RSS

“Tiga manusia boleh menyimpan rahsia. Jika dua daripadanya telah meninggal dunia” kata Pak Benjamin Franklin.

24 Jan

Today’s Mail: “I was going to send my secret in but then got paranoid someone would get my DNA off the letter. Maybe next week.”

sumber di sini.

saya terjumpa ini, di laman twitter milik postsecret, sebuah laman blog komuniti terbesar yang menjadi tempat manusia2 anonymous meluahkan rahsia masing-masing.

membaca kiriman itu, saya tertawa sendiri. kelakar.

tidak sangka ada orang yang sama seperti saya. paranoid.

sering saya tertanya-tanya, bagaimana jika rahsia terbesar atau paling memalukan dalam hidup, diketahui orang? bagaimana jika tulang rangka dan tengkorak dalam almari jatuh bergolek keluar? di mana mahu diletakkan muka yang comel ini?

kerana itu lah saya kagum dengan manusia2 yang tegar meluahkan rahsia masing2, kerana saya tidak berani, walau dalam keadaan tanpa identiti (baca:anonymous).

dahulu, sebuah stesen radio popular mengadakan segmen sembang dan tajuk pada hari itu adalah “Rahsia Terbesar Dalam Hidup Saya”.

sampai sekarang, saya masih mengingati satu rahsia yang diluahkan seorang pemanggil.

cik anon* : rahsia saya adalah….saya telah curang dengan suami saya…tapi bukan dengan seorang lelaki…..(dengan nada seperti berbisik dan takut-takut)

deejay: habis, dengan berapa orang lelaki?

cik anon*: bukan….bukan dengan lelaki. dengan seorang perempuan…..sudah 10 tahun kami bersama tanpa pengetahuan suami saya……tak tahu lah kalau dia dapat tahu…..(nada seperti penuh kerisauan dan kebimbangan)

*tepuk dahi*

hadoilaaaa….ย hairan bin ajaib saya jadinya. bagaimanakah rahsia sebesar-besar alam sebegitu, bolehย dia perdengarkan ke seantero Malaya? walau mungkin dengan identiti rahsia, tetapi tidak risau kah jika suami atau ibu atau sanak saudara mendengar dan dapat mengecam suaranya?

huh,gila!

tentu sekali saya tidak mampu melakukan sebegitu. hatta, mahu mencipta poskad, kemudian menuliskan rahsia tanpa nama dan dipos kepada postsecret juga tidak mungkin dilakukan. kerana saya paranoid akan ada orang yang tahu bahawa saya lah pemilik rahsia itu.

jadi, jalan terbaik, saya simpan sahaja lah rahsia-rahsia itu molek2 dalam hati. atau mungkin, jika rahsia yang tidak seberapa , saya akan kongsikan di sini, itupun mungkin dengan penuh metafora atau separa fiksi.

tengoklah macam mana.

notatapakkaki: tetapi, ironinya, saya tetap juga melawat ke postsecret setiap ahad untuk mengetahui rahsia-rahsia terkini. kerana rahsia2 mereka menarik2 belaka.

ah, rahsia – selagi bukan milik sendiri – sentiasanya menarik hati.

 
8 Comments

Posted by on January 24, 2010 in Manusia, Peribadi

 

8 responses to ““Tiga manusia boleh menyimpan rahsia. Jika dua daripadanya telah meninggal dunia” kata Pak Benjamin Franklin.

  1. amirahsyuhada

    January 24, 2010 at 9:00 pm

    betul..dan setuju, saya sampai beli buku postsecret tu, cuma sekali saja saya jumpa di melaka, buku tu..terus capai..dan sejak tu tak pernah jumpa lagi..

     
    • sUe

      January 30, 2010 at 4:18 pm

      ouh, saya tak pernah jumpa lagi buku itu. teringin jugak nak beli.
      setakat ini takde rezeki lagi. huhu!

       
  2. CAHAYA MATA

    January 25, 2010 at 1:54 pm

    hehehe..lucu ada.. kagum pun ada..
    kadang2 org yg sanggup berkongsi rahsia peribadi ni bersikap sedikit ketagih.. sekali dh berani meluahkan, mereka akan luahkan lagi..

    tak mustahil kalau ada yg sengaja mencipta rahsia tu utk menarik perhatian org lain.. secara matematiknya, siapa punya cerita lebih tragis, dia la yg paling “popular” dan ramai ingin cuba mengenali / mencari dia.. hahahaha..

    p/s : SAYA boleh bercerita tentang rahsia pd org yg tak kenal SAYA.. (tp kena pastikan dia atau sedara mara atau kawan2 nya memang sungguh2 tak kenal SAYA.. ghee ghee..๐Ÿ™‚

     
    • sUe

      January 30, 2010 at 4:21 pm

      hehe.๐Ÿ™‚

      kalau tgk postsecret itu, memang rahsia diorg mcm2. yang kelakar dan kdg2 tak terfikir oleh kita.
      dan saya terpaksa akui, ada juga rahsia diorg yg sama dgn rahsia saya.
      yang mana satu, itu rahsia…haha!๐Ÿ˜€

      p.s: bercerita rahsia pada org yg kita tak kenal mungkin lebih mudah. sbb lepas itu kita boleh buat2 tak kenal dia dah. drpd bercerita rahsia pd org yg kita kenal, lepas tu kena mengadap muka org tu lagi. eh malu lah!

       
  3. f9

    January 29, 2010 at 2:30 pm

    secrets by one republic is awesome

     
    • sUe

      January 30, 2010 at 4:24 pm

      tak dgr lagi. will be looking for it.๐Ÿ™‚

       
  4. inz

    January 31, 2010 at 3:24 pm

    haha.

    kak su, mmg btol pun.

    kalo tak, tak wujudlah program2 spt Melodi, terjah etc etc tu. btol x?

    sbb rahsia org mmg sentiasanya menarik utk dikorek & dibahaskan sehingga akar umbi walaupun informasi yang ada sebezar zarah cuma.

    ps: saya da tukar ke wordpress sekarang. dah tak update blog wardatulsyauki tu dah. tapi tak ada idea la plak kak su…nak kupas isu ape ye? any idea?

     
    • sUe

      February 18, 2010 at 12:53 am

      ouh, kak su menyampah betul dengan program2 macam tu.
      nampak sengaja nak cipta kontroversi. walaupun sebenarnya, benda tu takde apa pun.
      wartawan hiburan di malaysia semakin lama semakin memualkan.๐Ÿ™„

      btw, welcome to wordpress.๐Ÿ™‚
      hurm, kak su pun tak tahu nak bagi idea apa.
      just write anything, as long as it comes from the heart.๐Ÿ˜‰

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: