besar. sebab esoknya, nak ada kenduri dan makan-makan lagi.
      tak perlu nak bersusah payah sampai dua hari berturut2.
      mungkin kerana saya memang begini. tak suka protokol. tak suka terlalu mengikut adat.
      kalau boleh nak yang wajib sahaja. bersanding pun tak mahu.😛
      eh,eh, bukan main planning pasal kahwin, calonnya pun tak ada lagi.
      huhu!😳

       
  2. CAHAYA MATA

    February 18, 2010 at 11:08 am

    tambah satu lagi..

    orang dulu2, pengantin perempuan pakai inai lepas dinikahkan.. tp zaman sekarang sebelum nikah lagi dh berinai sakan.. siap lukis corak2 flora lagi.. hehehehe… (Kan Dato’ Haron Din dah kata lukis2 kat tangan tu haram.. isyyhh…)

    emm.. rasanya nama “majlis berinai” tu dah patut ditukar.. sesuaikan dgn isi kandungan majlis, barulah org tak keliru.. : tukar pd nama “majlis bergambar atas pelamin” ke.. atau “majlis pra-bersanding”.. hehehe..

    adat dijunjung… budaya disanjung..
    tp biarlah AGAM diutamakan.. dan HUKUM di dahulukan..🙂

     
    • sUe

      March 22, 2010 at 12:48 pm

      ouh ada 2 info baru yang sy baru tau,
      1. org dulu2 pakai inai lepas dinikahkan. (seryes, tak tahu!) – saya ingat memang dari dulu kita pakai inai sebelum dinikahkan. sbb selama ini sy tgk memang mcm tu.
      2. lukis2 kat tangan pakai inai tu haram (ouh, yg ini pun BARU TAHU!)

      sangat berterima kasih atas info2 ini. sekurang2nya bertambah sikit lah pengetahuan sy pasal benda ini.🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: