RSS

perkara satu.

30 Jan

Satu.

Saya adalah seorang Islam. Dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang Islam. Tetapi, saya melihat diri saya sebagai seorang Islam pertengahan – di mana saya tidaklah terlalu liberal dan tidak juga lah terlalu konservatif.

Saya adalah yang di pertengahan.

Ultra liberal – SAYA – Ultra konservatif.

Contoh paling mudah adalah, saya berpakaian menutup aurat, bertudung dan berlengan panjang. Tetapi tidak sepenuhnya. Ini kerana saya tidak berstokin kaki atau tangan (sedangkan aurat wanita adalah kesemua kecuali muka dan tapak tangan) dan kadang-kadang jika panas, lengan baju masih disingsing sesuka hati menampakkan lengan yang tidak berapa putih gebu ini. Malah, saya juga selesa bert-shirt atau berblaus dan berseluar jeans ke mana-mana. ( Ouh, saya mempunyai seorang sahabat yang langsung tidak memakai jeans kerana ditegah ayahnya yang mengatakan “haram wanita berpakaian seperti lelaki”. Dan ya, sahabat saya itu begitu ayu sekali berbaju kurung ke mana-mana. Kagum saya!)

Contoh lain lagi adalah saya bersolat tetapi yang wajib itu sahaja lah. Jarang mahu ditambah-tambah dengan solat sunat yang lain. Dan bersolat juga jarang berjamaah sedangkan saya tahu kelebihan bersolat jamaah adalah 21 kali ganda pahala daripada solat bersendirian. Dan saya juga tahu bahawa “jika manusia sedar akan kelebihan bersolat subuh berjemaah di masjid, dan jika manusia melihat mahligai yang tersedia untuk mereka di syurga, maka pasti mereka akan pergi walau terpaksa merangkak” * Malah, saya hairan kenapa saya jarang untuk punctual apabila bertemu janji dengan Sang Pencipta sedangkan untuk ke pejabat, kelam kelibut walau terlambat hanya seminit dua?

Contoh lain lagi adalah, saya berpuasa di bulan Ramadhan tetapi saya jarang mengamalkan sunnah Rasulullah yang berbuka dengan kurma dan segelas air, kemudian bersolat Maghrib dan kemudian baru menyambung berbuka semula. Tidak, saya tidak cukup kuat iman untuk melakukan sedemikian. Selalunya, apabila azan Maghrib berkumandang di bulan Ramadhan, saya akan mula memenuhkan perut dengan segala macam makanan. Selepas itu, mula lah berasa mengah dan lambat pula untuk bersolat Maghrib dan berterawih. Itu belum masuk lagi nafsu membeli di pasar malam yang kalau boleh semua makanan nak diborong balik ke rumah.

Ya, saya adalah seorang Islam. Dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang Islam.

Tetapi, saya adalah yang di pertengahan. Seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak melakukan dosa, tetapi tidak pula saya bersungguh-sungguh untuk melipatgandakan pahala.

Sekarang saya mula tertanya-tanya, cukupkah hidup dengan sekadar melakukan itu, dan hanya itu sahaja?

* Ini dikatakan oleh Syeikh Nuruddin, seorang ulama’ dari Indonesia, ketika saya pergi ke kuliah Maghrib beliau suatu masa dahulu. Saya kurang pasti itu hadith Nabi atau ucapan mana2 sahabat Baginda, jadi tidak berani mahu letak apa-apa.

**Ada sambungan pasal ini tetapi macam biasa lah, saya pemalas orangnya. Jadi, sambung lain kali. Di lain hari. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi.

 
Leave a comment

Posted by on January 30, 2010 in Refleksi

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: