RSS

r.a.w.a.k.l.a.g.i.

31 Jan

i.

Di sekolah kejuruteraan swasta, semua orang memanggil saya Kak Su. Ini adalah kerana saya lebih tua matang dari mereka ( ayat manusia yang dalam penafian akan peningkatan umurnya). Kemudian baru saya tahu ada seorang lagi yang selalu dipanggil Kak Su.

Makhluk yang berambut panjang, berbaju putih, terbang ke sana ke mari, dan selalu pula mengilai-ngilai itu. Ya. Seperti tikus yang mempunyai nama manja “Kak Ti”, makhluk langsuir juga mempunyai nama manja atau nama glamer iaitu “Kak Su”.

Saya harap, biarlah orang memanggil saya Kak Su ketika saya masih hidup di dunia sahaja. Janganlah ditakdirkan saya masih dipanggil Kak Su selepas sudah tiada nanti. Ouh, tak mahu!

ii

Saya sedang berkira-kira apa yang mahu dilakukan Cuti Raya Cina nanti. Saya dipaksa cuti selama 5 hari. Jadi, siapa-siapa ada cadangan, aktiviti apa yang mahu dilakukan?

Saya rasa macam cuti kali ini pasti bosan.

iii.

Semasa memandu di kawasan perumahan tempoh hari, saya terjumpa dengan seorang budak lelaki yang sungguh macho sekali. Umurnya dalam 4-5 tahun tapi sudah pandai berlagak macho. Dengan tangan yang diletak ke dalam poket, memandang kereta saya dengan pandangan cool ala-ala James Dean, sambil mengangkat kening sedikit, wah, ketawa saya dibuatnya.

Kecil2 lagi sudah mahu berlagak macho. Besar nanti entah macam mana lah agaknya.

iv.

The Biggest Loser Asia tak best langsung. Kenapa orang2nya tak bersemangat macam The Biggest Loser omputeh? Tapi, satu fakta yang saya belajar, jurulatih diet langsung tak sesuai dipegang oleh perempuan. Emosi tak tentu pasal.

v.

Sudah terlalu amat lama saya tidak membaca atau membeli buku baru. Oh, saya tidak mahu mengalami ‘kemandulan minda’. Lepas ini, mesti beli walau sebuah buku. Mesti!

vi.

Eh, bosanlah! Tidur dulu lah! Bye. Selamat malam!

 
4 Comments

Posted by on January 31, 2010 in Bebelan saya, Saja Mengada

 

4 responses to “r.a.w.a.k.l.a.g.i.

  1. saad

    January 31, 2010 at 11:20 pm

    di ulu bendul ada tempat nama jeram kak lang. Kalau berminat nak jumpa kat su, boleh la try camping situ..

     
    • sUe

      February 18, 2010 at 12:56 am

      ouh, tak berminat nak jumpa kak su.
      dan harap2 dia juga tak berminat nak jumpa saya.
      huhu.

       
  2. cik iman

    February 1, 2010 at 11:47 am

    tentang The Biggest Loser Asia itu mmg sy sokong

     
    • sUe

      February 18, 2010 at 12:57 am

      thanks!🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: